Part 134 (TrioFusion x Gempa)

1K 69 7
                                    

Keluhan berat terhembus dibelah bibir Gempa, dia kerling kedua kawannya. Taufan dan Thorn yang berjalan disebelahnya. Kini mereka bertiga sedang berjalan keluar dari bangunan sekolah.

"Weiii, korang esok cuti sekolah. Nak tak kita pergi funfair?" soal Gempa pada kedua kawannya.

Duo T itu berpandangan, "Boleh juga, lagipun kita dah lama tak ke sana! Jom pergi!"

Mereka bertiga bersorak girang. Gempa memeluk lengan kedua kawannya.

"Jom kita pergi esok!"

"Hmmm!"

Mereka bertiga berjalan sambil berbual kosong, sehinggalah mereka tiba di luar bangunan sekolah. Akan tetapi, mereka dihalang oleh pelajar-pelajar sekolah yang seperti mengerumuni sesuatu dan suara kecoh dari mereka semua buatkan ketiga sekawan itu berpandangan dengan dahi berkerut hairan.

"Apa yang mereka kecoh tu? Ada artis datang ke? Jom tengok!"

Taufan menarik kedua tangan kawannya menuju ke arah kekecohan tersebut. Mereka bertiga menyelitkan diri di antara keramaian pelajar disitu.

Mulut ketiga kawan itu ternganga melihat pemandangan di hadapan mereka, kelihatan tiga orang lelaki dewasa dengan gaya tersendiri berdiri sambil bersandar dibadan kereta.

Mata Gempa terkerdip dengan raut wajah terkejut, dia kenal siapa tiga makhluk yang menjadi tumpuan pelajar kat sana.

"Kenapa diorang datang sekolah aku? Sengaja nak buat kecoh kat sekolah aku ke apa?"

"Wahh stylo betul diorang, nampak dari cara diorang bergaya mesti dari orang berada kan? Or diorang seorang CEO? Muka diorang sama lah." Seru Thorn. Taufan mengangguk setuju.

"Tapi diorang buat apa kat sini? Diorang cari siapa?"

Gempa hanya mencebik. "Jom blah, kita dah lambat nak balik ni."

Dia terus menarik kedua kawannya untuk pergi dari situ. Namun nasibnya tidak berbau bila salah seorang dari ketiga beradik itu menyeru namanya dengan lantang sekali.

"Woii Gempa!!"

Gempa membeku, termasuk kedua kawannya.

"Eh? Gem, diorang panggil kaulah. Kau kenal ke?"

Kini semua pelajar yang berada di situ mula menumpukan perhatian pada Gempa. Uke kesayangan mereka.

"My Gemgem yang comel, awak kenal ke diorang?" salah seorang pelajar bertanya.

Gempa telan liur, dia pandang ke arah trio twins hot itu yang mula mengambil langkah mendekatinya.

"Tak! Aku balik dulu bye!" Gempa terus mengambil langkah untuk melarikan diri.

Namun, tindakan Gempa dapat dibaca oleh trio twins itu. Mereka bertiga dengan cepat menghalang Gempa dari melarikan diri.

"Kau nak pergi mana budak nakal?" Supra mencengkam lengan Gempa kuat buatkan remaja itu mengeluh sakit.

"Sakitlah ngok! Lepaskan aku!"

"Tak akan, kau ikut kami!" Supra dengan selamba mengangkat tubuh Gempa ke bahunya.

"Arghh!!! Lepaskan aku!" Gempa meronta, dia memukul-mukul belakang tubuh Supra bahkan bahu lelaki itu dia gigit keras.

Supra meringis pelan, dia bengang dan menampar punggung Gempa geram.

"Diamlah."

"Jom blah."

Mereka tidak sedar segala perlakuan mereka ditonton oleh seluruh pelajar disitu.

Taufan menampar pipi Thorn kasar.

"Wey! Gempa kena culik dengan habang-habang hot lah! Macam mana ni!!"

Thorn yang mahu mencarut sebab kena tampar tiba-tiba, turut menjerit kerisauan kerana kawan mereka diculik.

"Kita kena buat report kat parents Gemgem dulu! Jom!"

"Jom!"






Tbc...

Sorry if chapt kalini sikit hambar, idea tak ada huhuhu... Miss dengan ff ni? 🤣

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now