Part 67 (Taufan x Gempa)

833 80 11
                                    

"Taufan.."

Kepala Taufan terangkat bila ada yang memanggil namanya, dia tersenyum manis pada orang tersebut. Gempa.

"Ya? Duduklah." kata Taufan ramah. Gempa tersenyum seraya mengambil tempat di hadapan Taufan.

"Kau memang suka lepak kat library eh time rehat? Kau tak makan ke?" soal Gempa.

"A'ah, aku dah makan roti tadi. Kenapa?" kata Taufan, anak matanya jatuh pada buku yang dia baca sebentar tadi.

"Haa, macam tu. Tak ada apa." jawab Gempa. Taufan mengangguk kepala tanpa memandang Gempa.

Hening.. Gempa menggigit bibirnya, dia merenung Taufan yang sibuk dengan aktiviti hariannya iaitu membaca.

"Hem, ke mana kawan kau yang tiga orang tu?" soal Taufan, saat menyedari ketiadaan Halilintar, Ice dan Solar.

Mulut Gempa terjuih ke bawah.

"Entah, malas nak ambil tau. Aku masih merajuk dengan diorang. Hemm, tau nak menang kat diorang aje. Benci betul." omel Gempa.

Taufan tergelak kecil, sambil menutup buku yang telah dibacanya dan kini dia mula menumpukan sepenuhnya perhatian pada Gempa.

"Macam tu ke? Kau boleh kenal diorang macam mana? Aku tengok diorang macam possesive aje dengan kau."

Gempa berpeluk tubuh, jari tulunjuknya mengetuk dagu dengan anak mata memandang siling perpustakaan. Taufan yang melihat gelagat Gempa itu, berasa geram pula.

"Kitorang boleh kenal pun, sebab diorang pernah tolong aku daripada jadi mangsa pelecehan." kata Gempa dengan suara suram.

Taufan yang mendengarkan itu, membulatkan mata.

"Pelecehan?"

Gempa memandang Taufan redup, kepalanya diangguk kecil.

"Ya. Benda tu terjadi pada dua tahun lepas, ada bekas senior sekolah ni pernah nyatakan perasaannya pada aku tapi aku tolak sebab aku tak ada apa-apa rasa pun kat dia. Nak kata kenal tu, tak sangat. Tapi tu lah.

Hmmm, selepas aku tolak dia. Masa balik sekolah, aku seorang aje yang belum balik sebab nak ke bilik guru nak hantar buku yang aku pungut. Tapi, aku disekat oleh dia dengan geng dia. Dia tak puas hati dan marah sebab aku tolak dia. Dan disitulah.."

Gempa tidak menghabiskan ceritanya, perasaan trauma mula menyinggah. Tubir matanya sedikit berair, namun dengan cepat dia menyekat daripada mengalir turun ke pipi. Dia menunduk.

Taufan yang melihat itu, mula bergerak ke tempat Gempa. Dia duduk di sebelah Gempa dan tubuh lelaki itu dipeluknya erat.

"Maafkan aku, sepatutnya aku tak tanya kau apa yang jadi. Mesti kau trauma kan? Hmmm, patutlah kawan kau yang tiga orang itu sangat posesif kat kau. Mungkin diorang takut kau akan di apa-apakan lagi."

"Tapi, kenapa aku tak pernah rasa takut dengan kau? Aku.. Aku rasa nyaman berada di dekat kau, aku.. aku suka bila kau peluk aku, rasa dia hangat macam seseorang. Tapi aku tak tau siapa."

Taufan tersenyum, belakang tubuh lelaki itu dia usap perlahan sejurus meleraikan sedikit pelukan tersebut.

"Kalau kau nak tau siapa orang yang pernah buat kau rasa hangat seperti seseorang tu, dia adalah aku." bisik Taufan.

Mata Gempa membulat. "Apa? Tapi.."

"Aku tau kau mungkin tak ingat aku, tapi aku akan buat kau ingat siapa diri aku ni dengan cara aku sendiri. Kalau kau nak tau, aku ni Taufan kawan kau masa sekolah rendah. Kita dulu sangat rapat sampailah, aku terpaksa pergi atas sebab tertentu. Kita berpisah masa kita berada di darjah 5."

Gempa pegang kepalanya yang tiba-tiba sahaja diserang rasa sakit yang amat. Dia meringis, bila ada kelibat bayang yang masa silamnya memaksa masuk di mindanya.

"Kalau kau tak percaya yang aku ni kawan kau dulu, kau balik nanti carilah benda yang pernah aku berikan pada kau dulu masa kita mahu berpisah. Mungkin kau tak ingat aku sebab memori kau hilang masa kau kemalangan 6 tahun lepas, seminggu selepas kita berpisah."

Cengkaman Gempa pada kepalanya makin kuat, bahkan ringisan sakit keluar daripada mulutnya. Taufan yang melihat itu sedikit panik, dia mengusap kepala Gempa agar dapat mengurangkan rasa sakit yang Gempa alami.

"Sakit, cukup." gumam Gempa merayu. Air matanya sudah jatuh membasahi pipi.

Taufan menarik kepala Gempa dan menyandarkan pada dadanya, tubuh lelaki itu dia peluk erat. Dia mendaratkan ciumannya pada kepala Gempa bertalu-talu sambil membisikkan ayat penenang.

"Maaf sebab aku dah memaksa kau untuk ingat kembali. Maafkan aku my cutie pie."





Tbc....
ಥ⌣ಥ

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now