Boboiboy Beraya!

1.3K 61 52
                                    

"Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Marhaban Ya Ramadhan.."

"Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka"

Gempa yang sedang mengacau sup tomyam, bersenandung pelan. Sya yang bersandar di kaunter dapur, hanya memandang lelaki itu. Air pisang yang baru sahaja dia blender diteguknya pelan.

"Heaven! Weii Gem, esok dah mula puasa. Apa perancangan kita hm? Pagi esok kita nak masak apa?"

Gempa menoleh ke arah perempuan itu sejenak. Api gas dimatikan.

"Emm, masak lah apa-apa pun. Lagipun, aku dah masak lebih sup tomyam ni. Senang pagi esok panaskan aje, goreng telur dadar siap. Simple saja, pagi-pagi tak boleh makan banyak sangat." komen Gempa.

Sya hanya anggukkan sahaja kepalanya.

"Kau kata ada ajak readers sekali untuk join book ni, betul ke?"

"Yap! Kejap lagi aku nak open untuk diorang. So, lagi ramai lagi meriahkan?"

"Tapi, ada ke orang nak join?"

Mendengarkan itu buatkan Sya terdiam buat seketika.

"Insyaallah, belum cuba belum tau kan? Lagipun aku cari yang jenis sporting aja. Kalau tak ada yang nak join tak apa, tak kesah. Dahla, kau pergilah panggil diorang turun makan. Biar aku tolong hidangkan semua ni."

"Okey!"

Gempa melepaskan apron ditubuhnya lalu dia bergegas keluar dari kawasan dapur.

"Okey, sekarang jom kita hidangkan makan tengahari."

•••••

Taufan dan Thorn memandang Blaze yang ke hulur dan ke hilir.

"Kau dah kenapa Blaze? Pening kepala kitorang tengok kau ke sana ke mari ke sana ke mari.." kata duo T itu sambil meniru suara Agong.

Blaze bercekak pinggang. Dia berdiri di hadapan duo T.

"Esok puasa weii!"

"Habistu kenapa dengan puasa? Ada masalah ke?" soal Taufan. Thorn mengangguk setuju.

"Ada masalah lah, aku takut nanti tak dapat tahan lapar huhuhu.."

Duo T menepuk dahi masing-masing.

"Tu yang kau risau? Alah mula-mula puasa memang lah macam tu, masuk minggu kedua okeylah tu. Jangan risau lah." Kata Thorn menyemangati saudaranya.

Blaze berpeluk tubuh. "Dahla, jom kita keluar main esok dah tak boleh main benda lasak nanti cepat letih. Jom!!"

"Jom!"

•••••

Solar membetulkan cermin matanya, dia mengerling ke arah Sya yang asyik mengetik sesuatu di telefon miliknya. Entah apa yang dibuatnya, dia pun tidak tahu.

Solar mengambil tempat di sebelahnya.

"Apa kau buat?" tanpa salam, dia terus menyergah si Sya itu buatkan Sya melompat kaget, hampir tercampak telefonnya.

Sya menjeling Solar geram. "Ishh kau ni! Bagilah salam, terkejut tau tak! Nasib baik tak ada sakit jantung."

Solar tersengih. "Hehehe, Assalamualaikum?"

Sya berdecit. "Waalaikumsalam! Apa kau nak? Kacau aje."

"Saja nak kacau kau. Bulan puasa nanti, kau tak ada pelan nak buat apa ke? Aktiviti dalam puasa?"

Sya mengusap dagunya. "Entahlah, aku tak ada fikir lagi. Hm, mungkin baca Quran? Lagipun banyak lagi, sebutan aku yang perlu dibetulkan. Hmmm, bulan mulia kan bagus kalau kita dekatkan diri dengan Allah. Dapat pahala berganda-ganda."

Solar mengangguk setuju.

"Kau dah buka kaunter untuk readers yang nak join book ni ke?"

"Belum lagi! Kejap lagi aku akan buat! Hm, ohya mana Gemgem, Hali dan Ice? Trio huru hara? Trio fusion?"

Solar menjongket bahu. "Entah lah, dalam bilik masing-masing kut? Kalau yang tiga orang pembuat hal tu, diorang keluar main. Trio fusion? Rasanya tadi diorang keluar berjogging petang. Kenapa?"

"Tak ada apa.."

"Korang!!"

Mereka berdua menoleh ke arah sumber suara. Terlihat Gempa, Halilintar dan Ice menuruni anak tangga.

"Kau dah kenapa Gem? Semangat betul aku tengok?"

Gempa tersenyum sahaja. Mereka bertiga melabuh duduk di sofa kosong.

"Aku dah buat jadual aktiviti kita di bulan puasa nanti. Nahh!"

Gempa meletak kertas A4 di atas meja kopi. Trio cool dan Sya segera baca tulisan yang terangkai di dada kertas itu.

"Kau buat semua ni? Idea yang bagus! Jjang!"

"Esok kita mula, ohya aku dah bersihkan bilik tamu. Tapi aku tak tau lah cukup tak bilik tu. Emm mungkin kena kongsi? Kau rasa beberapa orang yang akan join nanti?"

Sya menjongket bahu.

"Kita tengok aje beberapa orang nanti."

Mereka mengangguk kepala faham, lalu mereka berlima berbual hal lain yang akan melibatkan aktiviti di bulan ramadhan.






****

Yosh!! Hai guys! Sya nak open untuk korang yang mana korang rasa diri korang tu sporting gila, untuk join book ni! Jom kita sambut puasa bersama elemen brothers!

Sya akan ambil minimal 10 orang yang terawal! Tu pun sya akan pilih secara acak!

Sila beri nama anda diruangan komen! Senang sikit nak panggil nanti! Sya akan tag pada readers yang tuah!

Thanks! Daa jumpa di next chapt!

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now