Part 168 (AllElementals x Gempa)

1.9K 70 13
                                    

Warning!🔞
Maybe taklah hot mana, sebab akan terpotong juga. 🤣
*****

Baju bathrobenya dibetulkan sebelum diikat kemas. Dia keluar dari bilik mandi dan menuju ke meja solek. Wajahnya ditilik sejenak melalui cermin. Dia membetulkan hoodie bathrobe yang terpasang dikepalanya.

Gempa melabuh duduk di kerusi. Kepala botol losyen ditekannya, dan keluarlah cecair putih yang pekat. Dia terus melumurkan pada tangannya dan kakinya.

"Okey siap! Masa untuk pakai baju dan tido..."

Ding dong...

Gerakan Gempa terhenti tatkala mendengar suara loceng rumahnya berbunyi. Dahinya berkerut, jam biliknya dipandang.

"Siapa yang datang malam-malam ni? Dah pukul 10 malam ni, ke... Ah! Aku lupa tadi aku ada order pizza. Mesti dah sampai tu."

Gempa segera melompat bangun dari duduknya, dia bergegas keluar bilik dan menuju ke pintu utama.

Pintu rumah dibuka dan terlihat seorang lelaki berpakaian pekerja pizza.

"Pesanan anda dah sampai encik." katanya dengan senyum canggung bila melihat penampilan si pelanggannya itu.

Gempa membalas senyuman itu.

"Kejap ya, saya nak ambi..."

"Tak payah bayar encik, ada orang dah yang tolong bayarkan. Nahh!"

"Err tapi siapa?" tanya Gempa dengan kening berkerut sambil menyambut huluran lelaki itu. Kotak pizza bertukar tangan.

"Saya tak tau. Kalau macam tu, saya minta diri dulu."

Gempa hanya menghantar kepergian pekerja pizza itu dengan mata mengerjap hairan. Dia menutup pintu rumahnya dan bergerak ke ruang tamu.

"Siapa yang tolong bayarkan? Tak apalah, ucap terima kasih sudah pada orang yang sudi belanja aku ni. Hehe, masa untuk makan."

Baru sahaja Gempa mahu membuka kotak pizza, loceng rumahnya kembali berbunyi. Gempa menggeram sebal.

"Siapa pula yang datang?" Gempa berjalan terhentak-hentak ke arah pintu rumah. Pintu rumah dibuka kasar, seolah menunjukkan protes kerana sudah menganggu kesenangannya.

"Siapa... Korang?!" mata Gempa membulat tatkala mendapati siapa yang mengunjungi rumahnya.

"Hai!"

"Macam mana korang boleh tau rumah aku ni? Aku rasa tak ada pula beritahu korang alamat rumah aku?"

Gempa memandang keenam lelaki yang berwajah boleh tahap kacaknya.

"Secret."

Mereka berenam tersenyum penuh makna, apatah lagi melihat penampilan Gempa itu yang seperti menggoda mereka. Manakan tidak, lelaki itu hanya mengenakan bathrobe berwarna merah jambu bercorakkan polkadot separas peha, dengan topi hoodie bathrobe yang menutupi kepalanya. Ditambah lagi dengan aroma wangi yang datangnya dari lelaki itu.

Dahi Gempa bertaut sempurna, bila melihat tatapan mata mereka berenam yang kelihatan gelap semacam.

"Err... Korang nak join aku makan pizza?" tawar Gempa.

"Sure."

"Hm, kalau macam tu marilah masuk."

Gempa menutup pintu selepas mereka semua masuk ke dalam rumah. Dia berjalan ragu-ragu mendekati mereka yang sudah melabuh duduk di sofa.

"Err korang, aku naik ke atas kejap. Nak tukar baju, tak selesa pula pakai macam ni depan tetamu." kata Gempa dengan wajah memerah.

"Okey aje, kami tak kisah pun."

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now