Part 60 (Ice x Gempa)

2K 99 22
                                    

Mine/Going Crazy!
Enjoy your read!
*****

Kehidupan Gempa tidak akan berubah jikalau pada malam itu dia tidak menerima satu mesej daripada seseorang misteri. Mesej itu berisikan semacam ancaman serta ugutan.

Gempa... Aku nak kau hancurkan majlis perkahwinan Ice dengan perempuan tak guna tu walau apa pun caranya, jikalau tidak keluarga kau bahkan kawan-kawan kau menjadi tebusan. Pilih ya atau tidak?

Gempa telan liur yang terasa pahit dan kelat. Dia tidak menyangka akan menerima mesej ugutan.

"Macam mana ni? Kalau aku kata tidak, family dan kawan aku akan tercedera."

Gempa bergerak ke hulu dan ke hilir, kuku jari digigit resah.

"Macam mana ni, Gempa. Macam mana?"

Gempa berhenti daripada bergerak seperti seterika. Dia memandang skrin telefon yang menayangkan mesej daripada seseorang misteri.

"Apa pun yang jadi nanti, aku harap aku boleh lewati semua tu. Harap-haraplah."

Gempa mencapai telefonnya yang terdampar diatas meja solek. Dia menaip mesej kepada si penghantar misteri itu.

Ya. Aku akan hancurkan majlis diorang, tapi aku mohon siapa pun kau jangan sesekali cederakan family dan kawan aku!

Itulah jawapan yang Gempa berikan, dan bermula malam itu hidupnya berubah mendadak.

•••••

Gempa memandang penampilannya di cermin solek. Gempa hela nafas berat, hari ini adalah hari yang akan menjadi malapetakanya.

Setelah berhempas pulas berfikir semalam, Gempa mengambil keputusan untuk menyamar sebagai wanita yang sedang sarat mengandung.

"Baiklah, Gempa. Ni hari yang akan menjatuhkan maruah serta memalukan kau walaupun kau menyamar sebagai perempuan. Tapi, aku pasti hidup aku tak akan tenang selepas ni. Aku mohon semoga tak ada apa-apa yang berlaku nanti. Amin."

Gempa membetulkan sanggul rambutnya, dia mengusap perutnya yang membonyot itu.

"Okey, kau nampak macam perempuan jadian Gemgem. Hebat gila, permainan kau. Dahla, baik aku pergi. Rasa diri ni dah jadi gila pula asyik bercakap sendirian. Tak patut, tak patut."

Gempa menarik nafas dan di hembus secara perlahan. Dia mula bergerak keluar dari rumah, untuk pergi ke sesuatu tempat.

•••••

Gempa mengertap bibir, disaat kakinya melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan tersebut. Jantungnya sudah berdegup laju.

Majlis perkahwinan sudah dimulai, Gempa menunggu masa untuk melakukan serangan gilanya.

Gempa memandang pengantin lelaki yang sudah berjabat tangan dengan tok kadi.

"Sudah sedia?" Soal tok kadi.

Pengantin lelaki hanya mengangguk perlahan dengan wajah datar. Tiada satu pun senyuman yang terlakar di bibir lelaki itu. Tidak bahagiakah dia?

"Baiklah."

"Aku nikahkah dikau dengan Nur Ya..."

"Tunggu!!"

Gempa melaung lantang, untuk menghentikan perkataan tok kadi. Kini semua tetamu yang hadir di majlis perkahwinan itu mula memandang ke arahnya bahkan ada yang sudah berbisik.

"Kamu siapa?" seorang lelaki dan wanita yang sudah berusia, menegur Gempa. Kemungkinan pasangan tua itu adalah ibu bapa kepada pengantin lelaki.

"Kami tanya kamu siapa? Sampai nak buat kekacauan di majlis anak kami ha?" Soal si wanita itu, sambil memandang Gempa atas bawah dan berhenti diperut Gempa yang membonyot itu.

Gempa telan liur dan dia mulakan aksinya.

"Saya harus hentikan majlis ini, sebab saya mengandungkan anak Ice! Pengantin lelaki tu, adalah ayah kepada anak dalam perut saya ni! Dia sepatutnya kahwin dengan saya dan tanggung jawab ke atas apa yang dia buat pada saya."

Gempa membuat suara sedih dan air mata palsunya dipaksa keluar.

Suasana dewan tersebut mula bising dengan bisikan daripada tetamu apabila mendengarkan itu. Ice si pengantin lelaki beranjak dari duduk.

"Kau sia.."

"Kalau tidak percaya ni buktinya, surat ni adalah pengesahan daripada doktor." Gempa menghulurkan sehelai kertas A4 kepada ibu bapa Ice.

Mata kedua pasangan tua itu membulat lebar.

"Kurang ajar. Ice!! Apa semua ni ha?! Kamu sengaja nak permalukan kami ke ha!!"

Ice mendiamkan diri, dia merenung Gempa tajam. Kedua tangannya tergenggam kemas.

Gempa telan liur, berasa gerun melihat renungan tajam daripada Ice.

Mati aku lepasni...

•••••

Ice menghentak meja kerjanya, dan memandang orang suruhannya.

"Aku nak korang cari dia sampai dapat! Bawa dia pada aku secara hidup-hidup. Kalau tak korang yang mati ditangan aku. Faham!!"

Beberapa orang suruhan Ice mengangguk laju dengan wajah sedikit ketakutan melihat bos besarnya mengamuk.

Mereka semua tahu, jikalau lelaki muda itu sudah mengamuk, maka terbaliklah dunia ini. Jikalau bos mereka mengamuk harus diturut semua kemahuannya jikalau tidak sebilah pisau akan terpacak tepat di atas kepala.

"Yang korang diam kenapa bangang! Korang faham tak ha?!"

"Faham bos! Kami akan bawa dia kepada bos secepat mungkin!" jawab mereka semua.

Ice merengus kesat, dia menarik picu pistol. Dua das dia lepaskan ke arah dinding sambil anak matanya merenung bengis pada anak buahnya.

"Jikalau gagal, peluru panas ni akan aku tanamkan pada seluruh tubuh korang. Faham!"

"Faham!"

"Korang tunggu apa lagi, blah lah!!"

Kelam kabut semua orang suruhan Ice berlari keluar daripada ruang kerja bosnya.

"Kau memang cari pasal dengan aku ya? Kita tengok sejauh mana kau boleh lari selepas kau malukan keluarga aku semalam bahkan perkahwinan aku harus dibatalkan disebabkan tindakan gila kau. Kau yang tempah neraka, so kau terima padahnya."

Ice tersenyum sinis sambil membuang pandangan matanya keluar jendela pejabatnya.




Tbc or delete?....
Drop your comment! ❤

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now