Part 15 (AllElementals x Gempa)

2.8K 128 9
                                    

Gempa tersedar daripada tidur lenanya bila terasa pipinya bersentuhan dengan benda yang sejuk.

"Alamak dia dah bangunlah lari."

Kelopak mata Gempa terbuka, dia bangun dari baringannya. Kelopak matanya ditenyeh lembut. Dia memandang sekeliling biliknya dengan wajah yang mamai.

"Apa benda yang sentuh pipi aku tadi ya? Dahlah sejuk. Hmmm, mungkin perasaan aku aje kut?" gumam Gempa, dia mengerling jam dinding.

"Dah pagi rupanya, baik aku pergi mandi." Gempa menguap kecil sambil melompat turun dari katil.

Tuala yang tersangkut ditepi almari baju, dicapainya. Gempa sempat menoleh ke arah patung mannequin, dahinya berkerut.

"Kenapa kedudukan mereka macam berubah tempat ya?"

Gempa menjongket bahu, "Perasaan aku aje kut?"

Selepas Gempa menghilang di dalam tandas, keenam patung mannequin tersebut tersungkur jatuh ke lantai bilik dan mereka dengan cepat bertukar kedudukan seperti semalam. Mereka hela nafas.

"Hampir tertangkap." bisik mereka berenam.

"Ni semua salah kau Thorn, kalau kau tak sentuh pipi dia tadi mesti dia tak kan bangun."

Anak mata hijau cair milik Thorn mengerling kesal ke arah patung mannequin bermata biru cair. Taufan.

"Aku pula yang disalahkan? Habistu korang pergi peluk cium dia dah kenapa? Baru aje kenal semalam dah gatal. Imam tergugat ke?" balas Thorn sinis.

Mereka berlima tersengih bila disindir Thorn.

"Macam mana tak tergugat, kalau dia tu terlampau comel ya ampun!" jawab mereka berlima.

Bebola mata Thorn terguling keatas.

"Korang mema..." ayat Thorm terpotong oleh bunyi pintu tandas yang dibuka. Secara automatik tubuh mereka berenam berubah ke bentuk asal, mannequin. Namun anak mata mereka setia memerhati.

"Segar rasanya bila mandi." Ucap Gempa sambil melangkah keluar dari tandas, tangannya sibuk mengelap rambutnya yang basah itu.

Keenam patung mannequin tersebut, telan liur dalam diam apabila melihat pemandangan di hadapannya. Gempa yang hanya mengenakan tuala mandi yang melingkari pinggangnya menjadi santapan pagi mereka.

Gempa berhenti daripada mengelap rambutnya, bila terasa dirinya diperhatikan. Dia memandang sekeliling bilik dan anak mata kuning keemasannya jatuh pada keenam patung mannequin.

"Asal aku rasa macam dipandang eh?" bisik Gempa sendirian. Bahu dijongket acuh.

"Perasaan kau aje Gempa, baik kau pakai baju cepat dan solat subuh."

Gempa hanya mengenakan baju kemeja putih yang bersaiz besar bersama kain pelikat. Dia mencapai topi di atas meja solek, lalu dipakaikan dikepalanya lantas dia beredar keluar dari bilik.

"Comel dia pakai macam tu kan." bisik Ice pada mereka berlima.

Kepala mereka berlima terangguk perlahan. "Ya."

•••••

Tok Aba melabuh duduk di meja makan, anak matanya memerhati gerak gerik cucunya yang sibuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka berdua.

"Kamu masak apa Gemgem?" soal Tok Aba. Gempa menoleh dengan senyuman manis.

"Pagi Tok Aba, saya masak bihun goreng tomyam." Jawab Gempa.

"Bihun tomyam? Tak pernah dengar pun, resepi baru ke?" kata Tok Aba dengan dahi berkerut.

Dia sebenarnya sudah masak dengan perangai aneh bin pelik cucunya yang seorang ini. Semua yang dimasak oleh Gempa jenis makanan yang tak pernah di makan orang, tapi sedap.

"Hmmm, mungkin? Tok Aba kena rasa tau, sedap!" kata Gempa semangat, ligat tangannya mengaul bihun goreng didalam kuali dengan menggunakan senduk.

Selesai sahaja memasak, bihun goreng tomyam yang telah siap dia hidang di atas meja. Dua gelas coklat panas turut terhidang.

"Jemput makan!"

Gempa dan Tok Aba menadah tangan, membaca doa makan.

Tok Aba menyuap bihun goreng kedalam mulutnya, Gempa hanya memerhati sambil menunggu komen daripada Tok Aba.

"Macam mana tok?" soal Gempa, tidak sabar dia mahu mendengar komen atok kesayangannya.

Tok Aba mengerling Gempa sambil mulut mengunyah makanan.

"Not bad." komen Tok Aba. Mulut Gempa termuncung sedepa, masih tidak berpuas hati lagi dengan komen yang Tok Aba berikan.

"Tak payah nak buat muka, cepat makan lepastu ikut atok buka kedai." kata Tok Aba tanpa memandang cucunya.

"Yalah! Terbaik."




Tbc...

Okey x chapt kali ni? Ke hambar? Sorry tau, btw enjoy! ☺

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now