Part 75 (TrioTroublemaker x Gempa)

1K 83 12
                                    

Gempa melangkah keluar dari kelas yang mengajar Olivander's Wand Shop.

Di belakangnya, trio troublemaker membuntuti langkah Gempa. Sudah seperti bodyguard sahaja gelagat mereka bertiga.

"Kau okey tak Blaze? Luka kau dah sembuh belum kena sihir duri yang mamat dari Hufflepuff tu buat?" soal Taufan pada kawan senakalnya itu. Thorn dan Taufan menilik lengan Blaze yang terdapat kesan luka yang agak dalam.

Blaze hanya tersenyum. "Okey aje."

"Kenapa kau tak sembuhkan dengan sihir? Kau tau tak nama sihir untuk sembuhkan luka?" soal Thorn.

"Aku tau tapi aku tak tau nak sebut macam mana. Aku dah cuba tadi, tapi tak ada kesan. Habistu korang pula?" jawab Blaze selamba.

Taufan dan Thorn tersengih lalu menggeleng kepala. Blaze mengeluh.

"Ooit singa nakal." teguran dari seseorang mengalihkan pandangan mereka pada Gempa yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

Mereka bertiga berhenti daripada melangkah bila Gempa berjalan mendekati mereka.

"Apa ular kecil?" soal mereka dengan senyuman menggoda. Gempa merengus, anak matanya mengerling luka Blaze.

"Kau ni, kalau luka kau tak disembuhkan nanti melarat pula. Kena jangkitan kuman macam mana?" bebel Gempa secara tiba-tiba.

"Huh?"

Wajah tiga sekawan itu terpinga-pinga blur, Gempa berdecit halus seraya menarik lengan kiri Blaze yang tidak ditutupi lengan baju kerana digulung hingga ke paras sikut.

"Sini." Gempa merenung luka Blaze itu sejenak, mulutnya menyeru nama sihir.

"Episkey." luka Blaze perlahan-lahan mula hilang dan bersih tanpa adanya parut.

"Selesai. Lain kali baca Book of the Magic dan hafal nama sihir semua tu. Tulah, time belajar tau main aje kan dah bodoh, korang tu dah lah bodoh tambah bodohlah kalau belajar pun tak bersungguh. Tau nak main dan menggoda anak orang aje. Aku tak suka orang yang suka bermain-main ni. Main pun ada tahapnya juga, belajar tu yang penting biarlah gempak juga."

Usai berceramah panjang lebar, Gempa mengorak langkah untuk pergi namun tangannya dipegang oleh mereka bertiga.

"Ular kecil, kalau macam tu boleh tak kau jadi guru kami? Kami dah insaf, kami nak jadi seorang berjaya dan juga menjadi ayah untuk anak-anak kita nanti." kata mereka bertiga.

Kelopak mata Gempa terkelip laju, dengan wajah sebal.

"Incendio!" tangan Gempa mengeluarkan bara api, dia mengerling mereka bertiga tajam.

"Sebelum korang jadi bapak budak, aku bakar korang dengan api ni nak?" kata Gempa.

Wajah trio troublemaker itu memucat, kepala mereka bertiga tergeleng laju.

"Janganlah main dengan api, tapi main lah dengan api cinta ular kecil. Kau ni gurau pun tak boleh. Period eh?" kata Thorn selamba. Taufan dan Blaze hanya mengangkat ibu jari dengan gelak kecil.

"Tak guna! Ambil ni, mobiliarbus!"

Sihir diseru dan secara drastik tubuh mereka bertiga tercampak ke belakang dengan sadisnya.

"Aduh! Kau ni ular kecil, tau nak campak orang aje. Nak kami campak kau atas katil ke, biar tau rasa." Kata Taufan berang.

"Apa kau maksudkan ha? Nak aku tukar kau jadi burung selamanya ke? Ke kau nak makan penumbuk aku ha?" Gempa mengajukan penumbuknya pada mereka bertiga dengan muka garang.

Trio troublemaker tergelak terbahak-bahak.

"Heleh! Penumbuk kecil ada hati nak tumbuk kita, rasa dia tak ada beza dengan kena sengat semut." kata mereka dengan gelak tawa seakan mengejek Gempa.

Wajah Gempa memerah kerana marah bila diperlekehkan oleh mereka bertiga.

"Beraninya.. Siap korang!"

"Siap untuk apa? Jadi pasangan hidup ke? Kami dah siap sejak dari azali lagi."

Gempa mengetap bibir, geram. Pipinya mengembung sebal. Kaki dihentak pada lantai dan dia berlalu pergi dengan perasaan marah.

"Ular kecil tunggu kami!"





Tbc..
Enjoy or nah?

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now