Part 117 (FrostfirexGempaxSupra)

1K 65 11
                                    

"Arghh!!!"

Tuan Amato dan Puan Lily yang sedang melepak di ruang tamu terloncat kaget dengan jeritan tersebut.

"Eh? Tu bukan ke suara anak awak?" soal mereka berdua serentak.

"Dia dah kenapa? Dengar macam dari luar rumah, jom pergi tengok."

Mereka berdua bergegas keluar rumah, anak mata mereka mengedar sekeliling halaman rumah mencari kelibat anak bertuah mereka.

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Kepala Tuan Amato dan Puan Lily terdongak ke atas bila mendengar suara sumbang seseorang yang menyanyi berasal dari atas pokok..

Mata mereka berdua membulat, melihat Gempa yang tengah melalak diatas pokok kelapa.

"MasyaAllah Gempa!! Woiii bertuah punya budak, turun woiii kamu nak mati ke duduk atas pokok kelapa tu ha? Kalau jatuh macam mana? Turun sekarang! Budak ni!" jerit Tuan Amato.

Puan Lily sudah terduduk di atas tanah apabila melihat anaknya yang terlebih nakal itu duduk dengan wajah selamba saja di puncak pokok kelapa.

"Tak nak!" balas Gempa dari atas sana.

"Turun sayang, kalau kamu jatuh macam mana? Turun ya sayang." pujuk Puan Lily. Namun, Gempa hanya buat tidak tahu sahaja.

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah ku sangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

"Budak ni! Turun sekarang Gempa sebelum papa tumbangkan pokok kelapa tu, baik kamu turun!!"

"Tak nak, tak nak!"

Tuan Amato merengus marah bila Gempa masih berdegil. Dia berlalu masuk ke dalam rumah, tidak lama kemudian Tuan Amato keluar semula bersama kapak ditangannya. Dia mendekati batang pokok kelapa.

"Turun sekarang atau papa tumbangkan pokok ni." ancam Tuan Amato sambil mengacah-acahkan kapak ke arah batang pokok kelapa seolah mahu menembas.

Wajah Gempa berubah pucat, "Tidak! Okey, okey Gempa turun! Jauhkan kapak tu dari pokok."

"Turun cepat! Papa kira sampai tiga! 1.."

"Sabarlah, nak turun lah ni. Ishh!!"

"2.."

Gempa dengan begitu lincah mula turun dari pokok kelapa, di saat dia sampai di bawah terus cuping telinganya dipiat oleh Tuan Amato buatkan dia terpekik sakit.

"Budak bertuah! Otak kamu tu kamu letak mana ha? Kat punggung ya?" bebel Tuan Amato.

"Apanya kat punggung, kat kepalalah." jawab Gempa sambil mencuba meleraikan tangan papanya dari telinganya.

"Oooo menjawab ya?" Tuan Amato semakin giat memulas cuping telinga anaknya yang nakal itu.

"Sakitlah papa! Lepaskan!"

Puan Lily yang menonton pergaduhan kecil diantara dua beranak itu hanya mampu menggelengkan kepala.

"Bapak dengan anak sama aje, macam-macam perangai."

•••••

Taufan dan Thorn saling membalas pandangan bila melihat Gempa yang masuk ke dalam kelas dengan wajah masam dan dingin.

"Oit! Kau okey?" soal Taufan.

Gempa hanya membisukan diri, bahkan untuk memandang ke arah kedua kawannya sahaja malas. Dia merebahkan kepalanya ke atas meja.

"Dia kenapa wey?" bisik Thorn pada Taufan.

"Entahlah, angin kus-kus dia datang lah tu. Baik jangan di tegur, kau macam tak kenal aje dengan mamat tu. Kalau mood dia tengah down memang mulut macam puaka dan dia akan pukul orang tanpa belas kasihan."

Mereka berdua terus kunci mulut, tidak mahu menjadi mangsa amukan Gempa.

"Hai korang!" sapa seseorang. Duo T, itu menoleh.

"Hai Fang! Nak jumpa Gemgem ke? Dia tengah badmood tu, so baik kau tak payah kacau dia. Ke korang gaduh em?"

Kening Fang terangkat sebelah.

"Gaduh? Kami tak gaduh pun, nanti aku try tanya dia."

Fang melabuh duduk di meja belajarnya yang berada dihadapan Gempa, dia memusingkan kerusi menghadap ke belakang.

"Hei Gemgem, kau kenapa hmm?" soal Fang dengan suara lembut, dia mencuba untuk menyentuh tangan Gempa namun sudah ditepis oleh empunya.

"Don't touch me bitch." bentak Gempa kasar, anak matanya menyerlung marah pada Fang.

Rakan kelas bahkan kedua rakan Gempa terperanjat mendengar bentakan Gempa tersebut apatah lagi Fang. Tidak pernah-pernah Gempa mengumpat begitu pada kekasihnya sendiri pula tu.

"Gem, kau kenapa? Aku ada buat salah ke sampai kau marah macam tu sekali kat aku?" Fang bertanya, masih mencuba untuk bersabar.

Gempa merengus kesat. Dia bangun dari duduk.

"Tanya dan persoalkan pada diri kau sendiri. Apa yang kau dah buat kat belakang aku? Main kayu tiga ya?" usai berkata begitu Gempa terus keluar kelas dengan perasaan bercampur baur.

Fang terdiam buat seketika selepas mendengar kata-kata Gempa tersebut. Tidak lama kemudian dia bangun dan berlari keluar kelas untuk mengejar Gempa.

"Gempa tunggu!"





Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now