Part 154 (Supra x Gempa)

891 68 10
                                    

"Jemput lah masuk."

Larche mempelawa Gempa masuk ke dalam rumah agam Supra.

Gempa mengangguk seraya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut sambil menarik bagasinya. Dia terpegun melihat nuansa rumah agam itu, dekorasi classic yang kelihatan mewah.

"Umm, kenapa rumah ni macam sunyi aje? Mana pembantu rumah or ibu bapa Tuan Supra?"

Larche terdiam buat sesaat, dia ukirkan sebuah senyuman nipis.

"Pembantu rumah hanya bekerja sampai tengahari saja lepastu diorang akan balik, lagipun Tuan muda Supra jarang balik. Dia lebih suka duduk di ofis. Untuk soalan kedua awak, ibu bapa Tuan muda Supra sudah tiada sejak dia berumur 15 tahun."

"Oh, maaf tanya."

"Tak apa, lagipun Tuan Gempa kan tak tau. Saya harap, Tuan dapat mengisi kekosongan hidup Tuan muda Supra. Dia dah lama kesepian."

"Ya." itu sahaja yang keluar dari mulut Gempa, dia tidak tahu nak komen apa.

"Tuan.."

"Panggil Gempa aje."

Larche berdeham, "Baiklah, jom saya tunjukkan bilik awak. Mehh saya tolong bawakan bagasi tu."

"Tak apa saya boleh.."

"Jangan bantah."

Gempa mengetap bibir bila mendengar intonasi tegas yang dikeluarkan oleh PA Supra itu.

"Baiklah."

"Hm, jom."

Larche mengambil alih membawa bagasi kuning milik Gempa. Mereka berdua berjalan beriringan menaiki anak tangga menuju ke tingkat 2.

"Ohya, Tuan Supra balik pukul berapa?"

"Dalam pukul 8 malam. Kenapa?"

"Tak ada apa lah saja tanya, bolehlah saya nak masak makan malam nanti."

Larche tersenyum, tidak memberi respon apa-apa sehinggalah mereka berdua tiba di depan sebuah bilik.

"Ni bilik awak dan bilik kat depan awak tu adalah bilik Tuan muda Supra. Kalau kat hujung sana tu, bilik kerja Tuan muda." kata Larche sambil meletakkan bagasi milik Gempa dilantai.

Gempa mengangguk mendengar penjelasan ringkas dari Larche.

"Masuklah, tengok-tengok bilik awak dulu. Hm, saya kena pergi ofis balik. Ada hal sikit, kalau ada apa-apa awak boleh call Tuan muda. Awak dah ada nombor phone Tuan muda?"

"Dah, mama saya dah bagi semalam. Awak pergilah, nanti Tuan Supra marah awak pula sebab lambat ke ofis."

"Baiklah, saya permisi dulu."

Larche menundukkan sedikit kepalanya lalu beredar pergi. Gempa hanya menghantar kepergian Larche dengan hujung mata.

Gempa menghela nafas, tombol pintu dipulas dan dikuak perlahan. Sekali lagi dia dibuat terpegun dengan ruang bilik tersebut, dia menarik bagasinya seraya melangkah masuk ke dalam bilik yang akan dia huni sekarang.

"Cantik." komen Gempa semasa masuk ke dalam bilik itu. Dia meletak bagasinya di tepi katil, anak matanya terpandang bingkai gambar yang tergantung indah di dinding di atas kepala katil. Dia terkesima tatkala mendapati gambar tersebut adalah gambarnya.

"Sejak bila dia ada gambar aku? Ke mama yang kasi dan dia terus bingkaikan gambar aku?" tutur Gempa polos dan positif terhadap sesuatu.

"Mungkin." Gempa tersenyum kecil, dia memandang segenap ruang bilik itu.

"Baik aku kemas baju dulu, lepastu sediakan bahan untuk memasak makan malam." gumam Gempa sendirian. Pintu almari baju di buka, mulutnya terbuka kecil tatkala melihat isi dalam almari. Semua pakaian dah lengkap tergantung dan terlipat rapi.

"Habistu buat apa aku bawa baju kalau dia dah sediakan baju untuk aku? Haihh, lantaklah." Omel Gempa.

Bagasi miliknya diangkat lalu di baringkan di atas katil. Zip bagasi dibuka, dia memunggah keluar kesemua barangnya.

"Okey, masa untuk mengemas."

•••••

"Wahh!"

Mata Gempa berbinar girang disaat melangkahkan kaki di bahagian dapur rumah Supra itu. Dia memandang segenap ruang dapur itu dengan perasaan penuh teruja.

"Bapak ah! Luas gila dapur." seru Gempa, dia berjalan mengelilingi ruang dapur sambil berseru kagum. Dia melihat perkakas dapur yang super lengkap.

"Kalah dapur kat rumah mama. Gila ah!"

Pintu peti sejuk dia buka, sekadar untuk melihat bahan-bahan untuk memasak. Sekali lagi dia berdecak kagum.

"Gila, bahan mentah hingga basah semua lengkap yang kering pun ada. Eh? Susu pisang? My favort!"

Sekotak air berperisa pisang dia capai, pintu peti sejuk dikatup rapat.

"Supra, saya minta izin minum air ni ya? Hehehe." gumam Gempa sambil menyedut air kotak tersebut.

Di saat dia berbalik, dia dikejutkan oleh seseorang yang berdiri di muka pintu dapur sambil berpeluk tubuh dan bersandar di dinding. Dan lelaki itu merenung ke arahnya dengan begitu dalam, buatkan Gempa menjadi salah tingkah dan sedikit tersedak. Dia menepuk perlahan dadanya, perit.

"Tuan muda Supra? Awal balik? Larche kata Tuan balik pukul 8 malam?"

Supra tidak menjawab, malah lelaki itu mendekati Gempa.

Gempa mencuba untuk tenang, walha dalam hatinya berdegup kencang. Dia berganjak ke belakang, bila Supra berdiri begitu rapat padanya. Semakin dia berundur semakin giat pula Supra melangkah mendekatinya sehinggalah dia tersekat kerana terhalang oleh kaunter dapur di belakangnya.

"Tuan muda?" Gempa mengenggam erat air kotak sambil menggigit straw. Dia mendongak, membalas renungan Supra.

"Supra."

"Hmmm?" gumam Gempa dengan kepala melentok ke kiri.

Supra mengeram gemas melihat raut bingung Gempa yang tampak comel. Tangannya terangkat menyentuh pipi Gempa lalu dibelai lembut.

Gempa pada mulanya kaget, namun dia diam. Perasaan hairan mula timbul di hatinya bila sudah tiada rasa takut dan gementar tatkala menerima sentuhan Supra. Hangat yang dia rasa.

"Panggil saya Supra aja, tak payah bertuan apa semua. Lagipun awak akan jadi pendamping saya tak lama lagi." kata Supra. Sebelah matanya dikenyit.

Gempa mengelabah jadinya, wajahnya tidak usah dikata lagi. Merah bakhang. Dia mendorong tubuh Supra agar lelaki itu menjauh darinya, dia berganjak ke tepi sambil membuang muka ke arah lain. Dia malu.

"Err... A..awak dah ma..makan? Kalau belum, sa..saya masakkan?" soal Gempa gugup, dia mengerling Supra dengan hujung mata sambil menyedut air kotak kegemarannya.

Supra simpan senyum melihat gelagat Gempa.

"Belum, boleh awak masak untuk saya? Saya teringin nak rasa masakkan bakal wife saya, boleh tak sayang?" kata Supra.

"Umm boleh." jawab Gempa perlahan. Dia mengaru pipinya yang memerah itu, dia tak tahu nak sorok muka kat mana bila mendengar panggilan mesra dari lelaki dewasa itu.

"Thanks chère, kalau macam tu saya mandi dulu ya?"

"Hmmm!"

Supra mencubit geram pipi tembam Gempa lalu beredar pergi dari ruang dapur.

Gempa terjelepuk jatuh ke lantai dapur, lemah semangatnya. Dia menyentuh dadanya. Dia tidak pernah rasa berdebar macam ni, aura Supra tu lain macam sahaja...

"Haa gila."




Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now