BB 12 Final

683 44 33
                                    

"Maafkan kitorang, lagipun masih tersisa kan kuih raya. Kitorang makan sikit aje."

"Sikit?"

Mereka semua mengerling beberapa balang biskut raya yang tersisa. Hanya 10 balang yang masih tersisa, lagi 30 balang dah lesap ke dalam perut Ice, Frostfire dan Glasier.

"Perut korang ni apa ha? Perut tempayan ke? Banyak betul korang makan, habistu kita nak makan apa pagi raya?"

"Nasi hujan panas dengan daging gulai and ayam goreng. Dalca juga."

Semua memandang trio bear yang selamba badak membuat pesanan.

"Korang..."

"Dah jangan gaduh! Jom kita buat sama-sama. Kita moreh sampai pagi okey?"

Gempa yang malas memperpanjangkan perbalahan mereka, mula buka suara.

"Tch. Sabar ajelah."

Yang perempuan mula berlalu pergi, merajuk mungkin.

Kini tinggallah para elemen bersaudara.

7 pasang mata, merenung trio bear yang hanya menundukkan kepala.

"Korang lah ni! Kang dah merajuk diorang tu! Ingat buat kuih ni senang ke? Berjaga sampai ke malam nak siapkan, korang pula senang-senang aje habiskan. Aku tak kira, esok korang tiga harus minta maaf." Ucap Halilintar, anak mata merahnya menjeling maut pada ketiga saudaranya itu. Geram.

"Ba..baik."

•••••

"Okey siap!"

Mereka semua mengambil posisi untuk sesi bergambar beramai-ramai.

Clik! Clik!

Beberapa keping gambar di tangkap dengan cantiknya, agar dapat disimpan untuk dijadikan kenangan.
Selepas sesi bergambar, mereka bersalam dan memohon maaf sesama mereka.

"Kami minta maaf." ucap trio polar bear pada anak-anak dara yang ada di situ.

"Baik kitorang maafkan, janji jangan ulangi lagi perangai korang tu okey?"

Ice, Frostfire dan Glasier tersenyum manis.

"Haip! Kami tak akan buat lagi! Terima kasih sebab dah maafkan kami."

"Ya! Kitorang pun nak minta maaf juga kat korang, mana tau selama kita bersama sebulan lebih ni ada sakitkan hati or terkasar bahasa. Maafkan kami ya?"

Para elemen bersaudara, hanya memgangguk kepala dengan senyuman manis.

"Ya. Kitorang pun. Selamat hari raya."

"Selamat hari raya."

"Oh ya!"

Tiba-tiba Sya bersuara buatkan yang lain menoleh padanya.

"Kenapa?"

Sya menarik tiga orang yang pernah bersubahat dengannya. Rabiatul, Alice dan Nurin.

"Kenapa kau tarik aku?" bisik mereka bertiga pada Sya. Entah kenapa, hatinya berasa tidak enak.

"Korang kenapa?"

"Hmmm, kitorang nak minta maaf pada Blaze." Sya mewakili mereka berempat.

Dahi Blaze mengerut bila namanya naik. Dia pandang keempat perempuan itu dengan tatapan mata kebingungan.

Sya menyiku lengan Rabiatul.

Rabiatul siku pula lengan Alice.

Dan begitu juga Alice menyiku Nurin.

Maka terjadilah siku menyiku di antara mereka. Para gegirls yang lain sudah tahu apa yang mahu diucapkan oleh mereka berempat. So, diorang tak nak masuk campur. Mereka terus melesap ke meja makan untuk sarapan pagi raya.

"Umm, kitorang nak minta maaf kat kau Blaze. Kau ingat tak masa puasa ke berapa tau, yang kita makan berbuka dengan ayam golek madu."

"So?"

"Kalau kau nak tau, ayam madu tu adalah ayam kau. Kawan kau."

Ambil masa lima minit untuk Blaze memahami apa yang baru sahaja dia dengar.

"Kami minta maaf."

"Oh, kawan ayam aku ya?" Blaze merenggangkan tubuhnya dan jari jemarinya.

Keempat perempuan itu, telan liur. Seram sejuk pula mereka melihat respon Blaze.

"Maaf ya? Sini korang!!"

"Arghh!!! Cabut!!"

Mereka berempat memencut melarikan diri dari amukan Blaze.

"Sini korang! Jangan nak lari!!"

"Ampun Blaze!!"
















Tamat!

Sorry tau kalau ending dia hambar.

Btw selamat hari raya!!!

Ohya, kalau aku nak buat group
untuk korang my beloved readers. Ada yang nak join x? Kalau nak, boleh pm nombor kat ruangan komen or kat mesej wp okey? Sporting please.

Bolehlah kita kenal lebih dalam. 😊

Last. Thanks sebab sanggup baca cite keling nan merapu aku ni hehe. Bye.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now