BB 7

359 35 10
                                    

Sudah seminggu berlalunya puasa..

Pada petang yang panas terlihat empat orang perempuan yang sedang memetik bahan sayuran di belakang rumah yang ditanam oleh Thorn. Jangan risau diorang sudah minta izin si empunya tanaman.

"Sedapnya.."

Rabiatul yang sudah selesai memetik cili padi, bangun dan toleh pada rakannya. Sya. Kelihatan perempuan itu sedang memandang sesuatu sambil berkhayal.

"Apa yang sedap tu?" soal Rabiatul kehairanan. Lagi dua perempuan, turut memandang ke arah Sya. Dahi masing-masing mengerut.

"Tu!" Sya memuncungkan mulut ke arah sesuatu. Ketiga mereka menoleh pada arah yang ditunjuk oleh perempuan itu.

"Ayam? Kenapa dengan ayam Blaze?"

"Kau tengok tu, ayam Blaze tu gemuk gegila rasanya geram aje aku nak sembelih buat ayam golek bakar madu ni. Perghh!! Aku boleh bayang bertapa sedap dan nikmatnya."

Gulp!

Kriuukk...

Mereka memegang perut yang berbunyi. Rasa lapar mula menyinggah bila mendengar ayat Sya barusan. Jahat kau Sya, pandai betul buat orang rasa lapar dan terliur.

"Jahat kau Sya, aku jadi lapar pula bila bayang ayam golek." mereka berempat telan liur.

"Korang nak tak kita tangkap sekor?" Sya cadangkan idea pada Alice, Rabiatul dan Nurin.

"Tapi, aku takut bukan ayam yang kena bakar nanti tapi kita." ucap Alice. Dua perempuan lagi hanya mengangguk setuju.

Sya mengusap dagu. "Alah, nanti dia juga yang makan. Dia tak tau pun, nanti raya kita minta lah maaf. Jom!"

Ketiga perempuan itu berpandangan.

"Tak apa, sama-sama buat salah dan sama-sama lah kita pikul rasa salah tu eh? Jom." Kata Sya lagi bila melihat mereka bertiga seperti teragak-agak.

"Okey! Kami setuju, lagipun kitorang pun teringin nak makan ayam golek ni. Jom tangkap ayam!" Seru Nurin.

"Tapi, nak tangkap berapa ekor? Kita kan ramai?" Soal Alice.

"Hmm, dua ekor dah cukup rasanya. Jom!"

Mereka berempat meletak besen yang digunakan untuk meletak bahan yang mereka petik tadi di atas tanah. Lantas mereka bergerak perlahan ke arah gerbang ayam Blaze. Senyum nakal bermain dibibir mereka.

"Korang dua tangkap ayam yang gemok tu, aku dan Alice tangkap yang tu."

"Baik."

Masing-masing menyingsing lengan baju dan bergerak ke mangsa mereka.

Tanpa mereka sedari, ada enam pasang mata memerhatikan mereka dari pintu dapur.

"Patut ke kita repot kat Blaze?" Ika bersuara, dengan tubuh dipeluk.

"Tak payahlah. Biarkan, aku tak nak masuk campur." balas Nopa.

"Korang tak nak join? Sepertinya seronok aje!" kata Aleria dan Fani secara serentak. Mereka berdua berpandangan dengan senyuman riang.

"Aku tak nak, sebab aku dah serik dah." Maira menggeleng kepala bertanda tidak mahu. Dia masih ingat akan kejadian beberapa hari yang lepas. Kena beku dengan Ice, Frostfire dan Glasier. Serik mak!

"Aku setuju! Serik dho!" sahut Nana.

"Alaaa... Bosan ah korang ni." cebik Aleria dan Fani. Mereka berdua terus berlalu dari situ dengan muka cemberut.

"Abaikan diorang."










Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now