Part 13 (IcexGemxBlaze)

2.9K 134 6
                                    

Blaze menghentak kakinya pada lantai geram, mulutnya berkumat kamit mencarut pada telefon bimbitnya.

"Hoi! Diamlah, aku nak tido pun tak senang tau tak?" marah Ice yang berbaring disofa, matanya masih terpejam rapat namun tidak dengan mulutnya yang sibuk mengumpat kecil kerana acara tidurnya diganggu.

Blaze yang berdiri di tepi sofa tempat Ice tidur hanya mencebikkan bibirnya. Dahinya mengerut marah.

Satu tepukan yang Blaze rasakan pada bahunya, membuat dia menoleh.

"Kau okey ke?" soal Gempa risau.

"Aku tak okey Gem, kau nak tau tadi aku ada tempah tiket wayang kat online tapi dah penuh! Aku punyalah nak tengok movie tu!" luah Blaze yang masih tidak puas hati.

Gempa tersenyum kecil, kepala Blaze yang berlapikkan topi diusap perlahan.

"Tenanglah, jangan marah-marah. Kau nak cepat tua ke asyik marah-marah?" kata Gempa. Laju kepala Blaze tergeleng.

"Tak nak tua lagi." jawab Blaze.

"Kalau tak nak tahan perasaan marah tu dan cuma bertenang. Esok kau cubalah lagi okey? Mana tau ada rezeki kau?" pujuk Gempa dengan lembutnya.

Blaze mengukir senyuman manis.

"Baiklah! Aku ikut saran kau, esok aku nak cuba lagi."

Gempa membalas senyuman Blaze.

"Ha macam ni lah Blaze yang Gemgem kenal, tak akan putus asa."

Gelak kecil tercetus dibelah bibir Blaze, dia tersengih malu.

"Hehehe, mana ada." kata Blaze malu-malu.

"Yelah, hye Ice bangun! Sudahlah tidonya, matahari dah tinggi atas kepala lah." kini Gempa beralih pada Ice yang terbongkang atas sofa, kaki lelaki itu digocangnya kasar.

"5 jam lagi mummy." gumam Ice, dia membetulkan kedudukan baringannya.

Wajah Gempa dan Blaze berubah datar, Gempa dengan rasa tidak bersalahnya terus mendorong tubuh Ice hingga jatuh daripada sofa.

"Aduh!!"

"Tu mummy kau! Makan tu." kata Gempa.

Blaze menghamburkan gelaknya, sampai berguling-guling dia di atas lantai kerana mentertawakan Ice.

"Terbaiklah Gempa. Padan muka si Ice bear tu." kata Blaze dengan gelak yang masih tersisa.

Ice menjeling Blaze marah, tangannya sibuk mengusap dahinya yang tercium lantai ruang tamu dengan begitu kuat sekali.

"Sampainya hatimu Gemgem, buatku begini. Kasihani lah Ice yang comel ini."

"Uwek comel ke?" Blaze melesap ke tandas, tiba-tiba sahaja perutnya buat hal selepas mendengar ayat Ice barusan.

"Comel dahi kau! Dah bangun, tau buat tahi mata aje. Rezeki tak masuk tau, kalau asyik tido. Otak pun tak berkembang." bebel Gempa.

Ice menutup cuping telinganya seraya bangun dari lantai, dia berdiri berhadapan Gempa.

"Yelah! Yelah! Jangan bisinglah, tahi telinga aku dah nak cair ni." Bidas Ice selamba.

Gempa menjeling jengkel, "Aku bising sebab aku sayang korang tau?"

Ice sentuh dadanya seolah terharu dengan kata-kata Gempa barusan.

"Auch Gemgem, you're so sweet." goda Ice, disertai kenyitan mata. Dia buat mini love dengan jarinya.

Bebola mata Gempa terguling ke atas, akan tetapi kedua belah pipinya berona merah tipis. Ice yang melihat wajah Gempa yang kemerahan berasa geram, kedua pipi lelaki itu digomolnya.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now