Part 6 (Ice x Gempa)

3.2K 161 30
                                    

"Huargh!"

Ice menutup mulutnya yang menguap lebar, kelopak matanya ditenyeh kasar. Dia bangun dari tidurnya sejurus merenggangkan tubuhnya yang terasa lesu itu.

Anak matanya mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan angka 6.35 pagi.

Knock! Knock!

Bunyi ketukan pintu dari luar biliknya, mengalihkan pandangan Ice dari jam.

"Ice kau dah bangun?" laung seseorang dari luar, serentak itu pintu biliknya dibuka. Wajah Gempa terjengul dibalik pintu biliknya.

"Kau dah bangun?" soal Gempa.

"Taklah, tengah tido ni. Tak nampak?" seloroh Ice dengan wajah datar. Rambutnya yang kusut masai diraup ke belakang.

Mata Gempa terguling ke atas melihat gelagat Ice.

"Hahaha, lawaknya. Dah! Pergi mandi dan turun bawah." usai sahaja, Gempa terus melesap pergi dari bilik Ice untuk ke bilik seterusnya.

"Blaze bangun!!"

Ice menutup cuping telinganya bila suara Gempa mengema segenap penjuru rumah mereka. Kepala Ice tergeleng.

"Pagi-pagi tau nak jerit aje, cubalah panggil tu sopan sikit. Macam pompuan aje." omel Ice. Dia mencapai tuala yang tergantung di tombol almari lantas dia menonong masuk ke dalam bilik air.

Seketika kemudian..

Suasana di ruang makan, amat bingit dengan suara para elemental bersaudara.

"Hoi! Diam lah, makan pun nak bising. Cuba makan tu senyap sikit," Halilintar mengeluarkan rasa bengangnya, dia merenung satu persatu saudaranya dengan renungan tajam kecuali Ice, Supra dan Solar.

Mereka yang tadinya bising kerana berebutkan seketul ayam goreng terus diam bila diamuk Halilintar. Gempa hela nafas lega bila saudaranya tidak lagi berebut. Dia berterima kasih pada Halilintar.

"Diam pun, korang ni ayam goreng pun nak rebut. Kejap aku pergi ambil ayam lebihan kat dalam kuali." kata Gempa lembut lantas dia beranjak untuk ke dapur.

"Baik." jawab mereka berlima perlahan. Sesekali mata mereka mengerling Halilintar yang masih memberi jelingan maut. Mereka telan liur.

Gempa kembali dengan sepinggan ayam goreng, dia letakkan pinggan itu ditengah meja.

"Nahh! Ayam goreng, jangan nak berebut lagi. Ambil satu sorang." kata Gempa.

Mereka berlima mengangguk kecil seraya mencapai seketul ayam seorang satu.

"Gem."

"Ya Halilintar?"

"Kau ada nampak Tok Aba dengan Ochobot?" soal Halilintar.

"Oh, Tok Aba dia ke masjid, mungkin dia makan kat sana sebab ada buat program sikit kat sana. Kalau Ochobot dia ada aje kat dalam bilik aku tu, tengah berehat." jawab Gempa panjang lebar.

Mereka yang lain mengangguk kepala mendengar penjelasan Gempa. Mereka semua makan dalam keadaan senyap, sudah tidak bising seperti tadi.

"Gem?" bisik Glasier yang berada disebelah Gempa.

"Ya, Glasy?"

"Tambah nasi."

Gempa hanya tersenyum kecil lantas dia mencedok nasi goreng kepada Glasier.

"Thanks Gem."

"Sama."

"Heleh gediknya, nak nasi pun suruh Gemgem. Manja." perli Taufan.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now