Bab 68 | Berubah

4.1K 113 1
                                    

MALAM itu, Farhan tak mahu berdiam diri. Tak sanggup mengunci bibir dari menuturkan kekejaman Fiya terhadap isterinya. Dia harus beritahu mama dan papanya. Perkara sebegini tak bisa dirahsiakan. Nanti makin teruk jadinya.

Keluar dari lif, Farhan terus mendapatkan mamanya. Dia tahu, waktu-waktu begini Datin Fatiha pasti meluangkan masa dengan menonton ceramah di kaca televisyen.

"Eh, Han? Selalu Aisy yang turun masa-masa ni, tengok tazkirah sekali ngan mama. Mana Aisy?" Datin Fatiha tercari-cari akan menantu kesayangannya itu.

"Kejap lagi dia turun. Actually Han ada benda nak cakap ngan mama," ujar Farhan tanpa secebis ragu. Dia mengambil tempat duduk di sebelah mamanya.

"Bunyi macam serius je. Nak cakap pasal apa? Pasal Fiya? Kenapa, dia buat hal lagi ke?"

Datin Fatiha sepertinya dapat meneka apa yang Farhan akan sampaikan. Matanya kini hanya tertumpu pada anak sulungnya, menginginkan jawapan yang nyata.

Mata Farhan membeliak sedikit, memang pun dia mahu kupas tentang Fiya, atau lebih spesifiknya, dia mahu membicarakan tentang kekejaman Fiya terhadap isterinya. Perkara ini tak boleh didiamkan secara menerus.

"Ya, ma. Mama tahu tak tadi, Han nampak dengan mata kepala Han sendiri ma, perempuan tu lemaskan Aisy. Dia cekik Aisy kat dalam pool, ma." Farhan cuba ringkaskan cerita.

"Ya Allah! Habis tu, isteri kamu macam mana? Aisy okey tak? Allahu akbar." Datin Fatiha menggelabah risau. Dia tak hairan pun Fiya melakukan perkara seperti itu terhadap Aisy. Dia tahu betapa bencinya Fiya terhadap Aisy.

"Aisy okay. Cuma tadi dia pitam sekejap. Sekarang dia okay dah," jelas Farhan, menghadirkan sekelumit tenang di hati mamanya.

"Allahu akbar. Perempuan tu memang dah melampau. Makin menjadi-jadi perangai! Hari tu dia dah cederakan Aisy, sekarang dia cuba nak bunuh Aisy pula! Mama tak boleh diam lagi dah. Mama nak cakap dengan perempuan tu! Panggil dia sekarang! Panggil Fakhri sekali!" Datin Fatiha terus menekan punat besar berona merah pada alat kawalan jauh, menutup paparan televisyen itu. Dia sudah tak tahan dengan sikap menantunya yang satu itu. Darahnya menggelegak naik.

Farhan telan liur. Pertama kali dia menyaksikan kemarahan mamanya mendidih seperti itu. Baru saja dia ingin mengatakan 'okey', Fakhri muncul di situ.

"Ada apa ni, ma?"

"Mana isteri kamu?" Datin Fatiha bukannya terlalu memarahi anak bongsunya. Dia cuma ingin meminta Fakhri berhati-hati selepas ini. Jangan biarkan Fiya buat onar sesuka hati.

"Ada kat atas." Fakhri sudah mampu mengagak mengapa mamanya mencari Fiya. Mesti Farhan sudah menceritakan kepada Datin Fatiha tentang hal petang tadi.

"Panggil dia sekarang," suruh Datin Fatiha dengan nada serius. Tak ada masa dia nak tersenyum sekarang ini.

"Okey." Fakhri dengan dada yang berdebar, segera menaiki lif semula ke tingkat atas. Dia menguak pintu biliknya, lantas mendapatkan isterinya yang sedang khusyuk membelek telefon.

"You, meh turun."

"Ada apa? Malaslah nak turun." Fiya penat sebenarnya. Lagi-lagi nak menghadap muka mak mentuanya yang selalu berang dengannya semenjak dua menjak ini.

"Jomlah." Fakhri tarik lengan isterinya. Dia tak mahu beritahu Fiya yang Datin Fatiha memintanya untuk turun. Nanti gelabah Fiya dibuatnya.

Fiya berdecip malas. Dia turutkan jua ajakan Fakhri yang dia sendiri tak tahu ada maksud tersirat di sebaliknya. Kemunculan dia di ruang tamu bukannya disambut dengan senyum, apatah lagi tawa riang.

Sesampainya Fiya di situ, Datin Fatiha terus mendekatinya lantas mencengkam kuat-kuat lengan menantunya yang kejam itu.

"Fiya memang kurang ajar! Apa yang Fiya cuba buat kat menantu kesayangan mama! Fiya cuba nak bunuh dia!" Datin Fatiha tak mampu menahan api amarah yang kian membara dalam hatinya.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now