Part 120 (FrostfirexGempaxSupra)

1.1K 72 7
                                    

Bennie yang berbulu berwarna kuning cair, dipakaikan pada kepalanya. Dia memandang pantulannya dicermin solek.

"Dah siap."

Ting! Tong!

"Eh? Siapa pula datang? Aku baru aje niat nak pergi mall beli barang dapur, ada orang bertamu pula. Haish!" Gempa merungut kecil, lantas dia bergegas ke pintu rumahnya.

"Eh?!" anak mata Gempa membulat, dengan mulut melopong kerana kaget melihat siapa yang bertamu.

"Frostfire? Supra? Macam mana?!"

Frostfire menutup mulut Gempa yang terbuka lebar itu.

"Kalau terkejut tu cover lah sikit, masuk lalat kang dalam mulut tu." kata Frostfire. Gempa menarik muka toya.

"Macam mana korang boleh tau rumah aku ha? Korang stalk aku eh?" tuduh Gempa, jari telunjuknya menuding pada Frostfire dan Supra.

"Biarlah rahsia, kau tak payah tau. Hmm, kau nak ke mana pakai comel-comel ni? Nak pergi goda orang ke?"

Anak mata mereka memandang Gempa atas dan bawah. Lelaki itu mengenakan pakaian santai, iaitu t-shirt kuning lengan panjang yang oversize dan dipadan pula dengan seluar skinny putih. Diatas kepala lelaki itu terhias bennie. Penampilan yang comel, mampu menarik perhatian sesiapa sahaja termaksud mereka berdua.

"Apa tengok aku macam tu? Aku bukan nak pergi goda orang, buang masa aje semua tu. Aku nak pergi mall. beli barang dapur. Tapi, korang pula datang." kata Gempa dengan wajah cemberut.

"Oh, nak kami temankan?" soal Supra.

Gempa merenung mereka berdua yang sudah menayang wajah berharap. Dia mengetuk dagunya, dengan mulut dimuncungkan sedikit. Lagaknya seperti berfikir sahaja. Duo cool yang melihat gelagat comel Gempa hanya mampu menahan diri daripada menerkam lelaki yang berada di hadapan mereka itu.

"Okey, jom pergi." kata putus dari Gempa, dia segera mengunci pintu rumahnya lantas menarik lengan duo cool itu.

"Korang dah makan?"

Frostfire dan Supra menggeleng kepala.

"Okey, kalau macam tu. Apa kata korang makan malam kat rumah aku? Lagipun aku sorang aje, parents aku pergi outstation."

"Oh boleh, boleh!" jawab mereka berdua laju, dengan kepala terangguk-angguk.

Gempa terkekek melihat gelagat comel dari duo cool itu yang sangat jarang ditunjuk pada orang lain. Dia dengan selamba mencubit pipi duo cool itu.

"Selain dingin dan cool, korang comel juga eh kat luar sekolah. Tapi tulah, korang jarang tunjuk." omel Gempa.

"Kami hanya tunjuk pada orang terdekat aje, termaksud kau." kata Supra dan Frostfire, mereka berdua memandang Gempa yang berada di antara mereka.

Gempa hanya tersenyum sahaja, sambil memeluk lengan mereka berdua.

"Whatever, dah jom nanti lambat pula."

"Okey, babe."

•••••

Gempa bercekak pinggang, kepalanya terdongak ke atas. Memandang barang yang dia mahu berada dirak paling atas. Dia mencuba untuk capai, namun tidak berhasil, Al-maklum orang pendeklah katakan.

Frostfire dan Supra yang melihat tingkah Gempa, hanya diam sambil menahan gelak. Tidak terniat mahu bantu Gempa yang kesusahan itu.

"Ishh!! Kenapa tak sampai juga ha? Nak kata aku tak makan vitamin c untuk jadi tinggi, aku makan hari-hari kot tapi kenapa tak tinggi-tinggi juga?! Ishhh! Kena makan sayur lebih dan minum susu kalsium bebanyak lagi kot?! Tak apa, nanti balik aku minum susu satu jag."

Gempa mengembungkan pipinya sebal, kaki dihentak kecil dengan kepala digaru kasar membuatkan bennie yang dia pakai menjadi senget.

"Geramnya aku, asal comel sangat?" bisik mereka berdua.

Gempa menoleh. "Woii! Tolonglah aku ambilkan tu."

Jari Gempa terhala pada benda yang dia mahu sedari tadi. Serbuk secukup rasa.

"Yelah ketot."

"Apa korang panggil aku?!" Gempa terus menendang betis Supra dan Frostfire kuat buatkan mereka berdua mengaduh sakit.

"Okey, okey maaf. Untung sayang."

"Vavi lu."

"Apa dia kau panggil tadi?"

"Nathing!"

"Nothing lah, bukan nathing."

"I dun kare."

Gempa terus menonong pergi dari situ untuk ke bahagian barang basah pula, meninggalkan duo cool yang sudah tergeleng kecil.

•••••

"Okey, dane! Jom makan!"

"Done lah!" Supra membetulkan sebutan Gempa.

"Biarkan." balas Gempa tidak peduli, sambil makan dengan lahap.

Duo cool menggeleng kepala. Mereka bertiga mula menjamu selera dengan keadaan senyap.

"Hey! Makan tu pelan-pelan lah." Tegur Frostfire, bila melihat Gempa yang makan begitu lahap sekali sampai tak pandang kiri dan kanan dah. Habis pipinya comot dengan butir nasi dan kuah kari.

"Biarlah, food is ma lifeu." kata Gempa dengan mulut yang penuh. Pipinya yang sudah sedia bolat makin bolat, bahkan pipinya ikut bergerak bila dia mengunyah lelaju.

Supra dan Frostfire menggeleng kepala, orang tegur tak nak dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri jawabnya.

"Suka hatilah."

Gempa menelan makanannya lalu dia buka suara. "Nak tak kejap lagi kita tengok movie?"

"Boleh juga, esok cutikan. Kalau kami menginap sini boleh?"

"Hmm! Hmmm!" kepala Gempa terangguk laju dengan wajah comotnya sambil mengunyah paha ayam goreng.

"Grrr..please jangan comel sangat aku tak kuat Gem." kata mereka berdua, bibir bawah digigit menahan rasa geram.

Kening Gempa terjongket sebelah, kepala pula dilentokkan ke kiri dengan mata dibolatkan. Mulutnya sibuk mengunyah ayam.

"Gempa!! Kau sengaja an?!"

Gempa kaget bila dijerit begitu, sampaikan tercekik tulang ayam dia dibuatnya.

"Uhuk! Uhuk! Woii, tolong a..aku..."






Tbc....

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now