Part 87 (Glasier x Gempa)

1.6K 81 7
                                    

Request from HarruTsubasa05,
Enjoy your read!
*****

Anak mata biru yang kekuningannya, merenung wajah sahabat baiknya yang sibuk menelaah buku di perpustakaan.

"Gempa.."

Kepala Gempa terangkat, dia memandang orang yang memanggil namanya bahkan Glasier turut menoleh dengan wajah dingin.

"Ya Fang?" soal Gempa ramah pada Fang selaku kawan baiknya juga.

"Err aku nak cakap sesuatu kat kau." kata Fang dengan wajah sedikit memerah.

"Apa?"

Fang berdeham, dia mengerling Glasier yang sedari tadi memandangnya tajam.

"Aku suka kau.."

Gempa tersentak kaget bila mendengar luahan hati Fang.

"Errr aku..." lidah Gempa seakan kelu sahaja, dia tidak tahu nak respon apa. Dia hanya memandang Fang yang mula mengenggam tangannya.

"Aku tak nak kau jawab sekarang. Aku bagi kau masa sampai besok boleh?"

Dengan kaku Gempa mengangguk kepalanya. Dia ukirkan senyuman paksa.

"Ba..baiklah Fang."

"Aku harap jawapan kau nanti tak kecewakan aku." kata Fang, dia mencium tangan Gempa yang berada di genggamannya.

"Aku pergi dulu Gem. " Fang beredar dari situ meninggalkan dua sekawan itu yang terdiam.

"Err... Glacy patut ke ak.."

"Tak boleh!"

Jantung Gempa bagaikan mahu luruh sahaja bila mendengar bentakan Glasier.

"Kau kenapa Glacy?" soal Gempa hati-hati.

Glasier tidak jawab, malah dia hanya merenung wajah Gempa dalam-dalam buatkan lelaki itu menjadi salah tingkah.

"Kau kawan aku, aku tak nak kehilangan kau nanti kalau kau terima dia." kata Glasier dingin, sambil menekan setiap perkataannya.

Gempa mengetap giginya, dia memegang wajah Glasier. Anak mata mereka saling bertaut.

"Hei, kau jangan lah cakap macam tu. Walaupun aku pilih dia, tak semestinya aku akan tinggalkan kau. Kau tetap kawan aku sampai mati. Aku sayang kau okey?"

Glasier terdiam lama, dia memegang tangan Gempa yang berada dipipinya.

"Tapi, aku sayang kau lebih lagi."

Gempa hanya tersenyum, "Dahla, jom masuk kelas. Masa rehat dah nak habis ni."

Gempa berganjak bangun, buku yang dia baca sebentar tadi disimpan ke tempat asalnya.

"Jom Glacy." ajak Gempa bila lelaki itu hanya diam tidak bergerak.

"Pimpin tangan." kata Glasier seraya menyua tangannya pada Gempa. Walaupun gelagatnya macam manja, namun tidak dengan wajahnya yang datar itu.

"Mengada." Gempa mencubit pipi Glasier seraya menautkan tangannya pada tangan lelaki itu. Dia menarik tangan Glasier agar lelaki itu mahu bangkit dari kerusi.

"Cepatlah Glacy, kau ni sengaja kan?"

Glasier hanya memandang Gempa datar, lantas dia bangun dari duduknya. Pipi Gempa dia cium sekilas.

"Jom."

Gempa menyentuh pipinya, seraya membuntuti langkah Glasier.

"Umm, Glacy..."

Glasier menoleh dengan kening dijongket sebelah.

"Apa?"

Dia berdeham bila mata Glasier merenung tepat ke dalam anak matanya, tidak semena-mena pipinya berona merah.

"Err tak jadilah, jom!"

•••••

"Kau balik dengan siapa? Nak aku hantar?"

Glasier bertanya, sambil itu anak matanya mengedar di kawasan sekolah yang sudah sepi itu.

"Aku balik sorang, tak payahlah kau nak hantar. Aku boleh balik sendiri. Kalau macam tu, aku balik dulu ya? Bye, Glacy. Jumpa esok."

Gempa mahu berlalu tapi tangan dipegang Glasier.

"Biar aku hantar."

"Tapi.."

Gempa tidak melanjutkan ayatnya bila Glasier merenungnya tajam. Dia menunduk, dengan perasaan gerun.

"Baiklah."

Mereka berdua berjalan beriringi dengan tangan saling bertaut erat. Gempa mengerling Glasier disebelahnya.

"Kau dah kenapa curi-curi tengok aku? Hensem sangat ke aku ni?" kata Glasier tanpa memandang ke arah Gempa.

Gempa merengus halus bila mendengar ayat Glasier yang memasuk bakul sendiri. Menyampah pula.

"Tch! Tak ada maknanya. Aku lagi hensem dari kau okey?" kata Gempa, sambil melibas rambut pendeknya ala diva.

Glasier mencebik. "Kau lagi tak hensem tau? Muka kau macam arnab aje aku tengok."

"Biadap!" Gempa mencubit pipi Glasier dengan penuh perasaan, buatkan lelaki itu memekik sakit.

"Sakitlah arnab!" tangan Gempa ditepisnya kasar daripada pipinya yang mula menampakkan kesan merah.

"Padan muka, puas hati aku." marah Gempa, dia dengan sengaja merempuh bahu Glasier dan menonong pergi.

Glasier mengusap pipinya, sambil memandang Gempa yang sudah jauh ke depan.

"Hye bunbun tunggu lah aku!"


Tbc...
Pemulaan yang agak hambar, harap awak suka HarruTsubasa05 😄

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now