Part 165 (AllElementals x Gempa)

1.8K 76 5
                                    

Req : adynasofea
Alpha! All Elementals x Omega! Gempa
Enjoy it!
*****

Pada suatu malam, Gempa tidak dapat tidur dengan lenanya kerana suara bising dari serigala yang melalak nyaring. Gempa menekup kedua telinganya dengan bantal. Kakinya menendang selimut yang membungkus tubuhnya. Dia marah.

"Kenapa binatang tu bising sangat ha?! Tak tau ke orang nak tido? Hish! Nak kata bulan mengambang tak lagi, tapi bising dia buat sakit hati aje lah. Kalau nak gaduh ke apa ke, pergi lah tempat lain!"

Dalam sibuk membebel pada binatang yang membuatkan dia tidak dapat tidur dengan tenangnya. Dia tidak sedar ada beberapa pasang mata memerhatikan dirinya dari kejauhan.

Gempa bangun dari pembaringannya, dia mengusap kedua lengannya.

"Asal rasa sejuk eh? Macam ada orang perhatikan aku pun ada, siapa?"

Gempa turun dari katil, dia mengerling pintu gelangsar yang menuju ke balkoni bilik terbuka dan kain langsir putih itu bergerak-gerak.

"Aku rasa, aku tutup tadi pintu ni? Asal boleh terbuka? Haihh.. Kenapalah hidup aku ni malang sangat hmm? Dahlah, petang tadi aku baru aje putus cinta. Hmmm, sedih sungguh."

Gempa berganjak ke arah balkoni sekadar mahu menutup pintu gelangsar itu. Akan tetapi, anak matanya menangkap kelibat serigala yang berada dipuncak gunung yang tidak jauh dari kawasan perumahannya.

Dia mengusap matanya tidak percaya, dengan mulut melopong. Dia melompat girang.

"Wahh! Gila! Serigala betul ke tu? Wahh, cantiknya bulu dia. Geram nak pegang, tapi sayang jauh dan benda tu makan orang lagi-lagi manusia macam aku ni. Eyyy, aku nak hidup lama lagi."

Dia menajamkan pandangan matanya, dia mengira jumlah serigala itu. Kesemuanya, ada enam ekor serigala. Tapi yang buat Gempa hairan, kenapa serigala itu sepertinya memandang ke arahnya? Ke hanya perasaan dia sahaja?

"Mungkin perasaan aku aje kut. Dahla, diorang dah tak buat bising. Esok dahla, kena masuk kelas awal. Haishh! Ni semua salah serigala tu, kacau tido aku betullah." omel Gempa.

Kakinya dihentak pada lantai, lantas dia masuk ke dalam bilik seraya menutup pintu gelangsar itu.

Langkah di ambil untuk ke katil, tapi terhenti bila telinganya menangkap sebuah bisikan di cuping telinganya.

Our omega..

"Hm? Omega? Siapa tu?"

Gempa berpusing di tengah biliknya, memandang waswas disegenap biliknya.

"Perasaan aku aje kut? Baik aku tido.."













Tbc...

Ohiya sya nak pomot ff baru sya hehehe, cast dia Blice. Sesiapa yang berminat boleh lah pi baca.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now