Part 8 (Taufan x Gempa)

2.7K 146 19
                                    

"Gempa oh Gempa, Gemgem, Gemgem."

Gempa yang sedang membancuh air untuk pelanggannya hanya mengerling Taufan datar. Sedari tadi lagi lelaki itu menyeru namanya, bila ditanya dia jawab tiada apa-apa dengan sengihan tidak bersalahnya.

"Aku tau kau ni suka kacau orang, dah hampir seminggu kau tak main dengan Thorn dan Blaze kenapa? Dan seminggu ni juga lah kau kacau aku? Kau ada benda nak prank aku eh?"

Gempa merenung Taufan dengan wajah menuduh, Taufan yang mendengar tuduhan tidak munasabah Gempa terus menggelengkan kepalanya.

"Ish! Mana adalah, jangan nak tuduh aku sebarangan ya?" tegas Taufan berkata.

Gempa hanya mencebikkan bibir dengan anak matanya mengecil memandang Taufan. Manakala Taufan sudah menghela nafas kasar bila melihat pandangan mata Gempa padanya.

Baru sahaja Taufan mahu buka suara untuk membela dirinya terus terbantut bila ada suara yang menyampuk.

"Dah siap Gem?" Halilintar yang berdiri tepi Taufan terus melontarkan soalan pada Gempa.

"Dah, nah!" Gempa menghulur segelas ice chocolate kepada Halilintar.

Halilintar menyambut huluran Gempa, sebelum dia berlalu Halilintar mengerling Taufan dengan tatapan dinginnya. Taufan telan liur.

"Kenapa kau tengok aku macam tu?"

"Tsk! Lembap! Yang kau duk kacau Gempa dah kenapa? Tak nampak dia tengah sibuk, daripada kau duk goyang kaki kat sini ada baiknya kau pergi tolong si pemalas tu cuci pinggan mangkuk." Kata Halilintar dingin sambil menjeling Ice yang sedang membilas pinggan.

"Hoi! Aku tau kau kutuk aku, dasar pikachu tsundere! Aku tak malaslah, tapi aku yang sengaja malaskan diri." marah Ice, jelingan tajam hadiahkan pada Halilintar.

"Sama ajelah, lembap." cebik Halilintar.

Gempa dan Taufan hanya menggelengkan kepala tatkala Ice dan Halilintar beradu mulut.

"Sudah! Halilintar kau pergi hantar air tu dulu, Ice kau sambung basuh pinggan." lerai Gempa yang sudah sakit mata tengok dua manusia tersebut.

Halilintar dan Ice mendengus halus.

"Yalah babe." sahut mereka perlahan. Halilintar berlalu sambil membawa gelas air pesanan pelanggannya. Manakala Ice pula menyambung kembali kerjanya dengan mulut kumat kamit mencarut kecil.

"Ice, bahasa. Kau ingat aku tak dengar yang kau mencarut." Gempa menjentik cuping telinga Ice buatkan si pengendali air itu merengek kecil sambil mengusap telinganya.

"Sorry." kata Ice dengan muka toyanya. Gempa menjeling.

"Ehem, Gem kau nak aku tolong apa-apa ke?" Taufan buka suara setelah lama berdiam diri.

Gempa memandang Taufan, senyum herot terlakar dibibir Gempa.

"Nak tolong?" Taufan mengangguk.

"Tolong apa?" soal Taufan semangat. Senyuman Gempa makin melebar.

"Tolong senyap boleh? Jangan nak ganggu aku." kata Gempa sinis dengan anak mata merenung tajam pada Taufan.

"Tsk! Gemgem kejam, Fanfan nak majuk." cebik Taufan dengan muka monyok. Mulutnya termuncung sedepa.

"Nak majuk pergi nun jauh ke sana." perli Gempa seraya beranjak untuk menolong Supra dan Thorn mengangkat pinggan kotor.

Taufan hanya menghantar kepergiaan Gempa dengan pandangan mata.

"Gelilah Taufan kau buat muka macam cekodok hitam tu. Buruk tau." tegur Frostfire yang entah bila berada disebelah Taufan.

Taufan menjeling sinis pada Frostfire. Ice yang berada depan sinki hanya memerhati tingkah dua manusia itu. Malas mahu menyampuk.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now