Part 111 (Ice x Gempa)

1.2K 73 11
                                    

Gempa mengecilkan dirinya disudut dinding sambil memeluk kedua lututnya. Selepas kejadian semalam, dia langsung tidak boleh tidur. Dia takut lelaki bernama Reverse itu akan menyerangnya kembali.

"Gemgem.."

Gempa tidak menyahut, malah dia semakin mengecilkan dirinya bahkan wajahnya disembunyikan dibalik kedua lututnya.

"Gemgem.. Please jangan macam ni, kau tak makan apa-apa lagi. Aku ada bawa makanan ni."

Gempa menjeling dulang yang lelaki itu letakkan di lantai bersebelahan dengannya.

"Aku tak nak makan! Aku nak balik!!" bentak Gempa, kepalanya diangkat. Dia terkesima tatkala melihat iris biru lelaki itu. Bukan anak mata Reverse merah ke?

"Kau.."

"Aku Ice, salam kenal." Ice tersenyum kecil.

Gempa merenung Ice dalam-dalam.

"Jadi kau Ice, tuan punya badan yang Reverse tu cakap?"

Ice mengangguk. "Ya, aku minta maaf bagi pihak dia sebab dah berbuat begitu kat kau semalam. Perangai dia gila-gila sikit."

Tahi anda.

Ice hanya tersenyum senget bila mendengar suara geram Reverse di mindanya.

"Kau..kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Aku tak kenal pun kau siapa, tapi kenapa?"

"Maaf aku tak boleh bagitau kau, tapi yang boleh aku bagitau kau adalah kami suka dekat kau. Itu aje."

Gempa yang masih tidak faham, hanya memandang Ice dengan tatapan mata yang polos.

Ice mencubit pipi Gempa kerana geram. "Makan ya? Aku tak nak kau sakit nanti."

Gempa mengerling nasi goreng yang Ice bawakan untuknya. Dia telan liur.

"Tak nak. Aku nak balik." kata Gempa dingin. Walaupun begitu, anak matanya sesekali menjeling ke arah nasi goreng tersebut.

Ice tersenyum, dia tergelak kecil melihat gelagat Gempa. Dia tahu lelaki itu tengah lapar namun ego membuatkan dia tepiskan rasa itu. Keras kepala.

"Tak nak? Kalau macam tu, aku makan ya?" Ice meraih sepinggan nasi goreng, dia mengerling Gempa seraya sesudu nasi dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Hmmm, sedapnya. Rugi tau kau tak nak makan." kata Ice, dia dengan sengaja mengunyah lambat sambil membuat bunyi sekali.

Gempa telan liur, dia gigit bibir bawahnya. Anak matanya memandang Ice yang sengaja membuat dia rasa mahu makan orang sahaja. Dia lapar, tapi lelaki itu seperti mahu menguji kesabarannya.

"Hmm, yumyum."

Gempa sudah tidak dapat tahan dirinya, kerana rasa lapar mendera dirinya.

"Ice.. nak sikit.." pinta Gempa dengan suara perlahan. Wajahnya berona merah.

Kening Ice terangkat sebelah, dia tahan senyum yang hendak terukir.

"Apa? Tak dengarlah, boleh ulang balik?"

"Nak sikit.."

"Nak apa?" Ice dengan sengaja bertanya, keningnya dijongket beberapa kali.

Gempa merengus, dia pandang Ice tajam. "Nak nasi goreng!"

Selepas berkata begitu, wajah Gempa berbahang hebat tambahan lagi Ice sudah bantai gelakkan dia. Gempa dengan geram merampas pinggan nasi dari tangan Ice lalu dia makan dengan lahap sekali.

"Hei! Perlahan-lahan lah makan tu, nanti tersedak ba.."

"Uhuk! Uhuk!" Gempa menepuk dadanya.

"Baru aje aku cakap tadi. Nahh air." Ice menghulur segelas air oren pada Gempa.

Air tersebut diteguk oleh Gempa sehingga habis. Dia hela nafas, Gempa pandang Ice.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

Gempa berdeham, dia menghulur pinggan nasi yang sudah kosong itu pada Ice.

"Nak lagi boleh?" ujar Gempa dengan suara perlahan kerana malu.

Ice tersenyum manis, kepala Gempa diusap perlahan. Dia menyambut pinggan kosong itu, lalu diletakkan keatas dulang.

"Comel.. Nak lagi?"

Kepala Gempa terangguk laju bak burung belatuk. Anak matanya berbinar-binar.

"Nak!"

Wahh Ice tak adil! Apasal dia dengan kau dia boleh pula tunjuk perangai comel dia? Kenapa dengan aku tak?! Bila dengan aku, muka garang dan takut dia aje yang dia tunjuk. Aku tidak terima!!

Ice meringis kecil, bila mendengar suara tidak puas hati Reverse di mindanya. Tahulah dia, yang alter egonya itu tengah cemburu dengannya.

"Ice!"

"Y..ya?"

"Nak nasi goreng, mana nasi goreng?"

Ice mengaru kepalanya, tidak lama dia tersenyum senget.

"Boleh. Tapi aku nak kau kiss aku kat sini dulu, baru aku bagi nasi goreng."

Ice menunjuk bibirnya ke arah Gempa dengan kerlingan mata nakal. Wajah Gempa berubah merah padam.

"Tak nak!" bantah Gempa.

"Tak nak sudah, nasi goreng tak ada. So, ka.."

Ayat Ice terputus bila bibirnya dicium Gempa.

"D..dah, sekarang bagi aku nasi goreng."

Ice tersenyum puas, "Okey! Jom ikut aku ke dapur."

Ice menarik tangan Gempa untuk bangun dari duduknya, dia mengambil dulang yang terisi gelas dan pinggan kotor itu untuk di bawa ke bawah.

"Jom."

Ice memimpin tangan Gempa, mereka berdua berlalu keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah.



-Done-

Req awak Elvord dah siap, maaf if ending dia hambar.. Hope you like it. ☺

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now