Bab 16 | Bongkar

2.6K 121 1
                                    

FAKHRI menyusun langkah ke dalam rumah. Kelihatan, Datin Fatiha ada di ruang tamu rumah. Semenjak peristiwa semalam, Datin Fatiha agak kurang bercakap dengannya. Cakap pun yang penting-penting saja. Fakhri risau andai mamanya terasa dengan tindakannya sebelum ini.

"Assalamualaikum ma."

"Waalaikumussalam," jawab Datin Fatiha tanpa sedikitpun menoleh ke arah anak bongsunya itu. Dia bukanlah marahkan Fakhri. Dia cuma sedih kerana Fakhri tidak bersetuju untuk memperisterikan Aisy. Punah hasratnya untuk menjadikan Aisy menantu. Dia begitu berharap agar Fakhri menerima Aisy, namun hasilnya ialah kecewa.

"Ma, Ri nak cakap sikit boleh?" Fakhri duduk di sebelah mamanya.

"Ri nak cakap apa?" Datin Fatiha menanya. Kali ini matanya difokuskan ke arah Fakhri.

"Ma, Ri nak minta maaf sangat dengan mama. Mama marah Ri lagi ke?" Fakhri memegang tangan mamanya. Dia rapat betul dengan Datin Fatiha. Jaranglah mereka berdua berenggang.

Datin Fatiha geleng. "Mama tak marah pun dengan Ri."

"Betul ke ni, ma?" Fakhri macam tak percaya saja dengan respon mamanya itu.

"Mama tak marahkan sesiapa pun. Nak buat macam mana, Ri pun tak ada hati dengan Aisy. Betullah, cinta tu tak boleh dipaksa. Ia datang dengan sendirinya. Ri jangan risau, mama takkan paksa Ri lagi dah lepas ni." Jelas kedengaran nada kecewa Datin Fatiha.

Setiap kata yang dilontarkan oleh Datin Fatiha membuatkan Fakhri berasa sayu. Dia tahu mamanya begitu kecewa kerana dia tidak mahu memperisterikan Aisy. Dia tak sangka, begitu tinggi harapan mamanya untuk melihat mereka berdua bernikah.

"Mama, Ri minta maaf sekali lagi kalau Ri buat mama kecewa. Ri minta maaf, ma." Tak habis-habis lagi ungkapan maaf otu meniti di bibir Fakhri. Dia mencium tangan ibunya dengan rasa bersalah yang menggunung.

"Tak apa, Ri. Ri tak salah pun. Mama aje yang terlalu berharap kepada yang belum pasti," kata Datin Fatiha sambil mengusap kepala anak bongsunya.

Fakhri senyum tawar. Terbit rasa sesal di hatinya. Kalaulah dia fikir sedalam-dalamnya terlebih dahulu, pasti Datin Fatiha takkan kecewa sebegini. Tapi, takkanlah dia nak tarik balik jawapannya? Belum tentu Aisy menerimanya lagi selepas ini.

"Ma, tadi Ri nampak Han keluar ngan Fiya." Fakhri memutuskan untuk menukar topik. Dia tidak mahu berlama-lama dengan topik tadi.

Datin Fatiha menayangkan muka terkejut. Terus hilang segala kesedihannya.

"Han keluar ngan Fiya? Kan mama dah larang hari tu, tak elok keluar berdua. Diorang tu belum nikah lagi." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Rasa tertekan pula. Banyak kali juga dia pesan perkara yang sama kepada Farhan. Namun, semuanya bagaikan mencurah air ke daun keladi.

"Siap pegang tangan lagi," tambah Fakhri. Dia sendiri terkejut melihat tindakan Fiya yang memegang erat tangan abangnya.

"Apa? Pegang tangan?" Terbeliak mata Datin Fatiha angkara terkejut.

"Ha'ah." Fakhri sudah dapat agak, mamanya pasti akan terkejut dengan berita yang disampaikan itu.

"Suruh Han balik sekarang!" Datin Fatiha rasa geram pula dengan anak sulungnya itu. Fakhri pun kena tempiasnya. Terketar-ketar tangan Fakhri mencapai telefonnya.

"Okey, ma.. kejap." Dia segera menghantar mesej kepada abangnya.

'Weh, mama suruh balik.' ─ Irfan Fakhri

Tak sampai seminit, Farhan membalas mesejnya itu.

'Kau bagitau mama? Kan aku dah cakap jangan bagitau. Cari pasal ah kau ni!" ─ Izz Farhan

Takdir DiaWhere stories live. Discover now