Part 35 (AllElementals x Gempa)

2.7K 112 34
                                    

Mereka bertujuh duduk di dalam bulatan, sebiji botol mineral diletakkan ditengah-tengah.

"Okay, siapa nak mula dulu?" soal Blaze kepada keenam saudaranya.

"Kau dulu lah Blaze." jawab mereka serentak. Blaze mengangguk kepala setuju.

"Okey, aku mula dulu." Blaze memusingkan botol yang berada ditengah bulatan yang mereka cipta.

Botol tersebut berputar dan berhenti, kepala botol mengarah ke arah Solar. Blaze tersenyum senget.

"Truth or dare?" soal Blaze pada Solar, anak matanya bergerak seolah memberi isyarat kepada Solar.

Solar tersenyum sinis. "Dare."

"Okey, aku nak dare kau peluk dan cium pipi Gemgem 5 saat." kata Blaze.

Mata Gempa membulat bila dirinya menjadi mangsa dare Blaze.

"Apasal aku pula yang kena?" kata Gempa tidak puas hati.

"Alah rilek lah, game aje pun." bidas Blaze selamba.

Solar melakukan darenya, tubuh Gempa yang kebetulan duduk disampingnya terus dipeluk dan pipi saudaranya dikucup sesuai dare yang diberi Blaze.

Wajah Gempa berona merah, pipinya yang dikucup Solar tadi disentuh.

"Auw you're so cute Gemgem." sakat mereka berenam bila mendapati wajah Gempa yang kemerahan kerana malu.

"Sudah, cepat sambung main. Solar geraklah." kata Gempa perlahan, bahu Solar dicuitnya.

"Okayy!" Solar mengenyitkan matanya pada Gempa lalu mula memusingkan botol.

Kepala botol berhenti dan mengarah pada Taufan.

"Truth or dare?" soal Solar.

"Dare." jawab Taufan dengan kening dijongket nakal, Solar tersenyum herot.

"Aku dare kau cium Gempa 1 saat, ikut suka kau nak cium kat mana." Solar melontarkan darenya pada Taufan, dia mengerling wajah Gempa yang kelihatan terkejut.

"Aku lagi yang kena?" bisik Gempa, pasrah.

"Maaf Gemgem," Taufan mula mencium Gempa tepat diatas bibir lelaki itu sekilas. Gempa terkedu sambil memandang Taufan yang sedang tersenyum manis padanya.

"Opss! Sasaran yang tepat! By the way, your lips is sweet like sugar." Taufan mengenyitkan matanya dengan tatapan mata yang nakal.

Kepala Gempa menunduk malu, apatah lagi semua mata saudaranya tertuju padanya.

"Apasal korang pandang aku macam tu?" Soal Gempa gugup.

Mereka berenam tersenyum senget.

"Nothing, Taufan gerak." ucap Halilintar. Taufan mengangguk kecil.

Gempa menggigit bibir bawahnya resah, anak matanya memandang botol yang berpusing itu.

"Oh Gemgem, truth or dare?" Taufan bertanya dengan anak matanya memandang wajah Gempa lekat. Yang lain turut memandang Gempa.

"Err...truth?" jawab Gempa teragak-agak. Taufan dan yang lain tersenyum sahaja.

"Aku serahkan pada korang, korang nak tanya Gemgem apa?" kata Taufan, anak matanya mengerling mereka berlima.

"Aku nak bagi!" Ice mengangkat tangan.

"Sure, apa dia?"

Ice merenung tepat ke dalam anak mata Gempa. "Aku nak kau jujur, diantara kami berenam kau paling sayang siapa?"

Gempa telan liur, wajah kelima saudaranya dipandang satu persatu.

"Aku tak pilih kasih, so aku sayang korang berenam sama rata. Aku sayang korang lebih dari aku sayang diri aku sendiri." jawab Gempa jujur, dia tersenyum lebar yang amat manis.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now