Part 149 (TrioCool x Gempa)

1.3K 80 19
                                    

Gempa keluar dari khemah, dia menghirup udara sejuk pada pagi itu. Senyuman manis mekar dibibirnya, dia berjalan mendekati bekas unggul api semalam.

Dia memandang sekeliling hutan itu, dia mengerling khemah milik kawannya yang lain, sepertinya mereka belum bangun lagi.

Dia mendongak, untuk melihat awan yang begitu cantik pada pagi itu dengan burung yang berkicauan. Gempa mendepakan kedua tangannya sambil memejamkan matanya.

Tanpa Gempa sedari, dia diperhatikan oleh tiga pasang mata. Mereka bersandar di sebuah pokok yang tidak jauh tempat Gempa berdiri. Selang beberapa saat, mereka bertiga melangkahkan kaki mendekati Gempa.

Hup!

Gempa melompat kaget bila ada memeluk pinggangnya. Dia menjatuhkan tangannya dan kedua matanya dibuka. Dia memandang pada si pelaku yang sudah seenaknya memeluk tubuhnya, yang dia tahu bukan satu orang yang memeluk tubuhnya melainkan tiga orang. Tiga orang asing yang sempat dia berkenalan semalam.

"Eh! Apa korang buat ni, lepaskan aku."

Gemp meronta minta dilepaskan, namun perbuatannya hanya sia-sia sahaja. Macam mana nak berhasil kalau satu lawan tiga. Sudahlah pelukan mereka begitu ketat dan kemas seolah tidak mahu melepaskannya. Dia sampai kesusahan mahu bernafas.

"Lepas!"

"Tak akan, our cute mate." bisik mereka bertiga, bahkan Gempa boleh rasakan telinga dan lehernya dijilat oleh mereka bertiga. Bulu romanya mencanak naik, but.. Apa maksud mereka yang dia adalah mate mereka?

"Mate? Apa maksud korang ha? Jangan cakap korang..."

"Ya. Kami vampire termasuk dengan kawan-kawan kau tu dan kau adalah mate kami bertiga. Sekarang kau faham?"

Mereka bertiga melepaskan pelukan mereka pada Gempa dan berdiri menghadap lelaki manis itu. Namun yang buat mereka bingung adalah Gempa yang tengah ketawa selepas mereka mengatakan kebenaran sebenarnya.

"Vampire? Haha, lawak jenaka apa yang korang mainkan ni? Ingat law.."

Ucapan Gempa tenggelam tatkala, melihat kerlingan mata ketiga lelaki itu yang begitu tajam dan dingin tambahan lagi gigi taring yang tajam terselit disudut bibir mereka.

"Sekarang kau percaya?" sinis mereka berkata.

Gempa mengerjap matanya berulang kali, bukannya takut yang menguasainya melainkan rasa kagum kerana dapat berjumpa dengan vampire depan mata apalagi vampire didepannya ini kacaknya sampai tak boleh bawa bincang.

"Wahhh!! Cool ah! Boleh aku sentuh?"

Terkebil-kebil trio vampire itu dibuatnya.

"A..apa? Sentuh apa?"

"Ni!" tanpa permisi dia terus menyentuh gigi taring milik salah satu di antara mereka bertiga, sesaat kemudian dia memekik.

"Wahh! Real lah! Hebat." katanya kagum.

Wajah Halilintar berona tipis bila Gempa masih memegang gigi taringnya.

"Kau tak takut?" soal Solar.

"Tak. Buat apa nak takut? Korang bukannya makan orang kan?"

Smirk terhias di wajah mereka bertiga.

"Kau sure kitorang tak makan kau?"

Gempa telan liur bila melihat wajah miang mereka bertiga.

"Errr... Korang kata aku ni mate korang kan? Betul ke?" Gempa menukar topik dengan cepat.

"Ya, kau mate kitorang."

"Yeke? Macam mana korang boleh tau yang aku ni mate korang?"

"Senang aje nak tau, bau tubuh kau dan darah kau tu amat wangi dan manis. Bau kau terlalu menggoda kitorang."

Gempa mengerjap matanya polos, dengan kepala terlentok.

"Oh.. Macam tu ke? Wangi sangat ke? Aku rasa aku tak mandi lagi baru aje bangun tadi, macam mana boleh bau wangi? Ke hidung korang tersumbat?"

Halilintar, Ice dan Solar tergelak kecil mendengar penuturan polos dari Gempa. Secara serentak, mereka bertiga mencium wajah Gempa buatkan lelaki manis itu kaget luar biasa. Rona merah merebak ke wajahnya.

"Hye mochi, sekarang kau milik kami. Setuju atau tak kau tetap tidak kami lepaskan."

"Hmmm, I'm yours."







-Tamat-

I know ending punyalah aneh, tapi memang segini jalan citer dia. Maaf jikalau ianya hambar, enjoy!

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now