Bab 4 | Simpati

2.9K 154 12
                                    

Malam hujung minggu ini, Aisy dan Dahlia buat keputusan untuk berniaga di pasar malam. Sebenarnya Puan Idayu pun nak ikut sekali, tetapi Aisy tidak suka menyusahkan ibunya, jadi kalau boleh sepanjang berniaga itu dia tidak mahu ibunya bersusah-payah menolongnya. Dahlia kan ada, biar Dahlia saja yang tolong. Puan Idayu tinggalkan gerai itu sekejap, katanya hendak membeli minuman.

"Hei, aku tak puas hati lagilah ngan mamat tu. Harapkan muka je hensem," rengus Dahlia sambil membalik-balikkan martabak itu di atas dapur memasak.

"Biarlah dia tu..." Aisy sudah malas memikirkan tentang kejadian beberapa hari yang lepas. Sakit hatinya bila teringat kembali. Biasalah, dia pun ada hati dan perasaan. Bila dikhianati, pasti meninggalkan parut luka.

"Dia yang salah, kau pula yang kena tuduh. Kau pun satu. Yang kau pergi minta maaf ngan dia tu kenapa?" Dahlia tidak puas hati dengan tindakan sahabatnya. Ada ke patut Aisy yang mohon maaf? Sudah terang lagi bersuluh Farhan yang salah.

"Biarlah, Lia. Aku sebenarnya tak nak panjangkan cerita. Tu yang aku minta maaf," kata Aisy dengan tenang. Kalau dia tidak mengalah ketika itu, maka berjemaahlah dia dan Dahlia membentak Farhan. Tapi Aisy bukan begitu orangnya. Dia mempunyai tahap kesabaran yang sangat hebat.

"Kalau aku jadi kau, pergh... memang dah lama aku bagi pelempang. Harap rupa je hensem, perangai tak tahu ke mana," ejek Dahlia. Kalaulah Farhan betul-betul ada di depannya saat ini, mungkin dicincangnya sampai lunyai. Geram!

"Benda dah lepas kan. Tak payahlah ingat lagi," kata Aisy perlahan.

Dahlia hanya diam. Tapi, dalam hati bukan main seronok dia mengata Farhan. Aisy yang kena tuduh, dia pula yang geram bukan main. Aisy pula tenang macam air laut saja. Seolah tiada apa-apa yang berlaku.

"Ya, kak?" Aisy menegur seorang wanita berusia 40-an yang mengunjungi gerai mereka.

"Akak nak martabak daging dua, martabak ayam," kata wanita itu seraya mengeluarkan dompetnya.

"Okey kak, kejap ya." Aisy membungkus martabak yang sudah siap digoreng oleh Dahlia. Panas-panas lagi, mesti sedap dimakan.

Empat bungkus martabak dimasukkan ke dalam beg plastik jernih lalu diberikan kepada wanita tadi.

"Ni dia kak. Semua dua belas ringgit."

Wanita itu menghulurkan satu not RM10 dan dua not RM1 kepada Aisy. Cukup-cukup sahaja dibayarnya, tak perlu pulangan baki.

"Terima kasih, kak." Aisy menerima huluran wanita itu.

"Terima kasih dik," ucap wanita itu kala mengambil beg plastik berisi empat bungkus martabak yang dipesannya tadi.

"Sama-sama.." Aisy mengulum senyuman.

"Lia, kau okey tak ni? Asal nampak moody je?" Aisy menegur saat dia melihat Dahlia mencebikkan bibir. Masam betul mukanya.

"Nanti aku mesti rindu suasana ni. Rindu ada dengan kau. Rindu nak berniaga dengan kau. Rindu nak buat kek sama-sama." Sendu bicara Dahlia.

"Hmm.... aku pun akan rindu kau. Eh, esok last kau berniaga dengan aku kan?" Suara Aisy mulai perlahan, sebak.

Dahlia mengangguk.

"Aku akan rindu semua ni, Aisy." Dahlia menitiskan air mata, namun segera disekanya. Sedih benar hatinya.

"Janganlah nangis. Tengok kau nangis, aku pun nak nangis." Aisy menyeka air mata yang mula jatuh berderaian ke pipinya. Dia memeluk Dahlia sekejap.

Makin erat Dahlia memeluk sahabatnya. Sedih, itulah yang bertandang di hatinya. Lagi-lagi bila dia bakal berjauhan dengan sahabatnya. tidak lama lagi.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now