BB 10

355 35 6
                                    

Trio pola bear, mengintip di balik dinding dapur. Anak mata mereka memandang anak-anak dara yang leka melepak sambil membuat kuih raya.

"Sedapnya.." gumam mereka bertiga. Air liur memasing menitis di sudut bibir.

"Ehem, korang buat apa kat situ? Mengintip diorang ke? Selalunya, masa ni korang dah tido."

Trio pola bear itu menoleh, terlihat dua orang perempuan berpeluk tubuh di belakang mereka. Racky dan Dian.

"Hehehe hai.. Kenapa? Tak boleh kitorang nak intai? Hmmm, boleh kitorang nak join. Lagipun kami tak mengantuk lagi, baru pukul 10 malam. Mana tau korang perlukan bantuan? Lagi pula, lagi dua hari nak raya kan?"

Dua perempuan itu, berpandangan. Macam tidak percaya saja yang trio yang suka buat tahi mata tak kira waktu itu, mahu membantu mereka.

"Tak payahlah, kitorang ramai. Boleh aje siap. Sikit lagi dah nak siap. Ke korang nak tolong tu ada makna?" Dian bersuara musykil dengan tiga orang lelaki tersebut.

"Ke korang nak tolong sebab nak tolong habiskan kuih kitorang?" kata Racky pula.

Trio pola bear, tersengih seperti kerang wangi. Lol. Tekaan Racky memang tepat. Memang itulah niat mereka.

"Alah, sikit aje boleh?"

"Tak boleh. Korang kalau makan bukannya sikit. Mahunya berton-ton." perli dua perempuan itu. Sudah hafal benar dengan perangai tiga orang itu.

"Alahhh.." rengekan gedik mula kedengaran dari trio itu.

"Kenapa ni? Sampai kat dapur boleh dengar."

Mereka berlima menoleh pada sumber suara. Maira.

"Tak adalah, ni ha diorang nak tolong kita buat kuih raya. Tapi bukan nak tolong, tapi tolong nak habiskan aje."

Maira mengaru kepala. "Laa... Korang ni, meh lah nak tolong. Tapi, korang jangan nak habiskan kuih tu pula. Aku terajang korang sampai ke bukit nanti."

"Wokey!!" sahut trio pola bear itu. Semangat.

Racky dan Dian sudah buat muka. Masih tidak dapat mempercayai tiga malaun itu.

"Jom!"








Tbc...

Lama menyepi book ni kan? Ada yang tertunggu ke? Lol.. Mesti tak ada an?

Sorry setiap chapt makin ke laut... ಠ_ಠ

Kalau korang ada idea untuk chapt seterusnya bolehlah bagi, aku terima. Lol. K bye...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now