Part 79 (TrioTroublemaker x Gempa)

890 71 12
                                    

"Gempa."

Kepala Gempa terangkat bila ada yang memanggil namanya, buku yang dia baca sedari tadi ditutup.

"Oh korang, ada apa?" soal Gempa datar, sepertinya dia masih kesal akan perbuatan mereka bertiga yang hampir melecehnya dua minggu lepas.

Trio troublemaker melabuh duduk di hadapan Gempa.

"Tak ada apa, kami datang sebab rindu dekat kau. Kau tak rindu kami ke?" soal Taufan.

Gempa terdiam, sejujurnya dia juga rindu akan mereka bertiga. Selepas kejadian di bilik persalinan, dia dan tiga sekawan itu sudah tidak bertemu. Bukan mereka yang larikan diri sebab dah berbuat benda tidak senonoh padanya tapi, dia sendiri yang mengelat daripada Taufan, Blaze dan Thorn.

"Gemgem." panggil mereka bertiga bila mendapati Gempa yang membisu sambil melamun.

Gempa tersentak kecil, dia memandang mereka bertiga dengan tatapan mata kosong. Panggilan mereka tidak Gempa sahut, buatkan tiga sekawan itu menjadi gelisah dan resah.

"Kau okey tak Gem? Kenapa kau senyap? Kau tak rindu kami ke? Hmmm, sebenarnya kitorang datang nak minta maaf. Bukan niat kami nak berbuat begitu kat kau. Cuma kami tak dapat tahan diri kami bila dengan kau. Kami sukakan kau Gem, kami serius."

Bulat mata Gempa tatkala mendengarkan itu, dia meramas tangannya. Dia bingung mahu memberi respon apa pada mereka.

"Gem, aku nak tanya diantara kami bertiga siapa yang kau suka?" soal Blaze. Anak mata mereka bertiga menumpukan perhatian pada Gempa.

"Err..." Gempa telan liur yang entah kenapa terasa kelat. Wajahnya berona merah tipis, dia menundukkan kepalanya.

"Kami tak nak dengar sekarang, tapi mungkin besok kau boleh bagitahu kami. Jikalau kau pilih salah sorang daripada kami, kau pergilah ke tempat orang tu ya. Kau boleh cari Thorn di taman sekolah, Taufan selalu lepak kat rooftop dan aku biasalah di dewan basket ball."

Gempa dengan ragu-ragu mengangguk kepalanya.

Tiga sekawan itu, mula bangun dari duduk. Mereka tersenyum manis pada Gempa.

"Siapa pun pilihan kau, kami terima lapang dada. Kita tetap akan jadi kawan ya? Kitorang pergi dulu."

Gempa memandang trio troublemaker yang mahu beredar pergi, Gempa berdiri sambil memanggil nama mereka bertiga.

"Taufan, Blaze, Thorn tunggu!"

Langkah kaki mereka terhenti bila Gempa menyeru nama mereka. Taufan, Blaze dan Thorn berpaling.

"Ya?"

"Err kalau aku tak datang pada korang, aku nak korang kesini ya?" kata Gempa.

Lama mereka bertiga diam, "Hmmm baiklah. Jumpa esok."

"Ya jumpa esok."

•••••

Ice yang sedang bermain game di telefonnya mengerling Gempa yang termenung di atas katil. Entah apa yang bermain difikiran kawannya itu.

"Oitt baby besar kau dah kenapa?" sergahan Ice menyentakkan lamunan Gempa, dia menoleh pada Ice.

"Hmm, Ice aku.."

"Kau?"

Gempa turun dari katilnya lalu melompat naik diatas katil Ice. Dia merebahkan kepalanya di atas paha Ice yang duduk bersila itu.

"Dah kenapa kau ni?" Ice menonyoh dahi Gempa perlahan.

"Hmmm, papa Ice aku ada benda nak beritahu kau. Benda ni buat aku jadi sakit kepala bila asyik fikir benda sama."

Ice mematikan telefonnya dan diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Tangannya mula menyentuh kepala Gempa dengan belai lembut dia sentuhkan.

"Apa yang kau fikir tu? Macam masalah besar aje, boleh kasi tau papa tak baby Gemmy?" Kata Ice dengan nada lembut.

Gempa menatap mata biru Ice, dia hela nafas.

"Ada orang sukakan aku,"

"Siapa?"

"Trio pembuat onar."

Wajah Ice berubah tegang bila mendengarkan itu, tahulah dia siapa yang Gempa maksudkan itu.

"Apa? Diorang?"

"Ya papa. Diorang minta Gem untuk membuat pilihan, di antara diorang bertiga siapa yang Gem suka. Jadi papa, apa yang patut Gem buat?"

Ice diam sambil membalas renungan Gempa padanya. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Maybe Gem patut tanya pada hati Gem, siapa yang Gem suka. Papa tak tau sangat kalau bab-bab melibatkan perasaan ni. Maklum lah, belum pernah bercinta. Tapi, siapa pun pilihan Gem akan papa terima. Asalkan dia boleh buat baby Gemmy papa ni bahagia."

Gempa tersenyum. "Baiklah papa. Terima kasih sebab dah jadi pendengar setia Gem. Lega sikit rasanya. Baby Gemmy sayang papa Ice!"

Ice tersenyum manis, dahi Gempa dicium sekilas.

"Sama-sama kasih. Papa Ice pun sayang baby Gemmy. Sangat."






Tbc...

Korang rasa siapa yang Gempa pilih nanti eh? 🤔 sila pilih ship korang 👇🏻

Taufan?

Blaze?

Thorn?

Or

Both? ͡° ͜ʖ ͡°

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now