Part 16 (AllElementals x Gempa)

3.1K 134 24
                                    

Seminggu sudah pun berlalu pergi, dan seminggu itu jugalah Gempa masih belum menyedari tentang keenam mannequin yang berada didalam biliknya. Sehingga lah pada suatu malam ini dia baru menyedari tentang sesuatu.

"Korang hidup?"

Gempa yang sedari tadi hanya tidur ayam kerana belum merasa kantuk, terus membuka mata bila terdengar suara yang seperti berbisik.

Keenam patung mannequin itu membeku apabila Gempa menyela masuk perbualan kecil mereka.

"Aku tanya ni korang hidup? Tapi macam mana?" Gempa turun dari katil dan mendekati mereka berenam yang berada di sudut biliknya.

Mereka berenam bingkas berdiri, anak mata mereka memandang Gempa yang kini sudah berada di hadapan mereka.

"Kami..kami boleh jelaskan." ucap salah seorang daripada mereka berenam.

"Okey, sekarang jelaskan."

"Biar aku yang jelaskan. Ya, kami memang mannequin doll tapi kami diberikan keistimewaan iaitu kami boleh hidup seperti manusia biasa." jelas Halilintar.

"Maksudnya?"

"Maksudnya, kami hanya hidup tepat pukul 12 tengah malam sehingga pukul 7 pagi." kini Ice pula menjawab pertanyaan Gempa.

"Jadi selepas pukul 7 pagi kau orang akan jadi mannequin semula lah?"

Kepala mereka berenam terangguk kecil.

"Kau akan halau kami ke selepas tau semua ni?" soal Blaze. Mereka berenam memandang Gempa dengan muram.

Gempa diam sambil merenung satu persatu patung mannequin yang ternyata adalah benda hidup jikalau waktu malam. Dia hela nafas.

"Baiklah aku tak akan halau korang dari bilik ni, tapi kita boleh berkawan kan?" Gempa memandang mereka dengan senyuman manis.

"Kami pun nak kawan dengan kau Gempa, tapi kau selalu tido semasa kami bernyawa pada waktu malam so kami nak bangunkan kau tapi kami tak sampai hati." kata Solar sambil membetulkan kacamatanya.

Yang lain hanya mengangguk kepala, sokong dengan apa yang Solar katakan barusan.

"Baiklah. Sebelum aku masuk tido aku akan jumpa korang dulu macam mana? Kita kan kawan."

Mereka berenam berpandangan seketika, seulas senyuman kecil terbias dibibir mereka.

Bagi Gempa, mungkin mereka adalah kawan. Tapi tidak pula untuk enam mannequin itu. Mereka sudah menganggap Gempa lebih daripada seorang kawan.

"Ya kita kawan."

•••••

Gempa menyangkut kain tuala yang dia guna semasa mandi. Bunyi pintu dibuka, membuatkan Gempa menoleh.

"Fang? Macam mana kau boleh ada sini pepagi buta ni?" Gempa menyoal hairan.

Fang mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Abang aku pergi khusus pagi ni, so dia tak nak aku duk sesorang kat rumah dia hantarlah aku ke sini."

"Oh macam tu, mehlah duduk sini dulu kita lepak kejap sebelum aku nak pergi masak makan pagi kejap lagi."

Gempa melabuh duduk dibirai katil , dia mengarah Fang untuk duduk disebelahnya. Fang hanya menurut.

"Jadi abang kau balik bila?"

"Maybe lusa. Kenapa?"

"Tak ada apalah. Saja tanya, jadi abang kau suruh kau tido sini ke?"

Fang menjongket bahu. "Boleh ke aku tido sini? Tak menyusahkan kau dengan Tok Aba ke?"

Gempa tersenyum sejurus menepuk bahu kawannya itu "Mana ada kau susahkan kami, kita kan kawan. Kawan mestilah kena saling menolong kan?"

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now