Part 93 (Supra x Gempa)

987 79 9
                                    

Sesudu aiskrim disuap masuk ke dalam mulut, anak matanya sibuk memandang suasana di kantin hospital yang sedikit lenggang itu.

"Hai doktor Supra? Sorang ke? Tak ada yang teman ke?" tegur seseorang, Supra menoleh dengan mulut mengemam aiskrim.

"Hmmm, kalau kau datang sini nak ejek aku baik tak payah Fang. Pergi jauh." bidas Supra dengan jelingan maut diberikan pada lelaki itu.

Fang tergelak kecil seraya mengambil tempat di hadapan Supra. Dia memandang Supra yang asyik mengemam aiskrim.

"Kau ada dengar tak yang Gempa akan keluar petang nanti?"

Supra tersedak aiskrim, dia menepuk perlahan kepalanya bila rasa dingin menyerang.

"A..apa kau cakap tadi? Budak nakal tu akan check out hari ni? Kenapa aku tak tau?"

Fang mengangguk kecil. "Ya, lagipun aku baru tahu tadi juga dari kerani yang jaga kaunter depan. Aku ingat kau dah tau."

Supra menggeleng, "Aku tak tahu."

Fang memandang Supra yang tampak gelisah selepas mendengar Gempa akan keluar dari hospital pada hari ini. Dia mula membuat andaian.

"Kau suka Gempa ya?"

Sekali lagi, Supra tersedak bila mendengar perkataan itu. Dia memandang Fang dengan wajah terkejut.

"Ma..mana ada. Jangan nak main tuduh aje." nafi Supra dengan nada suara sedikit tergagap.

Fang tersenyum senget. "Ya ke? Kalau macam tu, ada peluang lah untuk aku lamar dia jadi kekasih aku kan?"

Wajah Supra berubah keruh bila mendengarkan itu.

"Ohya ke? Aku harap kau diterima." kata Supra tanpa ada semangat. Dia merenung bekas aiskrimnya yang masih banyak itu.

Fang merengus kesat. "Bodoh! Kau memang bodoh!"

"Apa kau kata?!" bentak Supra marah.

"Aku kata kau bodoh, bodoh sebab ego akan perasaan kau sendiri yang kau tu suka dia. Tapi kau nafikan apa yang kau rasa tu. Bodoh."

Supra terdiam, dia memandang bekas aiskrim dengan tatapan kosong.

"Yang tadi tu aku gurau aje yang aku ni suka dia. Aku tau kau suka dia, tapi kau ragu-ragu dengan perasaan kau kat dia."

"Macam mana kau tau?"

"Tengok dari reaksi dan cara kau pandang dia, aku tau. Kau tak perasan ke, kau selalu pergi melawat ke bilik dia sebelum kau mulakan kerja. Kalau kau ada masa free mesti kau ke bilik dia. Kau tak perasan lagi? Masih nak nafikan lagi perasaan kau tu?"

Sekali lagi, Supra dibuat terdiam oleh kata-kata Fang.

"Baik kau beritahu dia apa yang ada di dalam hati kau tu, sebelum dia balik. Aku pasti dia akan terima kau sebab dia pun macam sukakan kau. Tengok dari cara dia pun dah boleh tau. Pergilah dekat dia, bagitau apa yang kau rasa tu. Okeylah aku pergi dulu."

Fang bangun dari duduknya, dia menepuk bahu Supra sebelum berlalu pergi.

Helaan nafas terhembus di belah bibir Supra. Wajahnya diusap kasar. Fikirannya bercelaru dengan semua benda.

"Betul ke aku suka kat budak nakal tu?"

Supra berdecit bila tidak menemukan jawapan. Dia bingkas bangun, untuk berlalu pergi meninggalkan begitu sahaja bekas aiskrimnya yang masih tersisa di atas meja.

"Baik aku jumpa dia."

Dengan langkah lebar, Supra bergerak laju ke tujuannya iaitu bilik wad Gempa.

Setiba dia di hadapan wad Gempa, dia terus memulas tombol pintu dan mengkuak daun pintu itu seraya melangkah masuk. Pintu wad dia tutup dengan menggunakan kaki. Dia memandang Gempa yang tersenyum lebar padanya dengan wajah bingung.

"Hai daddy!" sapa Gempa ceria, tangannya terlambai girang pada Supra yang berjalan laju menuju ke arahnya.

"Kenapa daddy datang, dad.."

Ucapan Gempa terputus bila Supra memegang wajahnya dan bibir mereka berdua bertemu. Gempa diam mematung dengan mata membulat lebar, dia memandang renungan mata Supra.

Diam dan sepi, lama mereka berdua berkeadaan begitu sehinggalah Supra mula menggerakkan bibirnya ke atas bibir Gempa. Supra meleraikan ciuman, dia memandang wajah Gempa yang memerah itu. Supra menyatukan dahi mereka bahkan hidung mereka berdua bersentuhan.

"Sekarang saya dah jumpa jawapannya."

Kening Gempa berkerut. "Maksud daddy? Ke..kenapa daddy cium Gemgem tadi?"

Supra tersenyum manis yang jarang dia tunjuk. Gempa menunduk malu bila melihat senyuman Supra yang agak menawan itu.

"Pandang mata daddy, baby sugar.."

Wajah Gempa merah padam bila Supra mula membahasakan dirinya dengan gelaran yang dia bagi. Dengan perasaan malu, dia mula memandang mata unik doktor muda itu.

"Err daddy?"

"Betul ke yang baby sukakan daddy?"

"Yes!"

"Serius tak main-main kan?"

"Yes! Baby serius sukakan daddy Supra."

Supra tersenyum. "Sayang daddy?"

"Sayang!"

"Nak jadi mommy kepada anak kita nanti?"

"Yes! Err... Apa?" Gempa memandang Supra dengan wajah terkejut.

"Boleh daddy nak masuk pinang baby?"

Mulut Gempa terbuka kecil dengan mata membulat, tidak lama kemudian dia berteriak lantang.

"Boleh! Boleh! Boleh!" seru Gempa semangat, tubuh tegap doktor muda itu dia peluk kemas lalu digoyang ke kiri dan ke kanan.

Supra tergelak kecil sambil membalas pelukan Gempa.

"Baby sugar.."

"Yes daddy?"

Supra melonggarkan pelukannya, dia merenung ke dalam anak mata Gempa yang berwarna kuning keemasan itu.

Gempa memejam mata bila Supra melabuhkan ciuman pada kedua matanya.

"Daddy.."

Kedua pipi Gempa dicium Supra.

"In love.."

Dahi Gempa dicium.

"With.." dagu Gempa pula menjadi sasarannya.

"You.." Supra mencium puncuk hidung Gempa.

"My baby sugar." ciuman Supra jatuh pada bibir Gempa selepas selesai mengutarakan perasaannya.

Gempa tersenyum lebar di selangi ciuman itu, selepas mendengar luahan Supra barusan. Lengannya dilingkarkan pada leher Supra dan dia membalas ciuman Supra.

"Thanks daddy, sebab balas perasaan Gemgem. Baby sayang daddy Supra."

"Sama-sama kasih, chère."






Tbc....

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now