FARHAN menghentak kuat mejanya. Nafasnya tak teratur, angkara amarah yang menghimpit dadanya saat ini. Sakit di hatinya bagaikan tak terbendung lagi. Sejak semalam dia tidak makan, tidur pun tidak. Bagaimana dia hendak lena, jika gadis yang bertakhta di hatinya selama ini akan berkahwin dengan adik kandungnya sendiri?
"Kurang ajar kau, Fakhri!" Bentaknya kuat. Saat dia masih bergelumang dengan amarah, telefon pintarnya berbunyi. Bertambah serabut dia bila mendengar deringan telefon itu.
Rupanya, Naufal yang menelefonnya. Mungkin ada hal penting yang hendak dikatakannya.
"Hm, asal?"
"Han. Jom ah lepak kat hotel bapa kau," kata Naufal. Farhan sajalah kawan yang selalu diajak lepak bersama.
"Yalah. Aku pun ada benda nak bagitau kau." Mendatar saja suara Farhan. Ceria? Memang tidaklah. Dia seorang yang serius. Jaranglah dia nak ceria. Lagi-lagi dalam situasi menyakitkan begini.
"Uish, macam penting je. Okeylah aku siap-siap dulu."
Naufal tak sabar pula untuk mendengar perkara penting yang akan disampaikan oleh kawannya itu. Farhan jarang bercerita tentang benda yang remeh-temeh. Selalunya dia akan bercerita perkara yang betul-betul penting. Itu yang dia tak sabar tu.
"K."
Farhan menjawab malas. Diletakkan semula telefon pintarnya di atas meja. Kemudian rambutnya dikusutkan, seperti fikirannya yang kusut-masai sewaktu ini.
Dia masih memikirkan cara untuk membalas dendam terhadap Fiya dan Fakhri. Fikirnya, dia perlu bertindak sekarang. Dia takkan sesekali terlihat lemah di hadapan mata Fiya dan Fakhri.
"Aku kena buat sesuatu. Aku tak boleh diam. Merayu melutut nakkan Fiya. Hei, aku tak bodoh lagilah nak buat macam tu," monolognya dengan senyuman sinis di bibir.
"Aku tak boleh tunjuk kat depan papa dengan mama yang aku tak puas hati dengan Ri. Tak, aku tak boleh tunjuk. Start from now aku kena berlakon. Berlakon baik, berlakon terima kenyataan. Supaya diorang tak syak yang aku dendam dengan jantan tu. Kalau diorang tahu yang aku dendam, tak jadilah plan aku... untuk kahwin ngan Aisy."
Teragak-agak Farhan menyebut nama Aisy. Dia bukan nak sangat pun kahwin dengan Aisy. Memang jauh sekali dia mahu disatukan dengan gadis itu. Tapi, angkara dendam yang kian tepu di hati, bernikah dengan Aisy kini menjadi pilihannya. Dia tahu, Fakhri dan Fiya akan sakit hati bila dia bernikah dengan Aisy nanti. Dia akan pastikan segala perancangannya takkan menemui kegagalan.
Farhan mengenakan T-Shirt lengan panjang berwarna hitam bersama jeans biru tua. Ringkas saja pemakaiannya, namun tetap kemas. Rambutnya pula dirapikan. Dompet, telefon serta kunci kereta diambil sebelum kakinya diatur keluar dari bilik.
Sewaktu keluar dari bilik, dia menyapa mata dengan Fakhri. Kalau boleh, mahu saja dia layangkan buku limanya ke wajah Fakhri. Marah, geram dan dendam bagaikan bercampur aduk dalam hatinya.
"Aku tahu kau still marahkan aku. Tapi, sampai bila kita nak bergaduh?" Fakhri menanyakan soalan itu kepada abangnya. Sejujurnya, hatinya tak tenteram bila berbalah dengan abang sendiri.
"Siapa mula dulu, kau ke aku?" Farhan melemparkan sindiran. Fikirnya, bukan dia yang mulakan perbalahan itu. Fakhri yang mulakannya.
Fakhri mendiamkan diri, namun tubuhnya masih kaku di situ.
Farhan menghampiri dirinya. Melihat wajah adiknya yang satu itu, membuatkan kemarahannya bercambah kembali. Namun, ditahan sedaya-upaya.
"Aku dah nak kahwin ngan Aisy," kata Farhan dengan nada suara yang ceria. Padahal semua itu lakonan semata-mata.
YOU ARE READING
Takdir Dia
RomanceAisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang...