Part 148 (TrioCool x Gempa)

1.2K 85 24
                                    

Pada malam hari, mereka berlapan duduk di depan unggul api sambil berbahagi cerita.

"Korang tau, yang vampire ni ada mate?" soal Ying. Yang lain mengangguk.

"Tahu, vampire ni macam manusia juga lah. Diorang kena kahwin. Mestilah mate diorang di kategori yang manis, cantik serta comel."

"Kalau cantik or bla, bla tapi tak pandai masak buat apa?" ayat savage yang keluar dari mulut Gempa buatkan mereka bertujuh tersentap apalagi Yaya dan Ying.

"Ada betul juga cakap kau Gem, tapi.."

"Tapi apa?"

Semua menumpukan perhatian pada Gempa.

"Apahal korang tengok aku macam tu?" soal Gempa bingung.

"Misalnya kau jadi mate kepada vampire, apa kau akan buat?"

Terkaku Gempa mendengar soalan yang keluar dari Gopal, dia mengaru kepalanya.

"Ishh! Benda tu mesti mengarut, kalau terjadi pun aku hanya mampu dapat terima sahaja takdir aku tu. Dahla, korang ni mesti terpengaruh dengan cerita vampire tu."

"Kau ni, kalau diorang betul-betul ada macam mana? Apa kau buat?"

"Aku nak ambil tandatangannya dan bergambar tu aje, dah lah aku nak masuk tido."

Gempa bingkas bangun dan memasuki khemahnya yang dikongsi bersama trio troublemaker.

Selepas kelibat Gempa tiada, tujuh sekawan itu berpandangan.

"Macam mana kita nak yakinkan dia yang kita ni ada?" bisik Blaze.

"Entah, tapi yang penting misi kita untuk bawa dia ke sini berjalan lancar. Kita harus segera bawa dia ke mereka, mesti mereka dah tertunggu mate mereka untuk ke sana." Kata Yaya. Yang lain hanya mengangguk setuju.

"Ya, tadi masa kitorang cari kayu. Diorang ada datang, tapi mereka tak munculkan diri sebab ada Gempa."

"Hmmm, walaubagaimanapun kita kena bawa dia ke sana dengan cepat takutnya kelompok musuh jumpa kita dan rampas bakal ratu kita."

Tap!

Mereka bertujuh menoleh, tidak lama kemudian mereka bangun dan memberi tunduk hormat pada orang yang ada di hadapan mereka.

"Tak payah sopan, kita ni kawan okey." kata salah seorang daripada mereka bertiga dengan nada dingin.

"Hehehe, sorry. Tapi kenapa korang bertiga ke sini? Kalau Gempa tau nanti susah pula." ucap Taufan.

"Biarlah dia tahu, lagipun kami ni mate dia. Lagi cepat lagi bagus."

"Err maaf korang siapa?"

Mereka semua menoleh ke arah suara bila ada yang menyela. Ketujuh kawan Gempa terdiam dengan wajah pucat, manakala tiga orang lagi hanya memandang Gempa dengan tatapan mata yang dingin namun membawa maksud tersirat.

"Err sebenarnya diorang... Kawan kitorang." Kata Fang sedikit gagap.

"Umm? Kawan?" Gempa pandang Fang polos dengan mata dikerdip-kerdip bingung.

"Tapi macam mana?" soal Gempa.

"Err.." yang lain mati akal mahu menjelaskan rahsia mereka pada Gempa. Mereka tidak sangka yang mereka akan tertangkap secepat ini.

"Bukan tadi kau kata nak tido ke?"

"Oh, aku baru aje nak tido tapi korang bising sebab tulah aku keluar balik."

"Oh.. A.."

"Korang boleh pergi tido dulu, biar kami bercakap dengan dia kejap."

"Aah baik!"

Gempa hanya memandang ketujuh kawannya yang sudah melesat masuk ke dalam khemah dan meninggalkan dirinya bersama tiga pemuda asing.

"Umm? Korang siapa? Kenapa diorang masuk tido macam tu aje dan tinggalkan korang begitu aje? Teruknya." omel Gempa sambil bercekak pinggang, dia mengerling khemah yang ditempati oleh kawan-kawannya.

"Biarkan diorang." kata mereka bertiga, dengan anak mata merenung lelaki manis di hadapan mereka.

"Tch!" Gempa berdecit sejurus mendongakkan kepala untuk memandang wajah ketiga pemuda itu yang tingginya mengalahkan tiang elektrik sahaja.

"Korang siapa? Aku tak pernah tengok pun muka korang? Macam mana korang ada di sini? Sesat ke? Tapi diorang kata tadi korang bertiga ni kawan mereka? Betul ke?" Soal Gempa bertubi-tubi, dia mengusap lehernya yang terasa kram kerana terlalu lama mendongak.

"Halilintar."

"Ice."

"I'm the swagger Solar, nice to meet you my señorita."

"Uh? Ha aku Gempa, salam kenal."

Gempa tersenyum manis, buatkan ketiga vampire itu tersipu malu namun cepat-cepat dikawal.

"Korang sesat ke?"

"Tak lah."

"Habistu?"

"Ni memang tempat kami."

Mereka bertiga menahan perasaan gemas bila melihat wajah bingung Gempa.

"Oh? Maksudnya korang bertiga ni orang hutan ya? Orang asli?"

Ketiga vampire itu menatap Gempa datar, ada nampak muka diorang ni macam orang asli kah?

Gempa yang melihat muka datar sedatar papan tanda mereka bertiga, mula rasa rimas. Kosong aje muka, tak ada ekspresi langsung ke?

"Salah cakap eh?"

Ice memaut pinggang Gempa dan ditarik merapat padanya lalu dia berbisik di cuping telinga Gempa.

"Nanti kau akan tau juga, my sweety baby.." bisik Ice sambil meniup leher Gempa.

Gempa mengeliat tidak selesa, dia sedikit merinding saat merasakan hembusan angin yang agak dingin dilehernya. Dia dengan cepat mendorong tubuh lelaki itu.

"Cabul!" Gempa memijak kaki Ice, lalu berlari masuk ke dalam khemah meninggalkan mereka bertiga begitu sahaja.

"Hemm, mate yang polos but I like it."






Tbc....

Sorry if chapt ni sikit hambar 🙏🏻

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now