Part 4 (Solar x Gempa)

3.4K 189 19
                                    

Dia bercekak pinggang, kepalanya digaru kasar membuatkan topinya sedikit senget kekiri. Mulutnya kumat-kamit membebel, entah kepada siapa.

"Mana Gemgem ni? Aku dah satu rumah cari dia, bahkan kat kedai Tok Aba pun dia takda. Diorang kata dia balik rumah sebab sakit perut, aku cari kat tandas tak ada pun." omel Solar.

Dahinya berkerut, sambil otaknya sibuk berfikir sesuatu. Dia petik jari, seraya dahinya dipukul kasar.

"Kat bilik dia, aku tak cari lagi. Apa bengapnya aku ni. Ish!" marah Solar pada dirinya sendiri. Laju kakinya mendaki anak tangga.

Setiba dia dihadapan bilik Gempa, daun pintu diketuknya sambil memanggil nama empunya bilik. Solar mengerutkan dahinya hairan bila tiada sebarang sahutan daripada dalam.

Tanpa berlengah, Solar mengambil keputusan untuk menceroboh masuk ke dalam bilik Gempa. Masuk sahaja dia didalam bilik, matanya mengedar segenap ruang bilik tersebut.

"Mana dia?" pandangan mata Solar teralih pada bilik air apabila terdengar pintu terbuka dari dalam dan keluarlah Gempa dengan wajah keletihan sambil memegang perut.

"Kau okay?" Gempa tersentak kaget bila ada sebuah suara menerpa masuk ke gegendang telinganya. Dia mendongak memandang ke arah Solar.

"Eh Solar, kau buat apa kat sini?" Soal Gempa hairan sambil melabuh duduk dibirai katil. Helaan nafas lega terhembus di kedua belah bibirnya.

Solar menjongketkan keningnya, dia mengambil tempat di sebelah Gempa.

"Tak ada apa, aku cuma cari kau aje. Kau okey ke?" anak matanya meneliti wajah letih Gempa. Tangannya mengusap pipi pau lelaki itu.

"Aku okey aje, cuma sakit perut sikit. Entah apa yang aku makan tadi, dah lupa dah aku." Gempa tersengih polos. Solar hanya menggeleng kepala sambil mencubit pipi Gempa geram.

"Kau ni memang,"

"Emm, tadi kau kata yang kau cari aku kenapa?" Gempa bertanya.

"Oh yang tu, sebenarnya aku nak minta tolong sesuatu tapi bila tengok kau macam letih aje. Biarlah." kata Solar dengan senyum kecil.

Gempa menjeling. "Alah, kau ni. Aku okey aje lah, jangan risau. Apa yang kau nak minta tolong tu?"

"Hmmm. Aku sebenarnya nak kau tolong buat cupcake, boleh?" kata Solar, dengan muka berharap.

"Cupcake? Untuk siapa?"

"For me. Aku tengah mengidam ni nak makan cupcake buatan kau Gem, boleh eh?" Solar membuat muka comel, manakala Gempa sudah menggulingkan biji matanya.

"Yelah! Kau nak aku buat sekarang ke?" tanya Gempa.

Solar mengangguk kepala dengan penuh semangat. Senyumannya melebar, manis.

Gempa membalas senyuman Solar.

"Okey. Jom kita ke dapur." Gempa bingkas berdiri diikuti Solar.

"Perut kau dah okey?"

Gempa mengangguk kepala dengan senyuman manis.

"Dah okey dah. Jom!"

"Jap!"

"Kenapa?"

Solar berdiri di hadapan Gempa lalu tubuhnya dipusing membelakangi Gempa dan dia mula duduk bercangkung.

"Naik belakang aku." arah Solar. Kelopak mata Gempa terkedip hairan.

"Asal kau suruh aku naik belakang kau?"

"Alah naik ajelah! Banyak tanya pula!" kata Solar tegas.

Gempa gigit bibir bila mendengar intonasi suara Solar seperti menahan geram padanya. Tanpa bersuara, dia melingkarkan tangannya pada leher Solar.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now