Bab 32 | Ragu

1.9K 98 7
                                    

HARI ini Farhan datang ke hotel papanya. Tujuannya tak lain tak bukan, untuk bertemu dengan Aisy. Dia sebenarnya masih merancang untuk berbaik-baik dengan gadis itu. Fikirnya, mungkin dengan cara itu dia dapat mendapatkan Aisy dengan segera. Dia akan pastikan rancangannya takkan gagal.

Dengan muka tak bersalah, dia masuk saja ke dalam ruangan dapur tempat Aisy berkhidmat. Nyatanya, Aisy tiada di situ. Dahlia pun tiada. Farah dan Rasydan saja yang ada.

"Eh, Encik Farhan? Encik Farhan cari siapa?" Farah lekas memberikan teguran.

"Aisy tak kerja ke hari ni?" Terus sahaja dia menanyakan soalan itu.

"Tak. Kalau ikut jadual, hari ni dia tak kerja. Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke Encik Farhan?" Farah bersedia untuk menolong Farhan jika lelaki itu memerlukan bantuannya.

Farhan berdehem. Berguna juga kehadiran Farah. Boleh dia minta alamat rumah Aisy.

"Awak ada number phone dia? Saya ada benda penting nak bagitahu dia."

"Oh, kejap ya." Farah mendapatkan telefon pintarnya yang berada dalam poket baju muslimah yang dikenakannya.

Farhan sudah tersengih tepi. Tak sabar nak mendapatkan nombor telefon Aisy. Senanglah kerjanya kali ini.

"Nah, save contact Aisy kat sini." Farhan menghulurkan IPhone 12 Pro Max kepunyaannya.

"Boleh, boleh."

Takut-takut Farah menyambut huluran itu. Dia menelan liurnya. Telefon mahal!

Tak sampai seminit, nombor telefon Aisy kini berjaya disimpan di dalam kenalan Farhan.

"Okey, done."

"Thank you." Farhan berura-ura keluar dari dapur itu. Dia keluar dari hotel itu lalu kembali ke keretanya. Dia bukannya tak bekerja hari ini, cuma dia mahu masuk kerja lewat sedikit.

Telefonnya berdering. Dah agak, pembantu peribadinya yang menelefon, Naufal.

"Hello, Han? Kau kat mana tak datang office lagi?" Naufal memulakan bicara di awal panggilan mereka.

"Hello. Aku baru nak gerak," kata Farhan.

"Okey. Jangan lupa, hari ni kau ada meeting dengan client pukul sebelas," beritahu Naufal awal-awal. Takut-takut kawan baik a.k.a. bosnya itu lupa tentang hal penting itu.

"Okey, okey." Sepatah saja Farhan jawab. Dia bergegas menghidupkan enjin keretanya.

Hatinya riang. Akhirnya, nombor telefon Aisy sudahpun dimilikinya. Senanglah kerjanya selepas ini.

.
.
.

Aisy yang duduk diam-diam di bilik, terus tersentak bila deringan notifikasi telefonnya berbunyi. Dia ingat Dahlia yang hantar mesej, rupanya orang yang tidak dikenalinya. Mungkin mahu menempah kek. Aisy menjawab ucapan salam yang diberikan oleh orang yang tidak dikenalinya itu.

'Waalaikumussalam. Siapa ya? Nak tempah kek ya?' — Aisy Wardina

'I'm Farhan. Anak boss awak.' — Izz Farhan

Aisy menelan liur. Macam nak tercabut jantungnya bila gerangan itu membalas pertanyaannya. Encik Farhan? Aisy macam tak percaya saja. Dari mana pula lelaki itu dapat nombor telefonnya? Takkanlah Datin Fatiha yang bagi?

'Encik Farhan dapat nombor saya dari mana?' — Aisy Wardina

'Kawan awak. By the way, awak still terima order kek eh?' — Izz Farhan

'Ya, hari Sabtu dengan Ahad.' — Aisy Wardina

Aisy rasa hairan.

'Kalau nak tempah kek, kenapa tak mama je yang mesej? Mungkin Encik Farhan nak buat surprise birthday untuk sesiapa kut?' Aisy cuba berfikir secara positif.

Takdir DiaWhere stories live. Discover now