Part 138 (TrioFusion x Gempa)

1.1K 66 14
                                    

Apron dilepaskan dari tubuhnya lalu disangkutkan pada kerusi. Gempa melabuh duduk dikerusi meja makan, anak matanya mengerling ke arah tangga. Dia menunggu kedatangan kembar itu.

"Mana malaun tiga orang ni?" gumam Gempa kehairanan sambil meneliti jari-jemarinya yang dibalut dengan plaster monkey warna kuning kerana terluka akibat berperang dengan dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

"Ehem! Kenapa dengan tangan kau tu?" teguran satu suara menyentakkan Gempa daripada khusyuk menatap tangannya, dia mendongak seraya menyorokkan kedua tangannya ke bawah meja. Dia tersengih canggung.

"Hehehe tak ada, jom makan?" kata Gempa dengan senyuman dibuat manis.

Ketiga kembar itu, melabuh duduk di kerusi berhadapan dengan Gempa. Anak mata mereka merenung Gempa, seolah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki muda itu.

"Jangan nak tipu, tunjuk tangan kau pada kami sekarang." arah Supra tegas.

"Ishh, tak ada apalah. Jom kita makan, nanti sejuk tak sedap pulak. Lagipun korang dah lambat nak ke ofis."

"Gempa."

Helaan nafas terhembus dari belah bibir Gempa, dengan kepala menunduk dia memperlihatkan kedua tangannya yang sempat dia sembunyikan tadi pada ketiga kembar itu.

Mereka bertiga merengus geram, saat melihat tangan Gempa bercalar bala serta penuh dengan plaster luka.

"Kan kami dah kata jangan libatkan diri dengan bahan dapur apa semua tu! Itu kan kerja orang gaji, mana mereka?"

Gempa terlonjak kaget bila disergah begitu, dia telan liur.

"G-Gem suruh mereka rehat, tapi Gem cuma nak masak aje. Gem nak korang rasa air tangan Gem sendiri, tu aje."

"Kami faham niat kau baik, tapi tengoklah sekarang. Kan dah cedera, kami tak suka tau. Kau ni degil betullah. Suka sangat buat kami susah hati."

"Maaf.."

Mereka bertiga hela nafas, "Sudah makan cepat, lepastu pergi sekolah."

Gempa hanya mengangguk pelan dengan wajah muram.

•••••

"Kau okey tak ni Gem? Muram aje, ada masalah?"

Taufan dan Thorn memandang wajah teduh Gempa, kawan mereka itu sedari tadi hanya senyap dengan kepala menunduk.

"Gem.." Thorn menepuk perlahan bahu Gempa agar lelaki itu sedar dari sesi melamunnya.

Gempa mengangkat wajah, duo T itu tersentak bila melihat mata Gempa yang memerah seperti menahan tangis, terlihat dari birai mata lelaki itu tampak seperti berair.

"Gem, kau okey tak ni? Ada yang sakitkan kau ke?" soal Taufan risau, dia mengusap pipi Gempa yang mula basah dengan air mata.

"A-aku dah kecewa kan diorang.. Aku selalu susahkan hati mereka... Hiks.. Tadi masa diorang hantar aku ke sekolah, diorang tak ada pun bercakap dengan aku. Diorang senyap aje, mesti diorang kecewa sangat dengan aku kan? Apa aku nak buat ni?"

Duo T itu terdiam sambil mencuba untuk mencerna kata-kata Gempa barusan.

"Laa sebab tu aje ke? Aku ada idea.."

•••••

Gempa berdiri tegak dengan mulut ternganga lebar tatkala melihat sebuah bangunan yang menjulang tinggi tersergam indah dihadapan matanya. Airline F's Holdings.

"Wahh! Ni ke syarikat diorang? Bapak ah! Cool!" seru Gempa kagum. Dia memegang tali begnya sejurus melangkah masuk ke dalam bangunan tempat ketiga kembar itu berkerja.

Gempa meluru ke tempat kaunter pertanyaan,

"Assalamualaikum kak, boleh tanya tak? Kat mana ya pejabat daddys?" Gempa bertanya dengan raut wajah polos.

Terkebil-kebil mata si kerani perempuan itu dengan kedatangan budak sekolah.

"Waalaikumsalam. Maaf? Adik buat apa kat sini? Cari siapa tadi?"

"Gem cari daddy.."

"D-daddy? Tapi, ni bukan tempat cari daddy dik. Kamu tersesat ke?"

Gempa mengembungkan pipinya, wajahnya cemberut.

"Gem nak jumpa daddy! Dia kerja sini."

Si kerani perempuan itu memekik kecil, ingin sekali dia mahu cubit pipi tembam remaja lelaki itu. Namun dia tahan dirinya.

"Daddy kamu? Dia kerja sini?" soalnya.

Gempa mengangguk semangat dengan senyuman manis.

"Ya!"

"Boleh akak tau nama daddy kamu? Senang sikit akak tolong kamu carikan."

"Okey! Nama dia daddy Frosty, daddy Glacy dan daddy Supra. Daddy Gem kat mana akak?" dengan polos Gempa berkata.

Si kerani perempuan itu tercenggang, dia seolah mengenali nama yang baru sahaja Gempa ucapkan. Itukan nama majikannya? Pengarah CEO syarikat tempat dia berkerja, biar betul.

"Kamu kenal dengan bos-bos akak? Siapa kamu?"

"Bakal isteri mereka hehehe."

•••••

Selepas berdebat kecil dengan kerani yang menjaga kaunter utama syarikat di bawah, kini Gempa berdiri tepat dihadapan pintu pejabat pengarah.

Gempa pandang kiri dan kanan, suasana di situ agak sepi kerana di tingkat 30 itu adalah tempat yang jarang para pekerja kunjungi kalau tidak melibatkan hal kerja. Dia mengerling kerani lelaki yang berjaga disitu, dia perasan akan kerlingan mata lelaki itu namun dia hanya buat bodoh.

Gempa mengeluarkan maskot arnab dari beg sekolahnya. Macam mana benda tu boleh muat dalam beg dia? Biarlah rahsia.

Maskot arnab yang berwarna kelabu itu, segera disarung ke tubuh. Gempa melompat-lompat kecil sejurus mengetuk pintu pejabat itu.

"Masuk!"

Senyuman lebar terukir dibibir Gempa, tatkala mendengar suara sahutan dari dalam. Tanpa menunggu lama, dia terus menceroboh masuk.

"Daddy!!"

Gempa masuk ke dalam pejabat itu dengan tarian ballet. Disaat dia mahu berhenti, dia hilang keseimbangan kerana maskot arnab itu berat ya ampun.

Bruk! Gempa jatuh seperti nangka busuk membuatkan kepala maskot arnab itu tercabut dan tercampak ke depan.

"Aduh.."

Frostfire, Glasier dan Supra yang sedang sibuk berbincang sesuatu di sofa dibuat tercenggang dengan kedatangan Gempa yang tiba-tiba dan ditambah lagi dengan penampilan Gempa yang aneh itu. Dah kenapa budak sorang ni pakai maskot bagai?

"Gempa?"

Gempa mengangkat sedikit wajahnya dari lantai bilik itu, dia pandang ke arah mereka bertiga. Dia tersengih-sengih.

Dia bingkas bangun, dia segera meraih maskot kepala arnab yang tercampak tadi lalu dipakaikan semula pada kepalanya.

"Hai daddys!" Gempa melambaikan tangan arnabnya pada trio hot itu sejurus mengerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.

Tersenyum ketiga kembar itu bila melihat gelagat comel Gempa itu.





Tbc...

Hey guys, sya nak tanya. Di antara mereka bertiga, korang rasa Gem akan pilih siapa? Emm? Korang nak padankan Gem dengan siapa?

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now