Part 14 (AllElementels x Gempa)

3.9K 130 22
                                    

Mannequin vers!
*********

Tok Aba tersenyum lebar bila kereta api sudah pun tiba, orang yang dia nanti-nantikan kini keluar dari pintu automatik kereta api.

"Atok!!"

"Boboiboy Gempa!"

Mereka berdua berpelukan, Tok Aba mengucup seluruh wajah cucunya sekadar untuk melepaskan rindu yang terbuku didada.

Gempa terkekek geli hati dengan perbuatan manis Tok Aba.

"Atok rindu kat kamu tau."

"Gempa tau, saya pun rindu Tok Aba. Sangat!"

Tok Aba mengusap kepala Gempa yang dilapik oleh topi dinonya.

"Jom balik,"

"Jom! Lagipun saya ngantuk ni, nak tido." adu Gempa dengan wajah kuyunya.

"Yelah!"

Mereka berdua berlalu pergi meninggalkan stesen kereta api, sesekali mereka berdua berbual ringan sekadar mengusir suasana hening pada malam itu.

•••••

"Wahh! Rumah atok masih tak berubahlah sama seperti dulu, tapi kenapa atok berubah?"

Kening Tok Aba mengerut hairan.

"Maksud kamu?"

"Yelah, Tok Aba makin tua." kata Gempa, dia gelak jahat selepas menyakat atok kesayangannya.

"Bertuah punya budak, atok masih awet muda okey?" Kata Tok Aba sambil melibas rambut pendeknya yang penuh uban itu. Gaya diva.

Gempa tercenggang, tidak lama dia kembali hamburkan gelak tawanya.

"Terbaiklah. Jom masuk Tok Aba." Gempa menarik lengan Tok Aba menuju ke pintu utama.

"Yalah, sabar." Tok Aba mengeluarkan kunci rumah dari poket seluarnya. Pintu rumah dibuka Tok Aba.

"Home sweet home, welcome back Boboiboy Gempa." kata Tok Aba berjenaka.

Ibu jari Gempa terangkat. "Terbaik."

"Jom atok hantar kamu sampai ke bilik."

"Okey atok."

Setibanya mereka berdua di sebuah bilik yang pernah dihuni Gempa suatu masa dulu, kini kembali dihuni oleh orang yang sama. Namun bilik itu sedikit berubah.

Gempa memandang segenap ruangan biliknya, sehinggalah anak matanya terjatuh pada sesuatu yang berada di sudut biliknya.

"Atok apa tu? Macam anak patung aje tapi kenapa nampak macam hidup. Bukan ke.."

"Mannequin doll." Jawab Tok Aba laju.

"Ya. Tapi kenapa boleh ada kat dalam bilik ni?" Gempa mengorak langkah mendekati patung mannequin yang duduk disudut biliknya dengan pelbagai cara. Kesemuanya ada enam.

"Oh, ni kawan atok yang bagi. So atok terimalah, sebab tak tau nak letak mana atok pun letaklah kat dalam bilik ni. Kamu tak selesa ke? Nak atok alihkan?"

Kepala Gempa tergeleng kecil.

"Okey, tak apa lah. Gempa tak nak susahkan atok, anak patung aje kan? Tapi patung ni ada nama ke? Anak mata patung-patung ni pun berlainan termasuk topi dan baju diorang."

"Baguslah macam tu, mereka memang ada nama."

"Apa namanya?"

Jari telunjuk Tok Aba menunjuk satu persatu anak patung tersebut sambil menyebut nama mereka.

Gempa mengangguk kecil mendengar penjelasan dari Tok Aba, anak matanya merenung satu persatu wajah patung mannequin.

"Wahh atok, kawan atok memang terbaiklah sebab boleh buat patung macam ni. Nampak real betul." puji Gempa tangannya mencuit pipi salah satu patung mannequin.

Dia tatap mata patung tersebut, merah dan terasa dingin sahaja bila dipandang. Gempa seakan dipukau oleh sepasang anak mata merah itu, untuk alihkan pandangan matanya ke arah lain sahaja rasanya tak boleh.

"Gempa?" panggilan Tok Aba mengejutkan Gempa.

"Ya atok?"

"Tadi kamu kata nak tido kan? Pergilah tido, dah tengah malam ni. Atok ke bilik dulu," kata Tok Aba. Sebelum berlalu pergi dia bersalaman dengan Gempa.

"Selamat malam tok!"

"Selamat malam juga Gempa."

Tok Aba melambai kecil pada Gempa lalu pintu bilik cucunya dikatup rapat.

Kini tinggallah Gempa bersama keenam patung mannequin. Gempa mengerling sejenak pada enam mannequin itu.

"Hmmm. Baik aku tido, esok nak jumpa diorang. Tak sabarnya nak tunggu esok, rindu betul aku kat diorang."

Gempa beranjak dari situ dan menuju ke arah katil, dia melempar tubuhnya ke atas katil. Dia menguap kecil, tidak lama kemudian dia terlena. Denguran halus menghiasi suasana bilik.

Tanpa Gempa sedari, dia telah diperhatikan oleh enam pasang mata yang berlainan warna.

Mine...

Tbc...

Yay or nah? 🤔 delete or continue?

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now