Part 39 (The Elementals Family)

1.9K 100 10
                                    

Dare and truth from PutriAlisy
Enjoy your read!
NekoGem!
Anggap aje gambar kat atas tu Gemgem😍
****

"Guys ada ToD!!" trio troublemaker berlari ke ruang tamu tempat saudara kembarnya yang lain bersantai.

"Korang ni! Malam-malam buta nak bising, ToD apanya?" marah Halilintar.

"Rilex papa, sabar papa. Tarik nafas dan hembus. Jangan marah-marah nanti cepat tua papa." kata trio itu dengan sengihan lebar.

"Siapa papa kau ha? Sejak bila aku ada anak macam korang bertiga yang otaknya berat sebelah." Halilintar bangun dari duduk, tangannya naik ke pinggang. Iris merahnya merenung ketiga saudaranya yang suka buat onar.

Gempa yang melihat itu mula turun tangan. Telinga Halilintar dipiatnya buatkan si pengendali petir itu mengerang sakit.

"Sakit mommy, lepaskan!" adu Halilintar sambil mencuba leraikan tangan Gempa yang masih memegang telinganya.

"Siapa mommy kau ha? Aku tak ada anak yang panas baran macam kaulah labu, tau nak angin satu badan aje. Emosi tak menentu, kau period hari-hari eh?" bidas Gempa, memulangkan paku buah keras pada Halilintar.

Kelima Boboiboy bersaudara yang lain sudah menghamburkan tawa terbahak-bahak melihat wajah Halilintar yang tengah bengang bila ditindas kembali oleh Gempa. Terbaiklah.

"Period apanya?! Kau jangan nak mengarut boleh tak tanah lumpur? Aku makan kau baru tau." Halilintar menepis kasar tangan ketam Gempa yang berbisa itu daripada telinganya yang sudah kelihatan memerah.

"Kau nak makan aku? Muat betul mulut kau? Mulut kau mulut tempayan eh?"

Mereka berdua beradu mata, kalau ada laser mahunya keluar dari mata mereka.

"Woiii sudahlah tu mendramanya, jalan cerita ni tak akan habis kalau tengok korang berdua bergaduh! Nak gaduh pergi masuk bilik." bidas mereka berlima.

Wajah Halilintar dan Gempa berona merah bila mendengar ejekan mereka berlima.

"Kau nak mati ha?!"

"Sudah!!" Taufan menjerit lantang, menyebabkan yang lain harus menutup cuping telinga.

"Bisinglah korang ni, tau nak memekak aje. Ni aku nak beritahu yang Sya mesej aku, dan dia kata ada orang dare serta truth kat Gempa." kata Blaze berterus terang.

"Ak..aku?" soal Gempa dengan wajah pucat.

"Yelah, kau. Ke ada orang lain lagi yang bernama Boboiboy Gempa? Tak ada kan, so tu kau lah bengap!" sindir Ice savage.

Gempa hanya memberi jelingan maut pada Ice.

"Kau, aku balas nanti." kata Gempa geram. Penumbuknya ditunjukkan pada Ice.

"Auw takutnya." Ice membuat muka takut lalu dia ketawa terbahak-bahak. Entah apa yang lucu, hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu.

Yang lain hanya memandang Ice datar.

"Dah tak lama dah budak sekor ni, tempah gali kubur sendiri tu."

Ice berdecit, "Ha Taufan apa yang si budak Sya tu mesej kau? Apa dare dan truth tu?"

"Elok sikit kau panggil dia okey, dia tu sama tua dengan kita aje. Jangan sampai aku repot kat dia baru padan muka kau kena ganyam dengan dia nanti." kata Thorn geram.

Solar yang sedari tadi hanya menjadi pemerhatian, menggeleng kepala.

"Yang korang nak marah plus geram ni kenapa? Orang kat dalam rumah ni memang dah kena angin kus-kus ke, kibar bendera merah ke?" kening Solar terangkat sebelah.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now