Part 45 (TrioCool x Gempa)

2.5K 106 12
                                    

Request from Annisa-han dan hanaizumichan
Mafia/Gengster ver!
Enjoy your read!
*****

"Terima kasih Gempa, sebab dah tolong cikgu angkat buku-buku semua ni."

Gempa hanya tersenyum ramah pada cikgu Anis, guru bahasa English.

"Sama-sama, cikgu. Kalau macam tu saya masuk kelas dulu."

"Ya. Oh ya, saya lupa nak bagi tahu kamu. Esok akan ada tiga pelajar baru yang akan masuk sekolah ni."

"Oh. Terima kasih atas infonya cikgu, saya pergi dulu."

"Okey."

Gempa memberi salam pada cikgu Anis dan berlalu pergi keluar dari pejabat guru.

Gempa berjalan dikoridor sekolah yang sedikit sepi itu kerana kelas pagi sudah pun bermula. Langkah kakinya dibuka lebar, takut ketinggalan pelajaran.

"Err? Diorang siapa?" bisik Gempa tatkala anak matanya menangkap kelibat tiga orang lelaki yang berjalan mengarah ke arahnya sambil kedua tangan terseluk di dalam poket masing-masing.

Wajah mereka bertiga amat datar, apatah lagi untuk tersenyum. Mereka bertiga berjalan melepasi Gempa begitu sahaja. Gempa tercenggang.

"Gila sombongnya. Senyum pun tak, harap aje muka boleh tahan hemsem. Pigidah!" cebik Gempa sebal.

"Alamak aku dah lambat masuk kelas! Matilah aku!"

•••••

Gempa yang berjalan menunduk, tersentak kaget bila bahunya dirangkul dari belakang.

"Gem kau kerja ke harini?"

Gempa menoleh, "Oh korang, a'ah kalau aku tak kerja macam mana aku nak tanggung hidup aku yang sebatang kara ni?"

Fang dan Gopal tersenyum. "Maaf Gem, kami tau yang kau anak yatim piatu yang harus mandiri. Maaf."

Gempa tersenyum kecil. "Tak apalah."

"So, kita tak boleh keluarlah hari ni?"

"Macam tu lah."

Gempa memandang kedua rakannya dengan wajah bersalah.

"Maafkan aku korang, tapi aku janji kalau aku ada time free nanti kita bertiga keluar ya?" pujuk Gempa.

Fang dan Gopal merenung Gempa.

"Tak apa, kami faham kau. Tapi janji ya?"

"Janji."

•••••

"Terima kasih sila datang lagi." Ucap Gempa pada pelanggan yang datang di kafe tempat dia bekerja. Dia tersenyum manis.

"Kamu kerja dengan sangat baik Gem, kamu tahu aje macam mana nak tarik pelanggan. Disebabkan kamu jugalah, kafe ni banyak yang mengunjung." kata majikan Gempa.

Gempa tersenyum malu. "Mana adalah. Saya biasa-biasa saja. Mungkin itu dah rezeki bos."

"Yelah. Jom tutup kafe yang lain dah tak sabar nak balik tu." omel si bos.

"Ya! Jom bos!"

Bos kafe itu tersenyum pada Gempa yang sudah berlalu untuk melakukan kerjanya.

"Baik betul budak tu,"

•••••

Keesokan harinya, Gempa berlari sepanjang koridor sekolah dengan mulutnya mengunyah sekeping roti yang tidak sempat ditelannya dari rumah. Bahkan mulutnya comot dengan sisa roti.

"Sampai!" sorak Gempa setibanya dia dikelas. Namun hanya suasana sepi dan tiga orang pelajar yang dia tidak kenali sahaja yang menyapa dirinya.

Gempa berdeham bila tiga pasang mata itu merenung ke arahnya. Dia dengan kekok dan canggung berjalan masuk ke dalam kelas, tempat duduknya yang terletak di hadapan mereka bertiga dituju.

Gempa duduk dalam keadaan senyap, bahkan pergerakannya sangat terbatas dan seolah diawasi oleh tiga pasang mata itu. Gempa terdiam di tempat duduknya, tubuhnya tegak seperti patung cendana. Matanya memandang lurus ke hadapan.

Macam kenal? Bukan ke diorang yang aku jumpa kat pejabat guru semalam? Si budak sombong tu kan? Desis hati Gempa.

Diorang ke pelajar baru yang cikgu Anis cakapkan kelmarin? bisik hati Gempa lagi.

"Gemgem!!"

"Opocot mak kau!" latah Gempa kerana kaget bila namanya dipanggil dengan begitu lantang, sampaikan dia tersedu.

"Hik korang ni hik buat terkejut aku aje hik, ah! Sedu ni buat hik aku menyampah."

"Maaf Gemgem, kau comel bila tersedu macam tu. Hehe." tersengih Fang dan Gopal, mereka berdua menoleh ke belakang Gempa bila perasan akan tiga orang manusia yang sedari tadi hanya diam.

"Err korang ni mesti pelajar baru kan? Hai nama aku Gopal! Nama korang apa?" sapa Gopal dengan ceria seperti selalu.

Krik, krik, krik...

Hanya bunyi suara cengkerik sahaja yang menjawab sapaan mesra Gopal. Ketiga manusia dingin itu tidak menyahut bahkan mengerling ke arah Gopal pun tidak. Sombong gila.

"Sombongnya."

"Hmmm. Biarkan. Eh? Gemgem apasal pipi kau comot ni? Sisa roti ada lagi, macam budak kecillah kau ni." Fang menyapu pipi Gempa yang comot oleh sisa roti.

Gempa tersengih dengan sedu yang masih tersisa. "Hehe. Kau macam tak kenal aku aje. Hehe."

Tanpa Gempa sedari gelagatnya diperhatikan oleh tiga pasang mata. Renungan matanya amat dingin sahaja.

•••••

"Bye korang! Jumpa esok!" Gempa melambaikan tangan pada kedua kawannya.

"Bye Gemgem!" sahut mereka berdua sambil berlari keluar dari kelas.

Gempa bangun dari tempat duduknya, dia mengalas beg ke tubuhnya. Dia menoleh kebelakang.

"Korang tak nak balik lagi?" soal Gempa kepada ketiga rakan kelasnya.

Mereka tidak menjawab, bahkan terus berlalu pergi meninggalkan Gempa yang terpinga-pinga.

"Ceh! Sombong nak mampus! Korang tunggu lah!" Gempa berlari mendekati trio cool itu.

"Ishh korang ni, suka sangat palau orang. Tak baik tau." kata Gempa geram. Namun tiada respon daripada ketiga manusia itu.

Gempa yang geram mula berdiri dihadapan mereka lalu mendepakan tangannya, menghalangi langkah mereka bertiga.

Trio cool itu memandang kelakuan Gempa yang berani menghalangi langkah mereka.

"Korang ni, memang pendiam eh? Hmmm, btw kita tak sempat berkenalan lagi kan? Nama aku Gempa! Hai!" ucap Gempa dengan senyuman manis.

"Dah habis?" soal mereka datar.

"Err dah habis apa?"

"Cakap?"

"Err mungkin?"

Mereka bertiga hanya menjeling lalu berjalan melintasi Gempa.

Mulut Gempa kumat-kamit menyumpahi ketiga makhluk dingin itu.

Gempa memandang kepergian mereka bertiga dengan wajah cemberut. Dia menendang dan menyepak angin seolah dia lakukan itu pada trio cool.

"Tak guna, rasanya nak tumbuk-tumbuk aje tiga malaun sombong tu. Belagak gila, baru datang sekolah sini dah buat orang sakit hati. Eee geramnya aku."

Gempa yang mahu melancarkan aksi khalayannya, terbantut bila salah seorang dari trio cool itu menoleh ke arahnya. Gempa secara automatik menunduk dengan kaki mengkuis-kuis lantai koridor.

"Dia tahu ke apa yang aku buat kat belakang diorang? Matilah."




Tbc....

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now