Part 169 (AllElementals x Gempa)

2K 75 12
                                    

Gempa tersedar dari lenanya, dia memandang siling biliknya kosong. Dia menoleh ke kanan dan kiri. Terdapat enam lelaki yang semalam...

Gempa tidak mahu ingat hal semalam, hatinya sakit bila dilecehkan tanpa sebab oleh mereka.

Dia bangun daripada pembaringan, tangan yang melingkari pinggangnya dilepaskan perlahan lantas dia berganjak turun dari katil dan berlari masuk ke dalam bilik air sebelum itu dia sempat mencapai kain tuala yang tergantung di almari.

Gempa terduduk di bawah pancuran air hujan, dia menangis teresak mengenangkan hal semalam.

"Bodoh hiks... Kau bodoh Gempa..."

Sementara di luar tandas, keenam lelaki itu saling membalas pandangan. Sebenarnya mereka sudah pun bangun sebelum Gempa bangun dan masuk ke dalam tandas. Mereka berenam memandang pintu tandas yang tertutup rapat. Telinga mereka menangkap suara tangisan dari dalam sana.

"Korang, aku rasa bersalah pula buat dia menangis. Macam mana ni?" Taufan bersuara di antara mereka.

"Jangan risau, nanti kita bincang pasal ni dengan dia. Aku tahu dia akan terima dan faham nanti."

"Yakinnya anda."

"Hidup haruslah ada keyakinan."

Mereka memandang Solar dengan wajah mendatar. Manakala Solar hanya buat muka seposen, tidak menghiraukan tatapan saudaranya yang lain.

Sementara Gempa di dalam tandas sana, sudah berhenti dari menangis walaupun begitu air matanya tidak berhenti dari terus mengalir. Dia segera membersihkan dirinya.

Tuala dicapai lalu di balut pada tubuhnya. Dia keluar dari tandas, namun dia di kagetkan dengan enam ekor serigala yang berkeliaran di dalam biliknya. Dia mencari kelibat keenam manusia lelaki yang bersama dengannya semalam. Tiada.

"Macam.. macam mana korang boleh ada dalam bilik aku?" Gempa jatuh terduduk bila keenam serigala itu datang mendekat. Dia pejam mata rapat. Perasaan takut menyelubungi dirinya.

"Gempa.."

Mendengar namanya dipanggil, Gempa terus membuka matanya dan memandang ke arah sumber suara itu. Dia terkedu melihat keenam ekor serigala itu berubah menjadi manusia.

"Korang...? Macam mana boleh? Korang serigala?"

"Ya." sahut mereka seraya menundukkan pandangan mata mereka. Takut pula mereka terlepas kendali kerana melihat keadaan Gempa yang seperti itu. Seolah mengundang mereka untuk berbuat yang tidak-tidak sahaja.

"Tapi macam mana?"

"Kami akan jelaskan semuanya pada kau, tapi tolong jangan benci dan jauhkan diri kau dari kami."

Gempa bangun dari lantai, dia membetulkan kain tuala yang melingkari tubuhnya. Dia memandang keenam manusia jadian itu.

"Baik. Jelaskan pada aku kenapa kau orang buat aku macam tu semalam!"

•••••

"Jadi, korang buat macam tu kat aku sebab aku ni omega korang?"

Pertanyaan Gempa itu mendapat anggukan dari keenam lelaki itu.

"Ya."

"Tapi omega ni apa?"

Keenam mereka tercenggang dengan soalan daripada Gempa. Mereka memandang Gempa tidak percaya.

"Kau seriuslah? Tunggu kau pernah heat tak?" kata mereka dengan serentak.

Gempa buat muka blur, kepalanya melentok ke kiri.

"Jangan cakap kau pun tak tau heat tu apa?" kata Ice.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now