BB 9

410 35 31
                                    

"Woii mangkuk bangun, zohor dah nak habis ni."

"10 jam lagi."

Glasier bercekak pinggang, anak matanya merenung maut pada saudaranya. Ice. Lelaki itu masih terbongkang atas sofa ruang tamu.

"Bangun woii!! 10 jam apanya! Kau ingat nanti malaikat maut datang ambil nyawa kau, kau boleh cakap kat dia ambil 10 jam lagi ke?! Bangun!!"

Jeritan Glasier menggema di segenap penjuru rumah itu. Ice menekup kedua cuping telinganya. Bingit gila. Budak tu dah kenapa berang semacam, period? Ganti tempat Gempa pula ke?

"Bising lah kau ni, yela! Aku bangun lah ni! Tch! Memekak ajelah, kau dengan Gempa sama aje tau nak membebel. Period apa korang ni? Ka.."

Ucapan Ice tenggelam bila pandangan matanya bertemu dengan iris kuning madu milik seseorang. Gempa. Dia telan liur.

Glasier sudah tersenyum sinis.

"Semoga roh kau dapat dikenang nanti. Takziah." kata Glasier sinis sebelum berlalu pergi dari situ.

"Hehehe hai Gem, sihat?" ucapan bodoh keluar dari mulut Ice, dia tersengih-sengih. Gerun melihat renungan maut Gempa.

"Sihat? Aku sihat sangat, sampai rasa nak remukkan tubuh orang aje. Tapi aku sabar sebab puasa. Pergi solat sekarang, sebelum kau jadi debu." kata Gempa dengan senyum menyeramkan.

Ice telan liur yang terasa kelat.

"Ba..baik mama Gem!"

Zzuup!

Dengan sekelip mata Ice melesap dari hadapan Gempa.

"Hei!! Dasar pola bear, sabar ajelah."

Gempa berbalik dan anak matanya bertemu dengan Sya yang baru sahaja keluar dari dapur sambil mengusap perutnya. Dahi perempuan itu mengerut, seperti menahan sakit.

"Kau dah kenapa Sya? Kenapa dengan perut kau? Kau mengandung ke?"

Sya menjeling Gempa tajam, buatkan lelaki itu tersengih.

"Banyaklah kau! Perut aku cu.."

"Uuiit kita dah nak dapat anak buah baru. Momma Sya.."

Pandangan mata mereka beralih pada Syandra, Fani, Bunga dan Aleria. Keempat perempuan itu, ketawa mengekek.

Sya mendengus sebal, tangannya mencapai sesuatu.

Tuk!

"Aduh! Sakit woii!" jerit mereka berempat bila dahi mereka tercium cawan yang di baling oleh Sya.

"Padan muka, suka suki aje kata aku mengandung. Aku nikah pun tak lagi."

Mereka tersengih sambil mengusap dahi masing-masing. Gempa hanya menggeleng kepala.

"Gurau ajelah, kau ni. Habistu kenapa kau usap perut kau? Sakit perut?" omel mereka.

"Hmmm, perut aku cuma kembung sikit. Asyik mau melepas gas atom aje." jelas Sya. Mereka mengangguk faham.

"Oh macam tu." sahut mereka.

"Ohiya Sya, kau kata nak keluar beli barang buat kuih raya? Dah beli belum?"

Sya menepuk dahi. "Belum, korang jom pergi!"

"Sure! Jom!"












Tbc...

Makin hambar pulak jalan cite. Btw hope you guys enjoy it. 🤗

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now