Part 20 (Blaze x Gempa)

2K 98 7
                                    

"Tulah kau, yang cerdik sangat pergi panjat pokok kenapa? Kan dah terseliuh kaki tu, padan muka."

Mulut Blaze sibuk membebel pada orang yang sedang dia gendong dibelakang tubuhnya. Gempa mencebikkan bibirnya sambil mengeratkan lagi pelukannya pada leher Blaze. Dagunya diletakkan pada bahu Blaze.

"Diamlah Blaze, bingit telinga aku dengar kau membebel dari tadi." rungut Gempa.

"Wahh! Bingit ya? Habistu kau asyik pot pet kat kami hari-hari kat rumah bahkan kat sekolah pun kau bising. Kau ingat telinga kami tak sakit dengar kau membebel?"

"Tsk!" Gempa berdecit kesal, kerana kalah bicara dengan Blaze.

Blaze tersenyum menang. Dia membetulkan gendongannya agar lelaki itu tidak jatuh.

"Gem, boleh aku nak tanya sesuatu?" Soal Blaze, wajahnya berubah serius sambil memandang lurus ke hadapan.

"Apa?" sahut Gempa, dengan anak matanya ralit memandang langit malam.

"Kau..kau dengan Halilintar ada apa-apa ke? Aku tengok kau dengan dia rapat semacam aje."

"Maksud kau apa? Aku tak faham."

Blaze hela nafas, "Maksud aku, kau dengan Halilintar tu ada hubungan special ke?"

"Oh! Kami tak ada apa-apa hubungan pun. Kau ni, tak kan lah nak rapat dengan saudara sendiri pun tak boleh." jawab Gempa jujur.

Sekali lagi Blaze hela nafas.

Kau memang innocent Gem, kau tak tau yang Hali rapat dengan kau sebab dia suka kau. Bahkan aku pun. Bisik hati Blaze.

"Blaze kau okey? Kenapa kau senyap?" tegur Gempa bila mendapati Blaze hanya mendiamkan diri. Pipi lelaki itu dia sentuh dengan jari telunjuk.

"Blaze oh Blaze?" panggil Gempa lagi bila tiada respon dari Blaze.

"Boboiboy Blaze!" jerit Gempa dicuping telinga Blaze, buatkan Blaze tersentak kaget.

"Y..ya Gempa?"

"Ishh kau ni, kau kenapa sebenarnya?"

"Aku okeylah."

"Bohong. Beritahu aku, kau kenapa?" kata Gempa tegas.

Blaze pejam mata. Mungkin sudah tiba untuk dia jujur dengan perasaannya. Blaze tarik nafas dan di hembus perlahan.

"Fine. Sebelum tu kita duduk kat situ dulu boleh?" Blaze menunjuk tempat menunggu bas yang beberapa langkah di hadapan mereka berdua, Gempa hanya mengangguk.

Blaze mendudukkan Gempa di atas bangku yang tersedia ditempat menunggu bas. Dia mengambil tempat disebelah Gempa.

"So?" Gempa memusingkan tubuhnya mengadap Blaze. Anak matanya merenung wajah saudaranya.

"Hmmm, aku..aku,"

"Kau?"

"Aku.."

"Kau apa Blaze?"

Blaze berbalik ke arah Gempa, dia menyentuh kedua tangan lelaki itu lalu digenggam erat. Gempa memandang tangannya yang digenggam oleh Blaze.

"Blaze? Kau okey?" Tanya Gempa seraya membalas genggaman tangan Blaze.

"Aku okey, cuma hati aku aje tak okey."

"Um? Hati kau terluka ke?"

"Lebih kurang macam tu lah." gumam Blaze.

"Nak aku ubatkan?" jenaka Gempa dengan senyuman manis.

"Macam mana?" tanya Blaze.

"Macam ni." pipi saudaranya dikucup lama. Wajah Blaze berona merah bila mendapat perbuatan manis Gempa.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now