Bab 57 | Pengsan

3.8K 143 5
                                    

HARI ini hari terakhir mereka menginap di hotel mewah milik Dato' Mikail. Nana dan Nini buat wajah sedih. Sepanjang mereka di sana, mereka gembira sangat dapat luangkan masa dengan ahli keluarga yang lain, terutamanya Aisy. Malah, mereka sudah menganggap Aisy seperti kakak kandung mereka sendiri.

"Kak Aisy, Nana dengan Nini balik dulu. Nanti kita jumpa lagi tau," kata Nana.

Dia dan Nini menghampiri Aisy yang berdiri bersebelahan dengan Farhan. Sejak dari semalam, Aisy tak boleh renggang dengan Farhan. Farhan pun sama, asyik nak bersama dengan isterinya saja.

"Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Jaga diri ya, Nana, Nini," pesan Aisy dengan lembut lalu mendakap tubuh Nana dan Nini.

"Okey. Akak pun jaga diri. Bye kak!" Nini melambaikan tangannya ke arah Aisy.

"Assalamualaikum," ucap Nana sebelum dia meninggalkan lobi hotel itu.

"Waalaikumussalam," jawab Aisy dan Farhan. Waktu itu, Fiya dan Fakhri masih makan tengah hari di restoran. Mereka berdua saja yang belum berkumpul di lobi. Yang lain sudah ramai pulang ke rumah masing-masing.

"Ri dengan Fiya mana?" Datin Fatiha menanya.

"Tu, datang dah," kata Farhan setelah melihat Fiya dan Fakhri berjalan beriringan ke arah mereka. Dia nampak Fakhri pegang erat tangan Fiya. Fiya pula biarkan saja. Yalah, di depan mentua. Takkanlah nak buat hal?

Farhan mengentalkan jiwa. Cemburu melihat mereka berpegangan begitu. Dia juga memaut tangan Aisy perlahan-lahan. Tak mahu dia seorang saja dihimpit rasa cemburu.

'Ish, dia sayang sangat ke kat bini dia tu? Ke sebab dia jealous Ri pegang tangan aku? Hish, yang Ri ni pun satu! Rimaslah asyik pegang-pegang.' Fiya hanya menyuarakan rasa geramnya di dalam hati. Dia cuba melepaskan pegangan Fakhri dengan lembut, tapi Fakhri makin menggenggamnya.

"Aisy, nampak pucat je mama tengok? Aisy tak sihat ke?" Datin Fatiha menyoal bila dia perasan bibir Aisy kelihatan pucat saja.

"Ke Aisy pregnant ni?" Dato' Mikail sengih lebar, bagaikan gembira dengan tanggapannya itu.

Farhan garu kepala. Mengandung apanya, hubungan suami isteri pun mereka tak buat. Aisy pula rasa janggal bila ayah mentuanya berkata begitu.

"Lepas ni Han bawalah Aisy pergi buat check up. Mana tahu dah berbadan dua," cadang Datin Fatiha. Sungguh dia gembira sekarang ini.

Fakhri taklah rasa cemburu sangat kalau nak dibandingkan dengan Fiya. Maklumlah, perasaannya pada Aisy pun semakin memudar. Apatah lagi bila dapat tahu yang Farhan sudah jatuh cinta dengan Aisy, makin hilang perasaannya itu terhadap Aisy. Kini, cintanya hanya tertumpu pada Fiya seorang.

'Pregnant? Biar betul? Kalau betullah perempuan ni pregnant, mesti Han makin sayang kat dia. Habis tu aku ni macam mana?' Fiya menjerit dalam hati. Dia betul-betul geram dengan situasi sekarang ini.

Farhan dapat menangkap riak cemburu di wajah adik iparnya itu. Bukan saja cemburu, geram pun ada. Dia jadi serba-salah pula. Sudah tentu Fiya kecewa dengannya.

"Erm, Ri ngan Fiya balik dululah. Nanti kita jumpa kat rumah. Assalamualaikum," ucap Fakhri bila terlihat wajah Fiya yang masam mencuka dari tadi.

"Okey. Waalaikumussalam," jawab Dato' Mikail. Kemudian pandangannya dihalakan pula ke arah Farhan dan Aisy.

"Kalau rasa tak sihat tu, pergilah klinik," pesan Dato' Mikail.

Aisy mengangguk.

"Ya, Han nak bawa Aisy pergi klinik. Assalamualaikum, ma, pa." Farhan peluk bahu isterinya.

"Waalaikumussalam warahmatullah."

"Awak nak pergi klinik ke?" Farhan menanya tatkala dia dan isterinya sudah berada di dalam kereta.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now