Part 136 (TrioFusion x Gempa)

1K 61 5
                                    

"Lalala.. La vie en rose.."

Gempa menuruni anak tangga sambil bersenandung kecil. Anak matanya meliar memandang suasana rumah banglo itu yang tampak sedikit sepi.

"Mana trio hot tu?" kepala digaru binggung.

"Cari kami ke?" teguran seseorang daripada belakangnya buatkan Gempa melompat akibat terkejut. Dia berpaling dan terlihatlah ketiga kembar yang dia cari sebentar tadi.

"Ishh korang ni buat terkejut aje, sejak bila korang ada kat belakang aku ni?" kata Gempa kesal.

"Sejak tadi? Kami dari tadi lagi ada kat belakang kau, kau aje yang tak perasan. Sedap juga eh suara kau, siap nyanyi lagu kpop lagi." ujar Frostfire.

Gempa merengus malas.

"Hmmm, apasal kau pakai macam tu? Kau cuba nak goda kami ke apa?"

Ketiga kembar itu memandang Gempa atas bawah. Lelaki muda itu hanya mengenakan baju t-shirt pink yang oversize dan dipadankan pula dengan hotpants kaler putih.

Kening Gempa terangkat sebelah. Dia mengerling baju yang dia pakai pada malam itu.

"Kenapa pula? Okey aje, salah ke aku pakai macam ni? Aku memang pakai macam ni kat rumah okey? So jangan komen, dahlah aku nak ke dapur." getus Gempa lantas dia beredar ke dapur.

"Tch budak ni, tempah maut betullah. Dahla, jom makan malam."

•••••

Selesai sahaja makan malam, mereka berempat membuat haluan masing-masing. Supra dan Frostfire kembali ke bilik untuk menyelesaikan pekerjaan mereka yang masih berlambak, manakala Glasier bersantai diruang tamu sambil bermain dengan tablet applenya. Sepertinya lelaki itu tampak sibuk juga. Biasalah, CEO. Sibuk dia lain macam.

Gempa mengambil keputusan untuk menonton tv sebelum masuk tidur. Dia mendudukkan dirinya disebelah Glasier. Remote dicapai lalu dia menekan butang untuk menyalakan tv.

"Hmmm, tak ada cite best lah malam ni." rungut Gempa. Dia mengangkat kedua kakinya keatas sofa, dia bersila. Kusyen sofa diambil lalu dipeluknya.

Glasier mengerling Gempa dengan hujung mata. Dia hanya diam sambil sesekali memerhatikan gelagat Gempa.

Gempa menoleh ke arah Glasier disebelahnya. "Sibuk ke?"

"Hmmm, boleh kata sibuk juga. Kenapa?" jawab Glasier datar. Gempa memuncungkan mulutnya bila mendengar nada ketus Glasier.

"Ok, esok kan cuti tak kan lah sibuk juga. Tak boleh ke cuti sekejap dari mengadap benda tu semua?" rungut Gempa.

Glasier tersenyum sahaja. "Tch! Kau budak apa tau? Lagipun kau tak ada kerja sekolah ke?"

Gempa menggigit kusyen sofa, bila mendengar soalan sensitif yang terlontar dari mulut lelaki dewasa disebelahnya.

"Ada, tapi malas buat lagi. Esok atau lusa lah baru buat. Nak tenangkan jiwa dulu." jawab Gempa selamba.

Kepala Glasier tergeleng pelan, anak matanya fokus pada tabletnya. Masih ada beberapa perkara yang perlu dia selesaikan.

Hening...

Gempa mendengus bosan, dia memandang sekeliling ruang tamu. Dia berpaling memandang ke arah Glasier yang khusyuk mengadap tablet ditangannya. Tidak lama kemudian, dia tersenyum nakal.

"Kacau dia sekejap tak salah kan? Hehehe.." bisik Gempa. Dia segera merapatkan dirinya ke arah Glasier. Bahu lelaki itu dirangkulnya.

"Kau kenapa ha?"

"Tak ada apa, saja."

Hening kembali..

Gempa mengintai wajah serius Glasier itu, dia memandang ke arah tablet yang memaparkan perkataan english yang dia tidak faham. Dia dengan sengaja menutup skrin tablet dengan menggunakan tangannya.

Glasier menghela nafas, dia menepis perlahan tangan pengacau itu.

"Please jangan kacau, aku ada banyak benda nak kena selesai ni." kata Glasier tegas.

"Tch!" Gempa berdecit, namun dia tidak mengendahkan kata-kata Glasier barusan. Semakin giat pula dia mengacau Glasier.

"Glacy ni bosan lah, layan lah Gemgem."

Gempa dengan sengaja meniup cuping telinga Glasier, namun tiada reaksi daripada lelaki itu. Gempa semakin geram. Dia terus menggigit cuping telinga itu, buatkan Glasier meringis pelan.

"Hei! Budak ni sengaja lah, diam sudahlah. Kau.." ucapan Glasier terputus bila pipinya dicium oleh Gempa. Dia terkedu.

"Yelah tak ganggu dah, Gem naik tido dulu. Goodnight Glacy, bye!"

Glasier menghantar kepergian Gempa dengan hujung mata. Dia berdeham. Dada kirinya dipegang, boleh dirasakan yang jantungnya berdetak dengan kuatnya.

"Ishh, tak elok betul untuk kesihatan aku. Boleh mati muda aku kalau macam ni."

•••••

"Kau nak ke mana budak?"

Trio hot itu menjeling ke arah Gempa yang mahu curi-curi keluar dari rumah dengan gaya merangkak dilantai. Ingat mereka tidak perasan ke?

Tubuh Gempa mengeras, dia berdiri tegak dari terus merangkak. Dia tersengih-sengih sambil mengaru pipinya. Dia memandang ke arah trio hot itu yang sedang bersantai diruang tamu.

"Hehehe.."

"Apa yang hehehe? Kau nak pergi mana?" kata Frostfire.

Gempa mencebik, sambil itu kakinya mengkuis-kuis lantai.

"Nak keluar.."

"Pergi mana?" soal Glasier pula

"Pergi funfair dengan Fanfan dan Thorny, boleh tak?"

Gempa memandang mereka bertiga dengan tatapan mata mengharap. Dia membuat muka comel, manalah tahu boleh luluhkan hati keras mereka bertiga.

"Tak boleh! Duduk rumah aje." bantah Supra.

Wajah Gempa berubah monyok, dia menghentak kaki.

"Tapi Gem dah janji dengan diorang nak pergi sana. Kalau dah janji kenalah tunaikan, kalau tak sama aje yang kita ni tak ada beza dengan orang munafik tau? Boleh lah em? Emm?"

Ketiga kembar itu berpandangan,

"Okey... tapi kami ikut."

Gempa baru sahaja mahu melompat kegirangan, pudar sudah bila mendengar ayat terakhir mereka.

"Tak boleh! Ni acara kami bertiga aje, orang luar tak boleh join. Dibantah keras." kata Gempa tegas.

"Oh kalau macam tu okey, kau tak boleh pergi."

"Tak kisah nak pergi juga! Blek!" Gempa menjelirkan lidahnya lalu berlari keluar rumah meninggalkan tiga kembar itu yang sudah memicit kepala dengan sikap degil Gempa itu.

"Sudah! Biarkan dia."

"Disebabkan dia dah langgar peraturan dalam rumah ni, tak salah kan kalau kita bagi dia sedikit pelajaran?"

"Idea kau ada bagusnya juga."

Mereka bertiga saling berbalas senyuman yang penuh makna.






Tbc..

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now