Part 133 (TrioFusion x Gempa)

1.1K 68 7
                                    

"Gem, petang ni kau nak ikut kami pergi gamers centre?"

Gempa pandang kedua kawannya.

"Nak tapi, aku kena balik awal sebab mama aku kata ada orang nak datang rumah. Sorry guys! Mungkin esok aku boleh join korang."

Duo T itu hanya tersenyum sahaja,

"Tak apa, esok kan kita boleh keluar bersama. Okeylah Gem! Kitorang balik dulu."

Mereka bertiga saling membalas lambaian tangan dengan senyuman ceria seperti selalu.

Gempa terus berlari anak menuju ke rumahnya yang tidak jauh dari sekolah. Hanya berjarak 5 meter dari sekolah sahaja.

Setibanya dia di rumah, dia terpandang sebuah kereta mewah yang berwarna hitam mengilat terparkir depan rumahnya. Dahinya berkerut.

Tanpa mengetuk terlebih dahulu, Gempa main redah masuk ke dalam rumah.

"Home sweet home! Welcome back! Mama, papa your handsome son plus cute gebu gebas dah balik!!"

Krik..krik..krik...

Dahi Gempa berkerut bila tiada sebarang sahutan daripada ibu bapanya, dia memandang ke arah ruang tamu. Nafasnya seolah tersekat sahaja bila terpandang tiga wajah yang seperti pernah dia lihat.

"Erk.. Ha..hai? Hahahanat." gelak canggung tercetus dari belah bibir Gempa, kepalanya digaru bila perasan dirinya dipandang begitu dalam oleh ketiga lelaki dewasa yang berwajah boleh tahap juga?

"Oh Gem, mehlah sini. Papa nak kenalkan kamu dengan anak kawan papa." Tuan Amato mengamit tangan pada Gempa, agar anak lelaki tunggalnya datang mendekat.

Gempa tanpa banyak soal terus mengambil tempat ditengah-tengah di antara ibu bapanya. Dia memandang satu persatu wajah tetamu papanya. Tidak semena-mena ingatannya terlintas pada hari di mana dia hampir dilanggar.

"Gem diorang n.."

"Korang lah yang hampir langgar aku hari tu!! Korang buat apa kat sini?" kata Gempa sebaik sahaja dia dapat mengingat kembali akan kejadian itu. Dia menepuk meja kopi kuat, dengan wajah dibuat garang.

"Woyy!" Puan Lily melempang kepala anaknya yang amat bertuah itu, Gempa mengaduh sakit.

"Apa ni mama potpet! Sakit lah!" rengek Gempa sambil mengusap kepalanya.

Ketiga lelaki muda itu hanya tersenyum tipis melihat gelagat dua beranak itu. Tuan Amato sudah geleng kepala.

"Ishh! Kamu ni, mereka bertiga ni anak kawan papa. Tolong sopan sikit perangai tu, papa babap kan baru tau. Ni kenalkan, Frostfire, Glasier dan Supra. Mereka bertiga adalah adik beradik, kembar lagi seiras cuma yang membezakan mereka ialah sifat dan warna mata. Ha korang ni anak uncle, Gempa bumi. Budak ni nakal sikit, eh bukan sikit banyak gila. So, harap maklumlah eh?"

Gempa merengus bila papanya sempat lagi mengutuk dirinya ini. Gempa yang malang.

"Ya, kami faham. Salam kenal Gempa."

"Hmm." Gumam Gempa, wajahnya masih masam.

Tuan Amato menjeling, manakala Puan Lily menyiku lengan Gempa.

"Elok sikit perangai tu, sapa mereka bebetul. Diorang tu bakal suami kamu okey!"

Dari masam terus berubah kepada raut terkejut. Gempa membulatkan mata.

"What the park?! Mama dan papa gila ke?! Gem masih mentah lagi nak kahwin!! Gem bantah!"

"Maaf ya nak? Diorang memang calon kamu. Kamu harus pilih di antara mereka bertiga siapa yang kamu berkenan. Hmmm, kalau mama. Kamu kahwin aje dengan mereka bertiga, dapat juga menantu hensem. Mesti cucu mama hensem dan comel an?"

Gempa memandang mamanya datar.

"Tamak haloba betullah orang tua ni."

Puan Lily mengerlingkan matanya, dia merengus kasar sebelum mencubit pipi anaknya.

"Biarlah! Dah kamu terima aje."

Tuan Amato mengeluh. "Kenapa lah, keluarga aku tak ada yang normal?"

Trio twins hot itu tergelak kecil melihat wajah putus asa Tuan Amato.

"Tak apa, biar kami berkenalan dulu ya uncle, aunty. Nanti, jawaban biarlah dia yang tentu kan siapa yang dia pilih di antara kami." Frostfire berkata sebagai pihak mereka bertiga.

Tiga beranak itu berpandangan.

"Yelah. Kami setuju, harap kamu semua dapat terima anak uncle yang cetek akal ni seadanya eh?"

"Ya. Semestinya uncle."







Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now