Part 63 (Ice x Gempa)

1.7K 101 32
                                    

Anak mata mereka berdua saling bertautan. Gempa menepis tangan Ice yang masih memegang wajahnya.

"Apa maksud kau ha? Siapa kau sebenarnya? Aku tak faham."

Ice duduk bersila dihadapan Gempa. Satu senyuman comel Ice lakarkan, membuatkan wajahnya yang selalu dingin sedikit demi sedikit menghilang.

Gempa sedikit terkedu melihat perubahan Ice yang mendadak. Entah mengapa perasaannya menjadi tidak tenang.

"Kalau kau nak tau, aku dah lama perhatikan kau Gempa."

"A..apa?"

"Kau nak tau satu rahsia tak? Pasal ancaman yang kau dapat tu adalah dari aku sendiri. Aku yang buat semua tu, semua tu plan aku sebab aku nak tarik kau masuk ke dalam dunia aku dengan sendirinya."

Ice memandang wajah terkejut Gempa.

"Kau.. Kenapa kau buat semua ni kat aku ha?" Gempa menangis selepas mendengar kebenaran yang sebenarnya.

"Sebab kau milik aku, hanya aku. Hanya itu sahaja yang aku dapat buat. Pasal perkahwinan tu, aku tak tipu okey. Perkahwinan tu memang atas kemahuan family aku tapi tidak dengan aku. Aku tak nak perkahwinan tu pun, sehinggalah aku dapat idea bila wajah kau terbayang diminda aku.

Sebab tulah aku buat plan ni, dengan cara ugut kau. Hanya kau aje yang aku nak, kau ingat mesej yang kau terima hari tu. Yang kau dapat habuan? Ni lah habuan kau, aku akan jadikan kau milik aku. Sebab kalau kau dah masuk ke dalam dunia aku, aku tak akan lepaskan kau. Semudah itu."

Ice membelai pipi Gempa namun ditepis oleh empunya pipi. Gempa memandang Ice dengan mata yang memerah kerana menangis sedari tadi.

"Kenapa, kenapa aku? Apa kena mengena aku dengan kau ha? Aku tak kenal pun siapa kau? Aku hanya terperangkap dalam permainan yang kau buat! Tak guna kau!"

"Kau tau tak, apa perasaan aku bila dapat mesej serupa ugutan tu ha? Aku rasa takut sampai tidur aku pun tak lena sebab asyik terbayang-bayang sahaja pasal ancaman tu! Kau tak guna, kau permainkan aku! Siapa kau sebenarnya ha? Apa lagi muslihat kau!"

Gempa menengking Ice, bahkan ditamparnya pipi lelaki itu kuat sehingga terpaling wajah Ice.

Ice tergelak kecil sambil mengusap pipinya yang pedih dan berdenyut akibat tamparan Gempa. Dia merenung Gempa tajam dengan anak matanya mengelap.

Gempa yang melihat perubahan Ice tersebut, mula mengundurkan diri. Tubuhnya menggigil ketakutan. Dia semakin mengundurkan tubuhnya kebelakang bila Ice bergerak mendekatinya dengan wajah bengis.

Undur punya undur, tubuhnya tersekat disudut bilik tersebut membuatkan dirinya tidak dapat melarikan diri bila Ice sudah pun mengepungnya.

"Beraninya kau tampar aku ya, my sweetie? Tapi tak apa aku maafkan kau. Sepertinya kau lupakan sesuatu perkara, dua tahun lepas. Kau ingat lagi tak masa di mana kau selamatkan aku yang kena belasah dengan samseng jalanan?"

Otak Gempa mula bekerja untuk mengingati kejadian itu. Mata dia membulat.

"Ka..kau?"

"Dah ingat? Iya itu aku yang kau selamatkan, sejak itulah aku mula cari semua tentang kau. Tentang kau semua ada dalam poket seluar aku, semuanya."

"Kau gila!"

Ice tergelak sinis, wajah Gempa dicengkamnya. Bibir lelaki itu diciumnya ganas.

"Aku tak akan gila kalau kau tak buat aku jadi gila my sweetie."

Gempa kembali memberontak bila Ice kembali mencumbu bibirnya. Rakus dan ghairah.

"Lepaskan aku.." rayu Gempa dengan air mata mengalir laju seperti sungai.

Tubuh Ice ditolaknya menjauh. Dia memeluk kedua lutut, dia mengundurkan dirinya walaupun sudah terhalang oleh dinding. Dia menyembunyikan wajah pada kedua lututnya. Dia mengecilkan diri disudut dinding tersebut. Esakan tangis menggema diruang bilik tersebut.

Ice mengusap rambutnya kasar, bibirnya terketap kemas. Dia memandang Gempa yang menangis ketakutan.

Dia dengan lembut menarik tubuh itu masuk ke dalam pelukannya walaupun Gempa sempat berontak minta dilepaskan. Namun, Ice tetap memeluk lelaki itu. Kemas dan erat.

"Maafkan aku, sweetie. Aku tak berniat nak lukakan kau. Tolong jangan menangis, aku tak kuat tengok kau menangis. Hati aku sangat sakit sweetie."

"Ke..kenapa kau buat aku macam ni, kenapa?"

"Cause you're mine, forever!"







-Tamat-

Sya tau ending agak kekelingan. Tapi itulah hehehe.

Korang tak perasan ke, tajuk untuk IceGem ver tu ada dua tajuk.

Mine/Going Crazy.

Mine tu tertuju pada Ice.. Dan Going Crazy tu pula untuk Gempa.

Kalau korang tau apa disebalik dua tajuk itu, bermakna anda bijak. 🤓😌

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now