Part 162 (The Elementals Family)

1.6K 71 17
                                    

Tod : Mawar146, Bloody_Rose106
Sorry lambat buat tod awak.
So, enjoy it
*****

"Sila duduk para elemen semua, kita ada tod dari dua orang readers ni. Dah lama diorang req tapi hari ni baru tertunai. Okey, boleh kita mulakan sekarang wahai kesayangan patik?"

Ketujuh para elemen hanya mengangguk sahaja dengan perangai author kesayangan mereka itu.

"Okey, kau boleh mulakan."

"Okey, kita mula dari Mawar146. Dia ada tiga dare untuk korang. Kita mula dari hmm, dia dare Halilintar dan Taufan untuk peluk dan cium pipi Gempa. Only pipi okey? Jangan nak melebih-lebih. Okey, korang boleh mulakan."

"Okey!"

Gempa yang kebetulan duduk di tengah mereka, terus dipeluk erat dan pipi tembam lelaki itu dicium oleh mereka berdua. Wajah Gempa berona merah, kepalanya tertunduk.

Para elemen yang lain sudah mencebik, cemburu. Sya hanya menahan gelak melihat wajah cemburu dan tidak puas hati mereka berempat.

"Okey, sudah dare korang dah siap. Kita ke dare kedua dan ketiga, hmm aku rasa Blaze dan Ice mesti suka dengan dare ni sebab akan melibatkan Gempa. Okey, pertama Gempa kena dating dengan Blaze tapi dalam wujud perempuan. Dan kedua Gempa harus bermanja dengan Ice sampai elemen yang lain jeles."

"What?!"

"Yes! Ni yang aku tunggu."

Sya hanya menggeleng melihat mereka bertujuh.

"Okey mama Gem, kau kena keluar date dengan Blaze dulu lepas balik dari date tu baru kau jalankan dare kau seterusnya."

"Baik!"

"Tapi, kau kata ada seorang lagi yang bagi tod?"

"Oh yang tu nanti, kita siapkan yang ini dulu. Okey mama Gem, siap sedia aku nak tukarkan kau ke perempuan."

Bam! Belum sempat Gempa buka mula, Sya sudah tukarkan dia menjadi seorang perempuan.

"Wahh, gila cool!" seru yang lain, siap tepuk tangan lagi.

Gempa hanya menunduk malu. "Jom Blaze."

Gempa menyuakan tangannya pada Blaze, dan segera disambut oleh si pengendali api itu.

"Jom Gemmy! Bye korang, jangan jeles eh? Hehehe."

"Heleh! Pigidah."

Dua pasangan muda itu berlalu keluar rumah sambil berpegangan tangan.

"Okey, sekarang kita nak buat apa..."

Sya tercenggang bila mereka yang lain sudah berlari masuk ke dalam bilik masing-masing. Kini tinggallah dia sesorang.

"Tch! Tak apa aku balas balik kat korang nanti."

•••••

Blaze dan Gempa kini duduk di sebuah kafe, sambil menikmati hidangan makanan.

"Kau ni Gemmy, makan pun comot. Sini aku tolong lapkan." omel Blaze bila melihat cara makan Gempa yang seperti kebudakkan itu.

"Hmmm?" Gempa menyengetkan kepalanya, dia memandang Blaze dengan binar mata polos.

Okey, tolong kuatkan iman Blaze untuk tidak menerkam manusia di hadapannya sekarang.

"Please jangan pandang aku macam tu Gem, sini."

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now