Part 51 (Frostfire x Gempa)

861 80 8
                                    

"Membaca, membaca, membaca bersama si pikachu Halilintar. Yehet! Si pikachu Halilintar anaknya bahenol, bahenol yehat!"

Halilintar yang sedang membaca buku, hanya mengerling Gempa yang duduk dihadapannya. Wajahnya datar sahaja.

"Diam boleh tak? Bising aje kau ni, kau tak tau peraturan kat library ke? Tolong senyap." bidas Halilintar.

Mulut Gempa memuncung sedepa.

"Alah, kau ni bosan lah. Layan lah aku ni."

Halilintar berdecit perlahan. "Kau ni, kalau sehari tak usik aku tak boleh ke? Cuba kau pergi kacau orang lain lah."

"Kacau orang lain tak best, kalau kacau orang depan aku ni baru best."

"Whatever." jawab Halilintar acuh. Dia kembali menelaah bukunya.

Gempa tersenyum sinis, dia turun daripada kerusi. Dia merangkak di bawah meja dan keluar di sebelah Halilintar. Dia berdiri di belakang lelaki itu. Gempa menyeluk poket seluar sekolahnya lalu dia mengeluarkan sebiji belon dan jarum.

Belon tersebut ditiupnya, setelah selesai dia meletakkan belon tersebut disamping telinga Halilintar. Dia tersenyum nakal sambil mencucuk belon tersebut dengan menggunakan jarum.

Boom!

"Opocot keboom belon meletop-letop!"

Gempa tergelak terbahak-bahak sambil berguling-guling di atas lantai library apabila mendengar latahan Halilintar.

"Tak guna kau Gempa! Sini kau."

Halilintar menghempas buku yang dia baca di atas meja, dia bangun dan menuju ke arah Gempa yang asyik mentertawakan dirinya sambil berguling di atas lantai.

Halilintar menindih tubuh Gempa, lalu dia mula melancarkan serangan balas dendam. Pipi tembam Gempa dicubit dan digomolnya kasar sehingga membuatkan pipi Gempa kemerahan kerana perbuatannya.

"Sakitlah, lepaskan pipi aku Halilintar! Kau nak pipi aku jadi makin gemuk ke apa, lepaskan." jerit Gempa bila Halilintar tidak berhenti mengomol pipinya.

"Biarkan, jahat lagi." marah Halilintar sambil mencubit pipi Gempa makin kuat.

"Sakitlah wey pikachu! Huargh!"

"Ehem!" dehaman dari seseorang menghentikan aksi Halilintar pada Gempa. Mereka berdua menoleh pada si penganggu.

"Cikgu Frosty?"

"Kamu berdua buat apa ni?" soal Frostfire dengan anak matanya merenung Halilintar tajam lalu beralih pada Gempa yang sedang ditindih oleh Halilintar.

"Err kitorang main gurau-gurau aje. Cikgu jangan salah faham, kan Gempa?"

Gempa mengangguk laju dengan wajah polosnya. "Ya, cikgu. Kita orang main gurau aje. Hehehehe."

Gempa tergelak kecil namun tidak bertahan lama bila menangkap tatapan tajam daripada Frostfire.

"Err.."

"Sudah. Pergi masuk kelas masing-masing. Waktu relief cikgu dengan kelas korang berdua dah habis. So, pergi balik ke kelas, yang lain sudah pun pergi."

"Baik."

•••••

Gempa bersama dua kawannya keluar dari bangunan sekolah dan berjalan beriringan ke stesen bas.

"Korang malam ni jangan lupa lawan mb bang, bang okey?" kata Gempa pada dua rakannya.

Taufan dan Thorn mengangguk kepala dengan senyum lebar.

"Okey, kalau ada yang kalah harus belanja yang menang okey?"

"Okey!" sahut mereka.

"Oh ya Gem, tadi Solar ada jumpa kau tak?" soal Thorn.

Kening Gempa berkerut. "Solar? Tak ada pula. Kenapa?"

"Tak ada? Dia ada pergi jumpa kau masa rehat, mungkin kau tido kut."

"Mungkin? Tapi kenapa dia nak jumpa aku?"

Taufan dan Thorn berpandangan.

"Err kau tanyalah dia sendiri nanti." jawab Taufan. Thorn mengangguk kepala setuju.

"Hmm, yelah nanti aku tanya dia."

•••••

Keesokan harinya...

Mulut Gempa menguap lebar, sudut matanya berair. Dia memandang pengetua sekolah yang sedang bercakap di atas pentas pada pagi itu di perhimpunan. Kepala Gempa terangguk-angguk kecil dengan mata kuyu yang hampir tertutup kerana menahan kantuk.

Taufan dan Thorn yang duduk disamping Gempa hanya menggeleng kepala melihat gelagat Gempa.

"Cikgu doraemon ni, cakap panjang betullah. Pendek-pendek sudahlah. Aku dahlah mengantuk. Benci betul." omel Gempa seraya melentokkan kepalanya pada bahu Taufan.

"Pinjam bahu kejap Fanfan." pinta Gempa sambil memejamkan kelopak matanya.

"Hmmm." gumam Taufan pasrah, tangannya mengusap kepala Gempa.

Setengah jam sudah pun berlalu, perhimpunan pagi mula bubar. Semua pelajar beredar dari tapak perhimpunan dan menuju ke kelas masing-masing, namun tidak dengan tiga sekawan ini.

Mereka bertiga masih duduk bersila di atas lantai perhimpunan. Taufan dan Thorn berpandangan lalu anak mata mereka jatuh pada Gempa yang masih lena dengan berbantalkan bahu Taufan.

"Gemgem, bangunlah. Perhimpunan dah habis ni. Oit bangunlah." Thorn menepuk perlahan pipi Gempa.

"Janganlah kacau Gemgem." Gempa menepis tangan Thorn yang menepuk pipinya.

"Gempa cikgu Frosty datang!"

Gempa tersedar dari tidurnya, dan memandang sekeliling tapak perhimpunan yang sepi itu.

"Mana? Mana?" Gempa bertanya, dia menoleh ke arah Taufan dan Thorn bila mendengar suara gelak daripada kedua kawannya.

"Hahaha, kena tipu!" Gelak Taufan dan Thorn lantas mereka berdua melesap melarikan diri takut diamuk Gempa.

"Tak guna korang berdua! Aku belasah sekor-sekor baru tau!"

Gempa terus mengejar langkah kedua kawannya dengan wajah cemberut.






Tbc...
Ku tau hambar.... Idea ku kecundang sudah. ಥ⌣ಥ

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now