Part 112 (Ice x Gempa)

1.3K 68 7
                                    

Bonus!
*****

Gempa memandang Reverse yang berjalan ke hulu dan ke hilir. Kepalanya naik pening jadinya melihat gelagat Reverse itu.

"Oit! Tak boleh ke kau duduk? Peninglah aku tengok kau ni." tegur Gempa datar.

Reverse berhenti daripada aksinya, dia memandang Gempa yang duduk bersila di tengah katil. Dia terus melompat naik atas katil dan duduk di bersila di hadapan Gempa.

"Sweetie.."

"Apa?"

Iris merah Reverse merenung iris kuning keemasan milik Gempa. Dia buat muka sedih.

"Gemgem, kenapa kau layan aku dingin? Tapi kalau dengan Ice kau tak pula dingin, siap bermanja lagi. Aku jeles okey?"

Gempa simpan senyum yang hendak terukir, dia berpeluk tubuh. Dia memandang Reverse dingin.

"Kau rasa kenapa aku layan kau macam tu?"

Kening Reverse terangkat sebelah. Fikirannya mula teringat kejadian pada malam di mana dia memiliki Gempa sepenuhnya. Adakah sebab itu?

"Sweetie, aku tahu aku jahat. Aku minta maaf, sebab bertindak melulu tanpa fikir perasaan kau. Tapi, hanya itu saja yang boleh buat aku memiliki kau. Maaf."

Reverse mengesat tubir matanya yang berair. Dia menghembus hingusnya pada baju Gempa.

Pang! Gempa melempang kepala Reverse buatkan lelaki itu mengaduh sakit.

"Woii! Pengotor!! Eee..." Gempa menolak tubuh Reverse kasar sehingga membuat lelaki itu tergolek jatuh dari katil.

Gedebuk!

"Adoiii!" Reverse mengusap dahinya yang mencium lantai bilik dengan kuatnya.

"Padan muka." marah Gempa, dia terus membuka bajunya yang telah kotor oleh hingus Reverse. Hijau dan melekit pula tu, eee..

Gempa mencampak baju kotor itu ke dalam bakul untuk baju kotor, lantas dia menyerokai almari Ice. Baju kemeja biru menjadi pilihannya, dia terus menyarung baju tersebut ke tubuh.

"Sampai hatimu buatku begini Gemgem." Reverse bercangkung sambil menangis di sudut dinding bilik.

Bebola mata Gempa terguling ke atas, dia mendekati Reverse yang tersedu sedu menangis. Sudah buang tabiat ke budak ni? Cengeng dan sentap semacam aje.

Gempa bercangkung di hadapan Reverse, dia menangkup wajah lelaki itu. Pipi basah lelaki itu dikesatnya perlahan.

"Heyy, dahlah nangisnya. Kau ni pun, tu pun nak sentap. Shh, alololo bucuk bucuk. Sini Gemgem pujukkan ya."

Gempa menepuk-nepuk kepala Reverse lembut. Dia peluk tubuh lelaki itu, lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan.

"Reverse budak nakal jangan lah nangis.. Nanti hilang hensemnya.."

Reverse simpan gelak yang mahu terhambur dengan gelagat Gempa yang comel itu.

"Revers tau yang Revers nakal, sebab tu Gemgem tak suka Revers kan? Gemgem lebih suka kat Ice aje.. Siapalah Revers ni kan.."

Reverse buat muka sedih, mulut dijuih ke bawah.

"Alolo bucuk bucuk Gemgem ni.. Gemgem gurau ajelah. Kan Revers dengan Ice orang yang sama aje kan? Kenapa nak jeles."

"Memang lah sama, tapi kami berlainan sifat."

Gempa melonggarkan pelukannya pada Reverse, dia pandang wajah monyok lelaki itu. Dia tersenyum kecil, perlahan dia cium bibir Reverse yang termuncung kecil itu.

Raut wajah Reverse berubah terkejut, dia mendiamkan diri sambil memandang wajah Gempa yang masih mencium bibirnya.

"Dah, jangan merajuk. Gemgem sayang Ice dan Revers sama rata. Tak kurang dan tak juga lebih."

Reverse tersenyum manis, dia terus menyerang Gempa dengan mendakap tubuh lelaki erat. Kerana tindakan Reverse yang tiba-tiba itu, buatkan mereka berdua terbaring ke atas lantai.

Gempa pada mula terkejut dengan tindakan Reverse, tidak lama kemudian dia tergelak kecil sambil membalas pelukan Reverse yang berada diatasnya.

"Gemgem.."

Gempa menatap iris merah Reverse yang bertukar warna ke biru aqua bahkan rambutnya juga turut berubah. Ice.

"Ice?"

Ice tersenyum, dia cium sekilas bibir Gempa.

"Jom keluar jalan-jalan."

"Err okey. Jom."






-Done-

Sya tau bonus dia agak hambar, so I hope you guys enjoy it. 😅

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now