Part 90 (Supra x Gempa)

1.5K 82 17
                                    

Request from happyskai,
Doctor x patient Au!
Enjoy your read!
*****

"Doktor Supra! Pesakit di bilik 302, yang bernama Gempa larikan diri lagi!"

Supra yang sedang berbincang singkap dengan penjaga kaunter, terus menoleh pada misi perempuan yang kelelahan kerana berlari.

"Lagi? Budak nakal tu, suka betul cari masalah. Tak boleh duduk diam dalam bilik dia ke? Menyusahkan betul. Awak boleh sambung kerja, biar saya yang cari dia. Mungkin dia ada di taman hospital."

"Baik doktor!"

Supra menghela nafas, dia mengusap kepalanya kasar. Kakinya digorak laju menuju ke tujuannya iaitu taman hospital.

Setiba dia di taman hospital, dia mengedarkan pandangan matanya. Mencari kelibat pesakitnya yang nakalnya hanya Tuhan dan dia sahaja tahu.

Anak mata Supra terpaku pada seseorang pesakit lelaki muda yang sedang memeluk tiang di lorong koridor taman sambil mulut itu bersenandung riang. Bahkan ramai pesakit yang di kalangan budak hingga ke yang tua menonton persembahan tidak langsung itu. Siap berjoget dan bergelek lagi. Kau rasa?

Dia mengambil langkah mendekati mereka. Dia berpeluk tubuh, sambil memandang datar pada pesakitnya yang terencat akal itu. Gempa, berumur 20 tahun. Dia ditahan di hospital disebabkan satu kemalangan yang menimpa dirinya. Tapi, lelaki itu tidak tahu nak duduk diam. Tahu merayap sahaja. Padahal dia baru sahaja sedar dari koma.

"Oh my darling, I love you. Oh my darling... I love you... Yehet! Tepuk ayuh tepuk!"

Gempa mengakhiri persembahannya dengan senyuman kekanakkan, tangannya ditepuk dan diikuti para penonton.

"Nak lagi Gemgem, payung lah satu lagi lagu. Lagu kuch kuch hota aii." seru si penonton semangat.

Gempa hanya tergelak riang, "Boleh, tapi kita sambung esok pula ya? Gemgem letih, nak tido."

Gempa mengusap matanya yang terasa mengantuk itu.

"Yelah! Janji tau?"

"Ye janji!"

Gempa dan para penonton, saling melanggar jari kelingking mereka lalu gelak tawa mereka bersatu.

Supra yang melihat itu, hanya tersenyum kecil. Sejak kedatangan Gempa di hospital ini, semuanya berubah. Ramai pesakit yang menyenangi dengan sifat Gempa yang luar biasa itu. Lain dari yang lain. Hospital itu, tidak pernah tidak kecoh kalau tidak melibatkan si budak nakal itu.

"Paipai korang! Jumpa lagi!"

"Paipai!"

Gempa tersenyum manis ke arah kawan-kawannya, sehinggalah anak matanya tidak sengaja terpandang kelibat Supra yang berdiri tidak jauh dari tempatnya berada. Gempa melompat girang dan berlari anak mendekati Supra sambil mendepakan kedua tangannya.

"My doctor Supra kesayangan Gemgem, Gemgem rindu mati pada encik doktor!"

Gempa terjatuh seperti nangka busuk bila, Supra mengelakkan diri dari dipeluk olehnya.

"Aduh! Kenapa encik doktor elak ha? Encik doktor sengaja ya? Tak sayang Gemgem ke?" Omel Gempa geram, dia bangun dari jatuhnya sambil mengusap wajahnya yang kotor kerana mencium tanah itu bahkan helaian rumput melekat di sekitar wajahnya.

"Puih! Yak! Rasa macam kertas pasir." Gempa meludah pasir yang masuk ke dalam mulutnya.

Supra hanya memandang tanpa ada perasaan bersalah.

"Sedap makan pasir?" ejek Supra.

Gempa menjeling sebal. "Kejam! Tak nak kawan dengan encik doktor! Gemgem nak merajuk satu hari, jangan jumpa Gemgem, hmph!"

Gempa berlalu pergi dengan kaki terhentak-hentak, wajahnya cemberut kerana geram dengan sikap menyebalkan Supra itu.

"Hye budak nakal, masuk bilik tu makan ubat tau! Jangan memandai nak skip, kalau saya dapat tau siap lah awak budak nakal."

Gempa menoleh sekilas, lidahnya dijelir pada doktor muda itu dengan muka toyanya.

Supra hela nafas dengan kepala digeleng kecil. Dia memandang kepergian Gempa sehinggalah kelibat lelaki itu menghilang di balik dinding.

"Perangai macam budak 5 tahun aje, bila nak matang tak tau lah. Padahal dah umur 20 tahun. Macam-macam."





Tbc...
Ya or nahh? Adakah awak happyskai suka dengan permulaannya? Sya rasa hambar ler...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now