Part 2 (Glasier x Gempa)

4.6K 211 41
                                    

Helaan nafas terhembus laju di kedua belah bibirnya. Anak matanya setia memerhati gerak gerik Gempa yang sibuk melayan pelanggan di kedai Kokotiam Tok Aba.

Glasier yang duduk bersantai di kaunter kedai, mula mengeluarkan rengekan kecil. Perasaan cemburu menguasai dirinya bila mendapati Gempa sedang berborak kecil dengan Fang. Siap gelak lagi, panas pula hatinya melihat pemandangan kurang indah itu.

"Oit! Kau kenapa monyok aje?" Taufan yang datang sambil menatang dulang yang berisikan cawan dan pinggan kotor, menegur Glasier yang berwajah masam mencuka itu.

Taufan menuju ke sinki untuk mencuci pinggan dan gelas yang dia bawa tadi. Dia mengerling Glasier yang belum menjawab pertanyaannya.

"Asal kau diam em?" soal Taufan lagi.

Mulut Glasier terjuih ke bawah. "Tak ada apalah. Tak payah nak sibuk hal aku lah, sibukkan diri kau tu dulu. Entah betul, Entah tak."

Taufan mendengus geram bila mendengar sindiran tersebut. Dia mengembungkan pipinya.

"Sabar Taufan sabar, fuh kau anak yang baik tak boleh pukul sesama saudara berdosa." bisik Taufan, mencuba tenangkan diri daripada membelasah Glasier tika itu.

"Aku tanya dengan cara baikkan? Apasal kau nak emo? Jeles tengok Gemgem dengan Fang?"

Mendengarkan itu, buatkan Glasier berpaling daripada memandang Gempa pada Taufan. Wajahnya mula cuak dan gelabah.

"Karut! Kau merepek cap kerepek ubi apa ha?" Glasier membidas ayat Taufan dengan nada suara bergetar.

Taufan tersenyum herot, dia kerling Glasier dengan hujung mata. Pinggan dan gelas kotor yang sudah dicuci dia letak ditempat tersedia. Tangan yang basah dilap dengan kain bersih. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Glasier.

"Karut apanya? Kau ingat aku buta ke tak nampak kau asyik curi pandang Gempa aje. Kalau Gempa bergurau or berborak dengan yang lain mulalah muka tu nak masam asam jawa." perli Taufan.

Wajah Glasier tampak berona merah bila dia didapati tertangkap basah oleh Taufan. Dia berdeham.

"Ma..mana ada!" nafi Glasier. Benang yang basah, mahu lagi di tegakkan.

Taufan geleng kepala dalam gelakan kecilnya. Kepala lelaki itu ditonyohnya tanpa belas kasih. Glasier mengumpat sekilas lalu bila mendapat habuan tersebut.

"Glasier, Glasier. Tak payah kau nak berdalih lah. Ternampak jelas dari reaksi kau tu yang kau sukakan dia."

"Bila masa, kau.." ayat Glasier dipotong Taufan.

"Kau tengok tu, Gemgem dengan Ice berpelukan lah!"

Taufan mengarah jari telunjuknya pada dua orang saudaranya yang sedang berpelukan mesra. Saat itulah, dia menghidu bau-bau cemburu dari orang sebelahnya.

"Tak guna!" bibir diketap geram. Mata Glasier menghelang tajam pada dua orang tersebut.

Bibir Taufan terlakar sebuah senyuman senget. Tahulah dia yang budak sebelahnya ini tengah cemburu buta.

"Kan aku dah kata tadi yang kau suka dia, tak nak mengaku konon. Pigidah!" ejek Taufan. Glasier berang jadinya.

"Sebelum ada orang rembat dia baik kau rembat dulu. Dengar kata yang Ice tu ada hati kat Gem.." kata-kata Taufan terputus tatkala Glasier tiba-tiba sahaja menjerit nyaring ditepi telinganya.

"Argh! Tak boleh jadi ni, Boboiboy Gempa!!"

Suara lantang Glasier menarik perhatian pelanggan serta keluarganya. Gempa yang tadinya berborak dengan Ice mula terpinga-pinga kerana dipanggil oleh Glasier sedemikian rupa.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now