Part 24 (HalixGemxIce)

2.6K 114 34
                                    

Hurt vers!
*******

Gempa mengesat tubir matanya yang berair. Untuk sekian kalinya dia dilukai oleh orang yang sama. Bisikan demi bisikan dari para pelajar yang menghina bahkan mencemuh akan tentang dirinya, hanya dianggap angin lalu. Tubuhnya yang basah kuyup kerana disimbah dengan air busuk, dipandang kosong.

"Dialah yang suka kat Halilintar tu kan?"

"Betullah tu. Dah lah hodoh, hitam pula tu, berjerawat. Ada hati nak kat Halilintar."

"Entahnya! Dia tu dahlah miskin, Halilintar tu level kat atas dia kut. Tak cocok betul. Dia tak pernah cermin diri sendiri ke?"

"Kenapa lah aku boleh sekelas dengan orang hodoh tu."

Gempa menunduk bila mendengar semua itu, dia dah lali dengan hinaan mereka. Hari-hari selalu saja dia menjadi hinaan dan cemuhan mereka dan itu semua sudah menjadi makanan hariannya.

Ice dan Halilintar yang kebetulan lalu di kawasan kelas Gempa hanya mengintai dibalik cermin tingkap kelas. Mereka hanya memandang Gempa yang di buli oleh rakan kelasnya.

Ice mengetap bibirnya geram, belum sempat dia mahu masuk kedalam kelas tersebut tangannya sudah ditarik oleh sepupunya Halilintar.

"Lepaskan akulah, aku nak.."

"Tolong si miskin tu? Tak payahlah, buang masa kau aje tolong dia. Jom masuk kelas kejap lagi cikgu masuk." kata Halilintar sinis, tangan sepupunya ditarik untuk pergi dari hadapan kelas tersebut.

Ice hanya pasrah, sesekali matanya mengerling ke arah Gempa.

"Asal kau macam risaukan dia ha? Kau ada hati kat dia eh? Tsk! Selera kau rendah betul Ice." bidas Halilintar.

Ice yang mendengar itu mula panas hati, dia merentap tangannya yang dipegang Halilintar. Wajah sepupunya ditenung tajam.

"Shut up your fucking mouth!"

•••••

Halilintar dan Ice berdiam diri di dalam kelas yang sepi, semua pelajar sudah pun keluar rehat. Namun, tidak dengan mereka berdua.

Halilintar memandang skrin telefon, telinganya terpasang earphone dengan volume sederhana. Manakala Ice hanya memejam mata, dengan fikiran berserabut memikirkan sesuatu.

"Halilintar." kepala Halilintar terdongak kecil, memandang ke arah orang yang memanggil namanya. Decitan halus keluar dari belah bibirnya, dia membuang muka.

"Apa kau nak?" kata Halilintar tanpa memandang wajah orang di hadapannya.

"Aku nak bagi ni kat kau," Gempa meletak bekal makanan yang dia bawa ke atas meja Halilintar.

"Harap kau makan, aku pergi dulu." ucap Gempa dengan senyum manis, lantas dia berlalu pergi dari kelas Halilintar dan Ice.

Ice mencelik kelopak matanya, selepas perginya Gempa. Dia mengerling Halilintar yang tampak cuak dengan bekal makanan pemberian Gempa.

"Orang bagi makanlah, ambillah hati dia sikit." tegur Ice datar. Dia menegakkan tubuh seraya merenggangkan tubuhnya yang terasa lesu itu.

Bebola mata Halilintar terguling ke atas.

"Buat apa aku nak makan, entah-entah dia letak racun ke atau ubat guna-guna. Kita tak tau kan?"

Ice menggelengkan kepalanya. "Ego! Kau tau mana dia buat macam tu? Jangan main tuduh aje, kau tau orang yang suka buat fitnah tanpa tau faktanya adalah orang yang Tuhan laknat."

Halilintar terdiam, genggaman pada telefonnya dipegang kemas. Terasa tersindir pula.

"Diamlah kau, kalau kau nak ambillah. Aku tak hingin lah!" Halilintar menolak bekal makanan ke arah Ice.

"Thanks, tak nak sudah aku makan." ucap Ice selamba, dia membuka penutup bekas makanan tersebut. Semerbak aroma nasi goreng kampung menyapa rongga hidung mereka berdua.

"Wahh! Nasi goreng kampung telur mata! My favourite!" doa makan dipanjat, sesuap demi sesuap masuk ke dalam mulut Ice.

"Hmmm! Delicious! Ruginya kau tak makan Hali, sedap gegila lah!" puji Ice melambung. Halilintar hanya menjeling.

"Gila." bisiknya.

"Weii! Apasal eh kau tak suka sangat kat dia? Aku tengok budak tu baik aje, tak teruk mana. Pandai pun pandai."

"Entah!" jawab Halilintar acuh.

"Ke sebab dia hodoh?" soalan cepumas keluar dari mulut Ice.

Anak mata Halilintar mengerling Ice yang makan dengan penuh berselera.

"Mungkin?"

Ice menggeleng dramastik. "Ish,ish! Rupa kau pilih? Weii! Rupa cantik belum tentu hati dia pun cantik, kau tau? Semua tu plastik aje!"

"Kesah pula aku? Yang kau sibuk pasal aku kenapa? Habistu kau tu tak pilih rupa jugalah?" soal Halilintar bengang.

Ice memandang Halilintar dengan mulut sibuk mengunyah. Dia tersenyum sinis.

"Aku tak suka memilih. Tak kisahlah dia buruk rupa ke apa ke, asalkan hati dia cantik. Aku terima seadanya."





Tbc...

Yay or nahh? Continue or delete?

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now