Part 143 (The Elementals Family)

1.7K 71 19
                                    

Tod from MilaNaher and zeeya-chan.
Sorry lambat buat tod korang. 🙏🏻
Enjoy your read.
*****

"Pstt, ada tod ni.."

Sya yang entah datang dari mana, terus menyergah para elemen bersaudara yang rancak berbual diruang tamu.

"Ishh kau ni, cubalah bagi salam dulu. Main sergah aje, apa dia?" kata Thorn dengan wajah cemberut.

Sya tersengih, dia melabuh duduk di sebelah Thorn.

"Okey jom mula, ada tod dari dua orang. Semuanya dare. Kita mula dari zeeya-chan dulu. Dia dare Gempa untuk buat nasi uduk dan yang lain pula kena makan bon cabe." kata Sya.

Blaze mengangkat tangan. "Kejap. Tapi apa benda nasi uduk dan bon cabe?"

"Oh yang tu, nasi uduk ni lebih kurang macam nasi lemak juga lah. Untuk bon cabe tu, dia lada or cili. Orang indonesia panggil bon cabe, cenggitu. Ada faham?"

Mereka semua mengangguk faham,

"Jom ke dapur."

Setelah itu mereka semua bergerak ke dapur. Gempa sudah mengambil tempat untuk memasak, manakala yang lain sudah melabuh duduk di kerusi dengan satu mangkuk lada merah yang segar dari ladang hasil tanaman Thorn, berada di atas meja di hadapan mereka berenam.

Gulp!

"Err takut pula aku nak makan." gumam mereka. Entah bagai mana perut mereka sudah memulas.

"Okey korang semua boleh mula sekarang."

Trio cool makan dengan dua biji lada terus masuk ke dalam mulut mereka, dua biji demi dua biji dan itu sudah membuat lidah mereka seperti terbakar.

Manakala trio troublemaker, lain pula caranya. Mereka bertiga makan sebiji demi sebiji.

Wajah masing-masing sudah merah dan basah dengan air mata kerana menahan kepedasan dari lada bahkan kepala dan telinga mereka sudah keluar asap berkepul-kepul.

Sya hanya mampu memandang simpati pada mereka sebab dia tidak boleh masuk campur ataupun tolong. Gempa pula sudah sibuk dengan acara memasaknya.

"Ha..ha..ha.. Mulut aku...kepala aku rasa mahu meletop."

Mereka berenam menolak mangkuk yang sudah lesap ladanya ke tengah meja dan mereka terus berebut minum air yang sudah disediakan. Cabaran mereka sudah selesai.

"Kau dah siap Gem?"

Gempa menoleh, kepalanya diangguk kecil dengan senyuman manis.

"Dah! Cuma kena tunggu nasi saja, air baru kering."

Sya mengangguk faham. "Satu dare dah selesai. Jom ke dare seterusnya, dare dari MilaNaher. Dia dare semua elemen kecuali Gempa untuk jadi budak kecil dan Gempa harus manjakan mereka. Boleh?"

"Dare yang senang aje ni, tapi macam mana kitorang nak jadi budak kecil?" soal Halilintar.

"Yang tu no problem lah," Sya petik jarinya, dan kesemua elemen kecuali Gempa berubah rupa menjadi budak berusia 5 tahun.

"Kyaa! Comelnya korang!!"

Mata Gempa berbinar-binar, terus dia memeluk keenam saudaranya yang sudah berubah perwatakan.

Sementara Sya hanya mampu menggigit kuku menahan gemas.

"Kalau macam tu aku balik dulu! Jumpa nanti.."

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now