Part 126 (Fang x Gempa)

749 47 3
                                    

"Menu makan hari ini apa eh Fang?"

Gempa menyoal dengan anak matanya melilau melihat menu makanan yang terjual di kantin Balai Bomba.

"Kau tengo.."

"Wah! Ada susu pisang lah! Nak! Makcik nak susu pisang lima kotak."

"Okey dik."

Fang sudah melongo melihat tingkah kekanakkan Gempa itu.

"Err... Kau memang suka minum susu pisang eh? Hari-hari pula tu, tak muak ke dah lah banyak gila kau beli." komen Fang.

Gempa tersengih. "Yup! Tak muak pun, beli banyak sebab nak buat stok kat rumah boleh minum memalam! Hehehe."

Fang tersenyum kecil, sudah sebulan Gempa bekerja disana. Segala perilaku lelaki itu semua sudah dia hafal bahkan makanan yang digemari pun dia tahu. Cuma satu sahaja yang membuat dirinya tak tenang. Jantungnya selalu berdebar lain macam bila berhadapan dengan Gempa. Dia ada masalah sakit jantung ke apa?

"Fang!"

Fang tersedar dari lamunannya bila bahunya ditepuk perlahan oleh Gempa.

"A..apa?"

"Kau tu dah kenapa melamun sambil berdiri? Jomlah kita lepak kat tempat selalu kita duduk."

Tanpa menunggu balasan daripada Fang, Gempa terus menarik tangan lelaki itu agar membuntuti langkahnya. Di tangannya yang satu lagi menjinjit beberapa plastik makanan ringan.

•••••

"Gem, esok pagi aku dan beberapa orang pengawai bomba nak ke sekolah menengah Pulau Rintis."

Fang berkata sambil memandang Gempa yang khusyuk menyedut air kotak perisa susu pisang, masuk kali ni sudah tiga kotak lelaki itu minum. Tak takut kencing manis ke apa? Oh! Gempa kan memang manis, jadi tak payah risaulah..

"Buat apa ke sana?"

"Macam biasalah, buat pertunjukkan api, padam api dan lain-lain. Memandangkan kau tak pernah ikut, so aku terniat nak ajak kau. Kau nak tak?"

Gempa tanpa fikir panjang terus mengangguk kepala dengan semangatnya.

"Nak, nak! Dah lama aku tertunggu orang ajak aku, tapi tulah tak ada pun yang sudi... Huhuhu.. Thanks Fang!"

Gempa peluk tubuh Fang dari sisi sambil menyedut susu pisangnya. Fang tergelak kecil, dia mengusap kepala Gempa kasar.

"Sama-sama. Dah jom makan cepat nanti tercari pula Tuan kuih koci tu."

Mereka berdua tergelak kecil tatkala mendengar panggilan untuk Tuan 'besar' mereka.




Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now